in , ,

Pengakuan & Luahan Jujur Yonny Boi & Zynakal Dalam Lagu SAKIT

Sebelum ini, penyanyi yang semakin meningkat naik iaitu Zynakal pernah terbabit dengan kontroversi apabila bergaduh dengan pekerja stesen minyak sehingga ditahan di lokap beberapa bulan lalu.

Setelah kejadian itu juga, Zynakal telah mendapatkan rawatan selama dua minggu setelah didapati dia menghidap penyakit bipolar mania. Disebabkan itu, ia telah memberi ilham kepada rakan karib penyanyi berkenaan iaitu Yonny Boii untuk menghasilkan sebuah lagu berjudul Sakit yang menyaksikan kolaborasi buat mereka berdua.

Zynakal berkata, apabila mendapat lagu yang dihasilkan oleh rakan karibnya itu dan ditujukan khas buat dirinya, ternyata ia memberi makna tersendiri.

“Lagu ini terhasil sebelum saya keluar hospital dan apabila Yonny memberikan lagu ini kepada saya, ternyata saya tidak dapat menahan sebak.

“Sakit merupakan sebuah lagu yang dicipta untuk menyampaikan kepada mereka tentang luahan terhadap situasi yang pernah berlaku kepada diri saya sebelum ini,” ujarnya.

Ternyata kolaborasi antara Zynakal dan Yonny itu mendapat sambutan yang cukup hangat apabila lirik video muziknya sudah ditonton sebanyak empat juta di laman YouTube sejak dimuat naik tiga minggu lalu.

Sementara itu, bagi Yonny pula idea untuk dia menghasilkan lagu berkenaan timbul setelah melihat keadaan yang berlaku selepas kejadian yang menimpa Zynakal.

Jelasnya, Sakit tercipta sebelum Zynakal dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan setelah merasakan ada sesuatu yang tidak baik dialami rakan baiknya itu.

“Menerusi lagu ini saya harap Zynakal dapat merasai apa yang sedang dilaluinya dan tahu tindakan yang perlu dilakukan sekiranya dia rasa ‘lost’.

“Mengenai sambutan untuk lagu ini pula, saya tidak sangka ia dapat diterima ramai kerana tidak pernah meletakkan harapan yang tinggi memandangkan lagu ini saya buat khas untuk dia,”

Sumber: - KopiPlanet.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HBO Six-Part Documentary Series Mcmillion$ Debuts 4 February Exclusively On HBO GO 

Selamat Hari Jadi Ke-41 Buat Dato Sri Siti Nurhaliza