in

Pengalaman Memohon Tune Card: Tak Sampai Pun 5 Minit!

Anda tidak layak memohon kad kredit? Anda punya masalah untuk memohon kad untuk membeli belah? Atau anda tidak mahu menanggung risiko berdepan dengan hutang kad kredit yang membebankan? Ha, sekarang tidak lagi dengan adanya kad prabayar Visa, Tune Card!

Dengan caj PALING MURAH iaitu RM9.99 setahundan yang paling penting ianya boleh digunakan untuk pembayaran di semua premis perniagaan yang menerima kad Visa. Untuk memohonnya tidak memakan masa yang lama kerana permohonan anda akan SEGERAdiluluskan sebaik sahaja memohon.

Apa itu Tune Card?
Tune Cardadalah kad prabayar Visa di mana ianya menjadi produk kewangan inovatif terbaru. Sekiranya anda tidak mahu dibebani dengan hutang, kad ini adalah alternatif terbaik! Ianya boleh ditambah nilai dan membolehkan anda berbelanja dengan jumlah yang didepositkan dalam akaun anda. Amat menyenangkan kerana anda tidak perlu membawa wang yang banyak. Pastinya ini merupakan satu langkah keselamatan untuk mengelakkan dari duit anda dikebas oleh pencopek atau penyeluk saku.

Mengapa Budiey Memohon Tune Card?
Ketika diperkenalkan, saya agak keberatan juga. Namun, setelah membaca faedah-faedahnya, saya rasa tidak salah untuk saya memohonnya. Lagi pun secara peribadi, saya belum mempunyai kad Visa. Hanya dengan yuran tahunan termurah iaitu RM9.90 sudah tentu ini akan lebih menguntungkan kerana tidak perlu memikirkan untuk berhutang.

Ianya juga mudah diisi semula dan boleh urusan pengeluaran wang tunai di semua mesin ATM. Banyak lagi faedah yang menanti pada masa akan datang termasuklah boleh menambah nilai Touch ‘n Go, reload airtime telefon bimbit, pembayaran bil dan banyak lagi!

2068034819 Ea3D7Dffd1 | 4

Proses Memohon Kad Tidak Sampai 5 minit!
Tune Card layak dimohon sesiapa saja. Tidak kira anda seorang yang pelajar atau sudah pun bekerja. Saya telah pun memohon kad dan segala urusan permohonan memakan masa tidak sampai 5 minit!

  1. Mula-mula saya melayari http://www.tunemoney.com/
  2. Klik ‘Apply Now’.
  3. Masukkan segala maklumat peribadi seperti nama, alamat, dan sebagainya. Juga saya tidak lupa untuk memilih cawangan Pos Malaysia Jalan Brickfields sebagai tempat untuk mengambil Tune Card. Kemudian, hantarkan borang secara online.

4. Memilih cara untuk mengisi wang samada melalui FPX atau dengan bayaran tunai di kaunter cawangan Pos Malaysia, CIMB atau BSN. Untuk CIMB dan BSN, sebarang urusan prabayar dibuat akan dikemaskini di Tune Card anda selepas sehari bekerja.

5. Kemudian, saya mengisi kad dengan jumlah RM100. Anda boleh mengisinya dengan jumlah minimum sebanyak RM50. Melalui FPX atau bayaran tunai di kaunter.

2068831368 37Ca796F4B | 5

Setelah seminggu, saya mengambil Tune Card milik saya di Pos Malaysia Jalan Brickfields.

Senang bukan!

Kemudian, setelah kad berada dalam genggaman, saya perlu mengaktifkan Tune Card. Caranya juga mudah sahaja.

Hanya perlu masuk ke akaun Tune Money dan terus klik “ACTIVATE“. Nak senang, ikuti langkah berikut satu persatu:

Langkah 1
Layari www.tunemoney.com dan klik di “Login Here” dan saya masukkan data “username” dan “password“.

2068831042 37A417C106 | 6

Langkah 2
Pilih “Tune Money Card” dan klik “Activate

Langkah 3
Saya masukkan 16 digit nombor kad & tarikh luput yang mana maklumat ini tertera di kad. Kemudian, klik “Submit

Langkah 4
Dan, akhirnya… kad saya telah diaktifkan!

Yey! Sekarang, saya boleh goreskannya samada untuk membeli belah di shopping mall atau membeli belah di internet. Sangat memudahkan serta menjimatkan masa!

Ha! Ingin memiliki Tune Card? Tunggu apa lagi, apply Tune Card anda sekarang! Anda pasti selesa memilikinya!

Budiey sudah pun mengambil kad Tune ini pada 22 januari 2008. Kepada korang yang sudah apply kad ini, anda sebenarnya dikehendaki mengambilnya di pejabat pos yang anda pilih 7 hari selepas permohonan. Tiada notifikasi email atau surat, anda terus sahaja ke pejabat pos dan sebanyak RM3 dikenakan sebagai bayaran kepada pejabat pos.

2213251783 37865Ca096 O | 7

2213251841 C2D247C3B7 O | 8

[tags]tune card, advertorial tune card, iklan rencana, artikel iklan, advertisement free, penggunaan kad debit, cara memohon kad debit, air asia, kad kredit, isu kad kredit, faedah kad debit, tune, kad tune, pejabat pos, senarai pejabat pos, laman web tune card[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fasha Sandha Pelakon Anak Halal Bercinta Dengan Ariel Peterpan?

Krisdayanti | 31

Krisdayanti Titip Ucapan Selamat Naik Haji Buat Siti Nurhaliza