in , , ,

Nama Kena ‘Petik’ Dalam Konflik Lan Solo Dan Syura Badron, Siti Nordiana Minta Nasihat Peguam

Di Instagram Live, isteri kepada Lan Solo iaitu Sheila Razlan tampil menjawab segala persoalan yang timbul mengenai hubungan mereka dengan penyanyi, Siti Nordiana. Menurut Sheila, isu ini menjadi semakin panas apabila dia menerima satu kiriman ‘direct message’ dipercayai daripada peminat Siti Nordiana di Instagram.

Malam semalam, penyanyi Lan Solo dan Syura Badron ada mengaitkan nama penyanyi dan pelakon Siti Nordiana dalam konflik dalaman antara mereka dalam sebuah sesi Instagram Live.

Isteri kepada Lan Solo iaitu Nur Shiela Hashim bersama Syura Badron meluah perasaan dan menjawab persoalan yang berbangkit dalam konflik antara mereka dan juga pelakon drama Dia Semanis Honey itu.

Ujar Shiela, dia berasa terkilan kerana didakwa menumpan populariti Siti Nordiana sehingga pihak produksi lain enggan memberikan ‘job’ kepada mereka.

Isteri Lan Solo, Syura Bikin IG Live Luah Perasaan Konflik Dengan Siti Nordiana?

Saya dan Lan ambil keputusan untuk unfollow Nana dan Anas manager dia. Cukup kami diburuk-burukkan. Bila sampai dekat production, kami pula dikata fitnah dia. Boleh tanya semua saya tak pernah cerita dekat pihak production mahupun fans club semua pihak. Secara terbuka hari ni saya cerita. Saya, Syura dan kawan-kawan lain tak boleh dah. Ada orang dm saya kenapa Syura hantar makanan dekat saya sahaja dan tak hantar dekat Nana.

Menurut Sheila, dia dan suami sudah menganggap Nana dan Anas macam adik beradik mereka sendiri. Namun, dia tidak menyangka apabila penyanyi tersebut mendakwa Lan mahu menumpang populariti dan tidak membayar duit makanan sekiranya mereka keluar bersama. Jelas Sheila, isu tersebut sangat menyentuh perasaannya kerana itu semua tidak benar. Tambah Sheila, hampir semua stesen televisyen dan orang bercakap mengenai benda yang sama. Mereka akan bertanya kepadanya mengenai isu makan tidak bayar.

Nama Kena ‘Petik’ Dalam Konflik Lan Solo Dan Syura Badron, Siti Nordiana Minta Nasihat Peguam

Saya terkilan bab makan sebab tu darah daging. Kami makan dekat satu restoran. Saya hanya ada RM200 sahaja itupun saya hulur. Saya senyap dan tak kata apa-apapun masa tu. Punca orang tanya kenapa Syura tak hantar makanan dekat Nana. Lan tumpang populariti Nana, kalau tidak orang tak kenal. Dari susah kami dah kawan dengan dia. Saya hargai semua jasa dia. Dia hantar makanan waktu saya dekat hospital. Tapi saya terkedu gila apabila dia kata kami makan tak bayar dan tunggu duit dia sahaja. Padahal kami bayar lebih lagi. Sampai saya fikir part mana saya tak bayar. Kami semua dah hantar Whatsapp dekat dia. Kalau dia rasa tak bersalah tampil dan cakap. Memang live ni aku tuju dekat korang sebab aku tak tahan terima macam-macam mesej.

Menurut Lan pula, dia masih mempunyai anak untuk dibesarkan dan isu ini dipercayai menjejaskan periuk nasinya. Sebagai seorang manusia, Lan turut memberitahu bahawa semua rezeki yang dimiliki olehnya itu datang dari Allah dan dia tidak menumpang populariti mana-mana pihak. Ujar Lan lagi, bila isu ini berlaku, dia berasa sangat terkilan kerana mereka sudah mengenali antara satu sama lain sejak dahulu lagi. Malah, pernah saling membantu dan menyokong antara satu sama lain.

Kalau korang nampak isu saya tak hantar makanan dekat dia, sudah pasti ada benda disebalik yang berlaku. Nanti korang kata kita buka aib kawan pula. Saya dah cukup menjaga dah. Korang nampak mereka diam tapi mereka perang dalam senyap. Itupun kami diam. Saya pun dah pernah pm dekat Whatsapp. Saya dan Sheila kalau ada masalah, kami akan settle dengan cara yang baik dan berbincang. Pihak kami dah settle cuma tak dapat apa feedback daripada pihak si dia.

Menurut Syura pula, dia berasa terkilan apabila sesetengah pihak produksi enggan memberi ‘job’ kepadanya. Jelasnya, hal tersebut dipercayai berpunca daripada ‘mulut’ sahabat baiknya itu. Bagi Syura, dia dan Nana tidak mempunyai sebarang masalah dan mereka sudah lama berkawan. Oleh kerana sudah lama berkawan, dia berharap Nana boleh tampil berbincang mengenai isu yang berlaku dengan baik. Namun, penyanyi tersebut didakwa hanya mendiamkan diri sahaja.

Semua benda kami buat bersama dengan dia, dia akan rasa kami nak menumpang populariti dia. Padahal kami tak ada niat macam ni. Bagus juga benda ni berlaku sebab ada hikmah. Lepas benda ni jadi kami kenal antara satu sama lain. Kalau betul kami bermasalah reply la Whatsapp tu. Stop la bagitahu pihak production pasal kami. Cuba jumpa kami, kami okay ja. Saya doa benda ni selesai cara baik. Masing-masing sudah dewasa. Kami tak ada niat untuk hasut netizen tak sokong dia. Tidak! Apa yang kami lalui hanya di antara kami sahaja.

Ini berikutan ada yang bertanyakan mengapa Shiela tidak berbuat baik kepada Siti Nordiana seperti hanya menghantar makanan kepada Syura sahaja.

Manakala menurut Anas merangkap pengurus Siti Nordiana memaklumkan bahawa penyanyi itu kini sedang berbincang dengan peguam sebelum memberikan sebarang kenyataan.

Anas juga enggan memberi keterangan lanjut dan berharap Siti Nordiana segera tampil menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ibu Ozlynn Wati, Ibu Mertua Johan Meninggal Dunia

Pendapat Terbaik & Matang Sharnaaz Tangani Konflik Ebit Lew, Caprice & Nadir