in ,

Penganjur Teater Siti Zulaikha Tubuh Kumpulan Baru

Raja Azri Persoal Penganjur Teater ‘Siti Zulaikha’

Pada jam 8.30 malam 16 Februari 2011, satu sidang media tergempar dibuat secara mengejut oleh Raja Azrey, pengarah teater bangsawan Siti Zulaikha di Pejabat Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Tingkat 24, Bangunan MAS, Jalan Sultan Ismail.

Pengarah teater bangsawan Siti Zulaikha, Raja Azri Kamaruzzaman, 33, mempersoalkan tindakan penganjur teater itu yang dianggap tidak profesional kerana dipercayai menubuhkan sebuah kumpulan baru untuk menggerakkan produksi teater tersebut.

IMG_0607

Raja Azri

Pertubuhan 1Malaysia adalah pihak yang bertanggungjawab menganjurkan teater itu yang akan dipentaskan pada 26 dan 27 Februari depan di Auditorium Taman Budaya Negeri Melaka dengan kerjasama Pertubuhan Teater Klasik Perak dan Pertubuhan Rumpun Seni dan Teater Shah Alam (Resam).

Azri berkata dia bersama para pelakon yang merupakan kumpulan asal pementasan berkenaan tertanya-tanya sama ada mereka masih lagi diperlukan untuk menjayakan teater itu ataupun pihak produksi memerlukan kumpulan baru yang diwujudkan.

“Kami ingin tahu apa status kami? Adakah kami akan dihantar ke Melaka atau tidak bagi menjayakan pementasan berkenaan? Kalau tidak, beritahulah kami dengan memberikan surat rasmi dan nyatakan sebab-sebabnya. Dan selesaikanlah bayaran kepada pelakon-pelakon saya kerana kebanyakan mereka mencari rezeki menerusi bidang ini (berlakon). Bayangkan kami sudah membuat latihan selama sebulan dan penganjur seperti tidak mengendahkan kami. Mereka langsung tidak bertanyakan perkembangan latihan teater ini sehinggalah ada khabar angin kononnya penganjur mempunyai kumpulan teater baru.”

Pelakon-pelakon teater Siti Zulaikha tertanya-tanya adakah khidmat lakonan mereka masih lagi diperlukan atau tidak.

Tambah Azri apa yang merunsingkannya, apabila dia mendapat tahu terdapat sebuah lagi kumpulan produksi yang sedang giat menjalani latihan teater yang sama sehingga 15 ahli daripada kumpulannya itu telah ditarik ke kumpulan baru itu.

“Saya tak tahu adakah benar kewujudan sebuah lagi kumpulan baru. Tetapi berdasarkan apa yang saya tahu, beberapa ahli kumpulan saya telah ditarik untuk menyertai kumpulan baru.

“Malah, salah seorang daripada pelakon saya menerima mesej sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada rakannya (pelakon yang sudah ditarik ke kumpulan baru) yang mengajak pelakon saya itu turut serta dalam kumpulan berkenaan.

“Saya juga difahamkan, latihan daripada kumpulan tersebut sudah lebih dua minggu dijalankan,” ujarnya.

Bagaimanapun, Azri berharap agar kemelut itu dapat dileraikan dengan mengetahui status sebenar kumpulan produksinya agar tidak menyusahkan pelakon-pelakon lain yang bertungkus lumus untuk menjayakan teater tersebut.

Antara pelakon utama yang menjayakan teater ini adalah Ani Mayuni (Siti Zulaikha), Dj Pool (Sultan Zainal Ulung), Azza (Putri Nurmanjalela), Khaty Azean (Permaisuri Tua), Syukor Yon (Sultan Arman Ulung) dan Eida Moin (Mak Inang) dengan membabitkan sebanyak 80 pelakon termasuklah penari dan pemuzik orkestra. – Mstar Online

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Syeda Saira Wins Cartoon Network Nationwide Search Malaysian Gwen

Pirates of the Caribbean On Stranger Tides