in , ,

Pendapat Terbaik & Matang Sharnaaz Tangani Konflik Ebit Lew, Caprice & Nadir

Nama Sharnaaz antara selebriti yang lantang bercakap tentang isu konflik antara Ustaz Ebit Lew, Caprice dan Nadir. Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berpendapat adalah lebih molek segala permasalahan diselesaikan dengan baik bukan dicanang dalam media sosial.

Hari ini, netizen heboh apabila Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzzaman menerusi platform Telegram memberi penjelasan mengenai isu kontroversi melibatkan pasukan Ustaz Ebit Lew ke Gaza baru-baru ini. Nadir Al-Nuri berkata, beliau tidak pernah menyimpan sebarang perasaan dengki terhadap ikon terkenal negara itu.

Sharnaaz Ahmad di Instagram turut memberi respon terhadap isu yang sedang hangat diperkatakan ini. Sharnaaz berpendapat, isu ini seharusnya dibincang dengan baik tanpa melibatkan sebarang pendedahan di media sosial.

Pendapat Terbaik & Matang Sharnaaz Tangani Konflik Ebit Lew, Caprice & Nadir

“Tak Payah Buat Sesi Pendedahan Dekat Media Sosial Macam Ni”

Sharnaaz Ahmad
Pendapat Terbaik & Matang Sharnaaz Tangani Konflik Ebit Lew, Caprice & Nadir

Itu antara teguran sesama Muslim daripada pelakon Sharnaaz Ahmad berhubung isu ‘Palestin’ yang pada mulanya melibatkan Caprice dan Ustaz Ebit Lew namun kini turut berkait dengan seorang lagi rakyat Malaysia yang tinggal di semenanjung Gaza, Nadir Al-Nuri.

“Saya tak bijak bab agama, tapi Islam (unite) bersatu bukan dalca.”

“Apa pun, bincang elok-elok. Tak payah buat pendedahan dalam media sosial begini.

“Yang buruk orang kita juga. Malulah nama Malaysia. Siapa salah, siapa betul tak payah jadi tontonan sekalian alam.

“Yang salah bubuh dalam lokap, yang betul teruskan perjuangan. Selesai,”

Sharnaaz Ahmad

Bapa kepada Jebat Jayden Ahmad itu mengakui, pernah bertindak melulu seperti Caprice sewaktu usia muda.

Pendapat Terbaik & Matang Sharnaaz Tangani Konflik Ebit Lew, Caprice & Nadir

Menurut pelakon ini, dia juga pada suatu ketika dahulu turut berperangai emosi seperti Caprice. Namun, dia menjadikan masa muda itu sebagai pengalaman untuk menjadi lebih matang.

“Saya bercakap melalui pengalaman. Masa muda, selalu buat macam Caprice buat tapi saya ‘level’ peringkat negeri sahaja, dia (Caprice) peringkat dunia.

“Kepada Nadir, Ebit Lew dan Caprice, duduk berbincang. Berkomunikasi, memaafkan dan bersatu. Tolong Islam, bukan merosakkannya. Sebab kalian semualah Islam disayangi, jangan sebab kalian juga, Islam dibenci mata luar.

Sharnaaz Ahmad
Pendapat Terbaik & Matang Sharnaaz Tangani Konflik Ebit Lew, Caprice & Nadir

Dalam pada itu, Sharnaaz berkata, dia tidak mahu mengambil tahu pun siapa salah, siapa benar. Apa yang penting, ketiga-tiga individu terbabit membawa nama Malaysia dan Islam.

Katanya, pertelingkahan yang berlaku hanya memburukkan nama negara. Sesiapa yang salah atau benar tidak perlu menjadi bahan tontonan umum.

“Kalau tanya saya, tak mahu tahu pun siapa salah. Yang saya nak tahu, tiga-tiga bawa bendera Malaysia dan harumkan nama Islam dan Malaysia.

“Cukup itu permintaan saya. Saya sayang Caprice dan Ebit Lew tapi dua-dua tak bagi saya ‘fridge magnet’ (pelekat magnet),”

Sharnaaz Ahmad

Malah, pelakon Isteri Misteri ini menyeru Tuan Nadir, Ustaz Ebit Lew dan Caprice untuk duduk berbincang mengenai permasalahan yang timbul.

Dia secara peribadi tidak mahu mengetahui siapa yang bersalah. Sebaliknya menyedari ketiga-tiga nama itu membawa imej negara dan agama.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nama Kena ‘Petik’ Dalam Konflik Lan Solo Dan Syura Badron, Siti Nordiana Minta Nasihat Peguam

Siti Nurhaliza Dah Terima Suntikan Vaksin, Ini Alasannya Tidak Kongsi di Sosial Media