in , ,

Penat sangat.. tunggu, sabar” – Shila Amzah mula luah rasa rindu

Disember tahun lalu, perkongsian penyanyi Shila Amzah mengejutkan ramai apabila memaklumkan dia sudah menfailkan cerai dan sudah dua bulan tidak sebumbuang dengan suaminya, Haris Idraki Elias.

Terbaru, perkongsian Shila di laman Twitter menjadi perhatian apabila meluahkan rasa rindu untuk pulang ke rumahnya yang terletak di Cyberjaya.

Menerusi satu entri lain, Shila mengakui sudah berada letih dan hanya mampu bersabar serta terus cuba untuk memujuk dirinya.

“Saya rindu rumah saya. Jujur penat, penat sangat. Tunggu penantian, sabar.. baca benda yang kita tak suka.. masih kena sabar.. pujuk hati, pujuk diri,” tulisnya.

Perkongsian Shila itu mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen yang mendoakan yang baik-baik serta berharap agar segala urusan penyanyi itu dipermudahkan.

Terdahulu, Shila berkata semua orang mahukan kebahagiaan dan dia sudah cuba bertahun. Ujarnya lagi, keputusannya itu adalah jalan terakhir.

“I’m Crying Right Now…” Shila Amzah Beri Pesanan Ini Kepada Para Suami, Buat Ramai Tersentuh

Baru – baru ini Shila Amzah telah membuka ruangan ‘Questions’ kepada para peminat melalui Instagram Story miliknya. Ruangan itu dibuka untuk peminat bertanyakan soalan ataupun berkongsi pendapat yang melibatkan hubungan suami isteri.

Mendapat Pelbagai Reaksi Dari Netizen

Berdasarkan perkongsian Shila, kebanyakkan netizen berkongsikan pengalaman sebagai suami isteri. Dalam pada itu ada juga yang memberikan kata-kata semangat dalam menempuh perhubungan berumah tangga.

Kemampuan Seorang Suami.

Salah satu perkongsian yang menarik perhatian apabila netizen berkongsikan kisah mengenai kemampuan seorang suami untuk isteri dalam berumah tangga.

Saya rasa saya tidak mampu untuk memberikan secukupnya untuk isteri saya. Saya telah mencuba yang terbaik.

Shila Beri Pesanan

Perkongsian yang telah dikongsikan oleh netizen itu turut mendapat respon dari Shila. Dia turut memberi pesanan kepada para suami supaya memberikan apa yang termampu dan yang penting sentiasa berusaha.

Kepada para suami, tidak mengapa jika anda tidak dapat memberikan secukupnya, secara barangan, wang ringgit, buat yang termampu. Yang penting usaha, pasti akan ada sentiasa ada rezekiNya,

Dalam pada itu, Shila juga turut memberi pesan kepada suami supaya menambah perhubungan suami isteri dengan kasih dan sayang kepada isteri, dan isteri pasti akan merasa secukupnya.

Dia juga berharap pasangan suami isteri dapat bersama-sama berdoa untuk kebaikan berumah tangga.

Bagi yang tertanya-tanya apakah punca dan sebabnya, berikut adalah kronologi kes perceraian pasangan ini;

#1 Sudah dua bulan keluar dari rumah di Cyberjaya

Luah Shila di Instagram, orang ramai tidak mengetahui akan perjuangan dan pergelutan yang dihadapinya dalam rumah tangga mereka. Malah dia juga akui telah keluar dari rumahnya di Cyberjaya sejak dua bulan yang lalu.

Hebat! Shila Amzah Kini Tarik Pendengar Lagu Kpop
‘nice’ Kerjasama Dengan Shila Amzah Untuk Melebarkan Capaian di Malaysia

“Sha sentiasa menunjukkan wajah gembira. Orang tak tahu perjuangan Sha. Dengan susah payahnya Sha sedang bergelut sekarang. Dah dua bulan Sha keluar dari rumah dengan Seth dengan tumpang di rumah mak abah di Langat.”

#2 Kes perceraian masih dalam proses

Tambah Shila, dia telah memfailkan kes perceraiannya dengan Haris. Tetapi suaminya tidak mahu menyelesaikannya dengan segera dan ambil keputusan untuk memanjangkan proses perceraian mereka.

“Sha dah file cerai…tapi malangnya ia masih dalam proses sebab dia putuskan untuk panjangkan benda ni. Cuma bila dah jadi macam ni, Sha dah tak boleh bersabar lagi sebab Sha pun berusaha sedaya upaya untuk bertahan dan jaga hati dan nama baik semua orang.”

#3 Tiada tempat tinggal
Pada masa yang sama penyanyi ini juga mendedahkan dia tidak mempunyai tempat tinggal lagi selepas keluar dari rumahnya sejak dua bulan lalu. Jika sebelum banjir melanda, dia terpaksa menumpang rumah kedua ibu bapanya. Kini dia terpaksa menumpang di rumah ibu saudaranya pula.

“Rasa sedih sangat sebelum ni tumpang berteduh di rumah mak abah. Tapi sekarang kita semua hilang tempat berteduh. Sekarang kita semua tumpang rumah makcik Sha.”

#4 Suami tak mahu keluar dari rumah Shila

Shila kemudiannya mendedahkan dia tidak boleh pulang ke rumahnya di Cyberjaya kerana tidak selesa dengan kehadiran suaminya. Malah dia berharap dia dapat pulang dan suaminya keluar daripada rumahnya dengan segera.

“Sha ada rumah kat Cyber pun tak selesa nak balik sebab si dia masih berada di rumah Sha. Seth tak selesa, Sha pun tak selesa. Kesian satu family Sha duduk dalam satu bilik buat sementara waktu. Sha berharap dapat balik ke rumah di Cyber. Boleh bantu ibu bapa Sha.”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ARAF AZIZ

Bintang Tiktok, Araf Aziz Hasilkan Single Pertama CINTA HATI

Niezam Zaidi Mengaku Bersalah Miliki Dadah, Didenda RM4,000