in , ,

Krisdayanti Titip Ucapan Selamat Naik Haji Buat Siti Nurhaliza

Semoga Siti Nurhaliza selamat mengerjakan haji dan dianugerahkan haji mabrur.

Beberapa hari yang lepas, ada kelibat diva penyanyi Indonesia yang bersuara lunak, Kris Dayanti di Suria KLCC sedang membeli-belah bersama-sama dengan personal assistantnya.

Krisdayanti memang lawa dan peramah ini tidak putus-putus disapa oleh peminat. Khabarnya, dia datang ke Malaysia bukan untuk mengadakan konsert atau show, tetapi untuk mengucapkan selamat naik haji dan selamat pergi dan kembali buat bakal Hajjah Siti Nurhaliza, sahabat karibnya yang pergi menunaikan haji di Baitullah.

Semoga Siti Nurhaliza selamat mengerjakan haji dan dianugerahkan haji mabrur. Kita tak nak la pergi haji tak dapat haji mabrur tapi dapat haji ‘marlboro’. Balik dari haji terus pakai seksi dan bukak tudung.

Naya-naya… Rasanya Krisdayanti dan Anang dah mengerjakan ibadah haji, kan? Mmm…

1266761191 8Ea5Fedd7C | 4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengalaman Memohon Tune Card: Tak Sampai Pun 5 Minit!

Album Sangkar Hadiah Jazz Kontemporari Atilia Sehati Berdansa