Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in ,

Pendapat Anuar Zain Tentang Muzik Video SENYUMAN GELAPMU

Selepas sehari dilancarkan di saluran Youtube Budiey.com, muzik video lagu SENYUMAN GELAPMU telah ditonton sebanyak lebih 1,090 kali tonton (setakat hari ini 10 Oktober). Ya, Budiey rasa not bad jugak sambutannya. Yang pasti, video ini juga ditonton oleh peminat Fakhrul Razi dari Brunei, Singapura, Filipina dan tentunya di Malaysia. Budiey difahamkan, Anuar Zain juga telah menjadi antara penonton yang pertama muzik video ini walaupun pada malam pelancaran video muzik tu, Anuar Zain masih sibuk bercuti di Paris bersama dengan pemenang Persembahan Terindah. Wah, terima kasih sangat-sangat.

Budiey dapat tahu, Anuar Zain cukup impress katanya apabila mendengar lagu SENYUMAN GELAPMU. Beliau juga admire dengan lagu ini. Berbunga hati Budiey apabila mendapat tahu, Anuar Zain menontonnya ketika mana beliau melayari blog ini dan menontonnya juga di saluran Youtube Budiey.com. Terharu seh!

Gambar Anuar Zain makan malam di Glass Boat di Paris bersama peminat yg menang trip ke Paris bersama AZ masa Persembahan Anuar Zain TERINDAH. Mmmm… romantiknya… bestnya… teringat kenangan manis Budiey di Paris bersama Fahrin Ahmad.

[pullquote]Terima kasih juga kepada penyanyi Fakhrul Razi yang tak jemu-jemu membantu untuk promote di laman sosial miliknya. Budiey harap, anda semua pembaca setia Budiey.com juga turut tak lupa untuk LIKE, SHARE dan COMMENT di ruangan yang berkenaan di muzik video tersebut. Okay?[/pullquote]

Ya, bercakap pasal lagu SENYUMAN GELAPMU, baru-baru ini, Budiey ada menemubual Fakhrul Razi dan sempat mengulas setiap lagu yang dimuat dalam album Mutlak. Secara terperinci okay Fakhrul ceritakan semua. Untuk lagu trek pertama iaitu lagu SENYUMAN GELAPMU, Budiey seakan agak sayu apabila penyanyi kelahiran Brunei ini mengatakan lagu tersebut ditujukan khas buat ibunya yang telah pun meninggal dunia. Sayu hati bila dengar kisah Fakhrul yang cukup menyayat hati. Budiey dapat faham apa perasaan apabila kita kehilangan orang yang kita sayang sebab Budiey pun pernah mengalami pengalaman yang sama apabila arwah ayah turut dipanggil untuk bertemu Ilahi.

Saya suka memetik sedikit coretan Fakhrul Razi tentang lagu ini yang ditulis di Instagram milik beliau. Nadanya cukup merendah diri dan penuh makna tersirat apabila beliau mengatakan pernah melalui pengalaman pahit.

Hidung saya besar. Telinga saya besar. Muka saya ada kesan accident. Saya ada pengalaman Pahit. That’s why Senyuman Gelapmu is all abt Pain yet its hopeful for the soul. Ia juga satu doa yang dimenifestasikan dalam nyanyian. I wrote it a few days after my mom passed away. Its a song abt contemplation. Its a song abt love that you know won’t ever gonna be physically restored. Just between you and your mind and desires.

Senyuman Gelapmu
Ku berdiri ditempat yang sama
Tapi rasanya terlalu ganjil bagiku
Merayu mengaharap
Percuma saja
Jika dirimu bukan lagi untukku
Ku fahami cinta salah tak kan bererti
Terasa bagai nyawa yang diragut berkali-kali
Ku ikhlaskan semua yang terlepas dari hati
Kerna sebelum kesyurga pasti semuanya mati
Tapi selalu ku berharap panjangkanlah nyawaku
Kerna ku mengharap gelap senyumanmu
Menerangi diriku walau seketika
Oh Tuhanku,
Kembalikan dirinya walau sekejap
Meski akhirnya ku kan kecewa
Biarkan saja ku rela kerna ku cinta
Pada dirinya.
Watch it on youtube

Lagu ini menggambarkan jiwa yang penuh dengan kesakitan dan penderitaan. Diluahkan dalam bentuk doa yang penuh dengan pengharapan agar Tuhan dapat mengembalikan insan tersayang. Semoga ibu Fakhrul Razi aman di sana. Al-Fatihah.

Kepada anda yang belum menonton muzik video SENYUMAN GELAPMU, bolehlah menonton dengan melayari: http://youtu.be/al36RyvSmus atau terus SUBSCRIBE Youtube Channel Budiey.com: www.youtube.com/budiey27

Selamat menonton.

Pada yang dah pun menonton, apa pendapat dan interpretasi anda pula tentang lagu ini?

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version