in , ,

Bintang Tiktok, Araf Aziz Hasilkan Single Pertama CINTA HATI

Tahun 2022 dijadikan permulaan baru buat Mohamad Asyraf bin Abd Aziz, atau lebih mesra dikenali Araf Aziz, dalam karier sebagai anak seni. Mempunyai masalah pendengaran tidak mematahkan semangat untuk meneroka kebolehan diri untuk menceburkan diri dalam bidang nyanyian dan menganggap kekurangan itu sebagai satu kelebihan untuk berusaha menghasilkan produk-produk yang lebih berkualiti.

Kesibukan bekerja sebagai Pegawai Tapisan Kandungan Digital di sebuah syarikat antarabangsa di ibu negara tidak menjadi penghalang untuk Araf Aziz mengambil peluang untuk meneroka kebolehan diri dan menganggap permulaan 2022 akan membuka ruang baru untuk kejayaan akan datang. Mempertaruhkan sebuah lagu ciptaan sepenuhnya oleh Aiman Sidek, Cinta Hati merupakan hadiah buat pendengar yang menyokongnya di platform media sosial. Araf Aziz berharap supaya lagu Cinta Hati dapat diterima oleh para pendengar.

Menurut Aiman Sidek, “Cinta Hati merupakan sebuah lagu yang diciptanya 5 tahun yang lalu. Sebuah lagu romantis yang berkisarkan tentang cinta pada pasangan masing masing. Semoga karya ini dapat menambat hati para pendengar khususnya yang meminati genre pop balada”.

Lagu yang dirakam oleh Along Exist dibantu dengan pencorakan melodi vokal oleh Afif Tirmizie turut menampilkan dua orang influencer dalam video klip Cinta Hati iaitu Azzran dan juga Tara Choi yang merupakan warganegara korea yang menetap di malaysia.

Bagi pihak 4U Entertainment, Aiman Sidek berharap agar lagu ini dapat dihayati oleh seluruh lapisan masyarakat terutamanya peminat-peminat Araf Aziz, di samping menonjolkan sisi sebenar Araf sebagai seorang penyanyi yang baik.

Lagu Cinta Hati boleh didapati di semua platform digital seperti iTunes, Spotify, Joox, Deezer,Youtube dan lain-lain. Layari pautan berikut untuk premier lagu Cinta Hati di Youtube pada 1 Januari 2022 jam 8 malam: https://youtu.be/JxfykdbT40K

Araf Aziz

Mohamad Asyraf bin Abd Aziz, atau lebih mesra dikenali Araf Aziz, dalam karier sebagai anak seni, merupakan seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media di UiTM Shah Alam dan pada masa yang sama mempunyai minat yang mendalam terhadap industri muzik. Araf Aziz, menjinakkan diri dalam bidang nyanyian sejak 2010, serta banyak melibatkan diri dalam persembahan dan pertandingan nyanyian semasa pengajiannya di university. Araf Aziz juga pernah tersenarai dalam Top 10 bagi Bakat JoHaRa Era pada tahun 2013.

4U Entertainment 

4U Entertainment atau Foryou Entertainment adalah syarikat label muzik yang ditubuhkan pada tahun 2020 bertujuan menghasilkan karya-karya segar dengan meyediakan platform untuk penyanyi serta pemuzik baru dan lama tanah air. Antara karya di bawah syarikat adalah 2 album bertajuk “Aiman Sidek” pada tahun 2009 dan “Gelora Cinta” (2018). Lagu-lagu lain yang pernah dihasil atau dinyanyikan oleh Aiman Sidek ialah Tak Bisa (Andrea), Cinta Awangan (Aiman & Friends), Apa Benar (Misha Shahirah), Kamulah Wanita , Wanitaku , Aryana (Nadzmi Adhwa) ,Manisnya Hari Raya (Manis FM) , Warna (Namias), Penjaja Jalanan (Anas Tahir), Tetap Bertahan (Alif Azhari) , Bunga Dhia , Larut , Pria Arjuna, Dusta Berkalang ,Cinta Terakhir (Aiman Sidek), Bangkit Malaysia (Aiman Sidek ft. Namias), Manis di Mulut (Aiman Sidek ft Skyrulez) serta Kekasih (Aiman Sidek, Aniq Muhai dan Alif Azhari). Sila layari platform Youtube 4U Entertainment untuk maklumat lanjut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shahir 2020 | 19

Tahniah! Shahir Zawawi Juara Pertama Hijrahkan Laguku Bawa Pulang Wang Tunai RM100,000

Shila Amzah Smile | 20

Penat sangat.. tunggu, sabar” – Shila Amzah mula luah rasa rindu