Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in , ,

Pengarah Dedah 3 Deleted Scene TAKDIR YANG TERTULIS Yang Takkan Dipaparkan Di Kaca TV

Pengarah memuat naik babak-babak yang dipadam dan tidak akan dipaparkan di kaca tv..

Sebenarnya drama yang ketika ini sedang hit ditayangkan iaitu drama Takdir Yang Tertulis ada banyak ‘deleted scene’ atau dalam erti kata lain babak yang tidak dimasukkan di dalam drama berkenaan atas sebab yang tertentu. Namun, menerusi laman Instagram pengarahnya Sharulezad Mohameddin atau Budak Ijat, mereka telah memuat naik babak-babak itu sekaligus merungkaikan segala persoalan yang tidak terjawab. Jom kita layan:-

1) BABAK KENAPA JUWETA TAK KENAL RUZITA

2) BABAK KE MANA MENGHILANG EAN SELAMA 7 TAHUN

3) BABAK SELEPAS RUHILA TAMPAR AZLAN DI HOSPITAL

Menurut Budak Ijat, babak-babak ini dipadam atau dikorbankan kerana dialognya seakan-akan sama dengan episod lain.

“Kat Malaysia ni lain sikit. Stesyen TV yg menentukan duration sesebuah content. Kalau korang perasan drama drama Korea atau drama Hollywood duration dipegang oleh production tapi tidak di Malaysia. Setiap drama drama ni akan berbeza beza durasi setiap episod,” 

– Budak Ijat

Jelasnya lagi, setiap episod pihak produksi cuma diberikan durasi 42 minit maximum sahaja untuk satu episod tidak termasuk iklan.

“Maka proses trimming atau buang scene terpaksa dilakukan,”

– Budak Ijat

Drama Takdir Yang Tertulis masih lagi ditayangkan bermula jam 10 malam menerusi saluran TV3.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version