in , , ,

Peminat Siti Nurhaliza & Janna Nick Meriahkan Pelancaran vivo V15 Pro

Petang semalam (26 Februari 2019), Vivo Malaysia telah melancarkan Vivo V15 Pro di Malaysia. Majlis pelancaran dimeriahkan lagi dengan kehadiran dua duta Vivo yang juga artis terkenal tanahair, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Janna Nick.

Secara rasminya vivo telah memperkenalkan model terbaru mereka iaitu vivo V15 Pro untuk pasaran tempatan dalam majlis pelancaran yang berlangsung di Sunway Pyramid Mall, pada jam 3 petang tanggal 26 Februari.

Peminat Siti Nurhaliza & Janna Nick Meriahkan Pelancaran vivo V15 Pro

Majlis pelancaran produk yang meriah tersebut turut diserikan dengan kehadiran dua orang duta vivo sendiri iaitu penyanyi, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan pelakon, Janna Nick sebagai tetamu jemputan istimewa.

Sitizoner Lawan Nyanyi Lagu Siti Nurhaliza di Pelancaran vivo V15 Pro

Siti Nurhaliza WARNA DUNIA di Pelancaran vivo V15 Pro di Sunway Pyramid

Janna Nick Layan Peminat

Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah menghiburkan peminat dengan dua buah lagu iaitu WARNA DUNIA dan ANTA PERMANA. Janna Nick dan Dato Sri Siti Nurhaliza pula tidak ketinggalan untuk beramah mesra bersama peminat masing-masing. Memang meriah lah!

Peminat Siti Nurhaliza & Janna Nick Meriahkan Pelancaran vivo V15 Pro

vivo V15 Pro Boleh Didapati Pada Harga RM1,799

V15 Pro hadir dengan rekaan pop-up kamera bersama skrin penuh Super AMOLED sebesar 6.39 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel). Ruang dalaman dikuasakan cip pemproses Snapdragon 675 AIE Octa-core dan ditawarkan dalam satu varian iaitu 6GB RAM + 128GB storan, sokong kad microSD sehingga 256GB.

Untuk rakaman gambar, V15 Pro menggunakan tri-kamera utama menggabungkan sensor 48MP (f/1.8) + 8MP (f/2.2) + 5MP (f/2.4) di samping, kamera swafoto yang boleh dinaik turun (elevating) sebesar 32MP.

Pelancaran vivo V15 Pro

Kedua-duanya dikuasakan oleh teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan pelbagai ciri-ciri menarik seperti AI Scene Recognition, AI Body Shaping, AI Super Wide-angle, AI Super Night Mode dan banyak lagi.

Peminat Siti Nurhaliza & Janna Nick Meriahkan Pelancaran vivo V15 Pro

Bawa Balik Hadiah Eksklusif Setiap Pra-Tempahan Mulai Hari Ini

Melengkapinya sebuah bateri berkapasiti 3,700mAh melalui port pengecasan micro USB, bersama sokongan pengecasan pantas Dual-Engine Fast Charging. V15 Pro beroperasi di bawah Funtouch OS 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie, sokongan pengimbas cap jari dalam skrin (In-Display Fingerprint) generasi ke-5 turut ditawarkan.

Model ini hadir dalam dua pilihan warna menarik iaitu Topaz Blue dan Coral Red pada tanda harga RM1,799 untuk seunit. Sesi pra-tempahan bermula HARI INI hingga 1 Mac dan anda boleh mendapat kotak hadiah eksklusif menerusi jerayawara di tempat terpilih, atau mana-mana kedai konsept vivo, pengedar sah vivo dan rakan kongsi e-dagang.

Peminat Siti Nurhaliza & Janna Nick Meriahkan Pelancaran vivo V15 Pro

Lebih menarik, pra-tempahan yang dibuat pada HARI INI juga akan berpeluang menerima Ryze Tello Drone dan kotak hadiah vivo bernilai RM299, termasuk Bluetooth headset, 6 bulan skrin waranti dan mini monopod.

Baterinya sebesar 3,700mAh dan menyokong pengecasan pantas tetapi melalui port mikroUSB. Sistem operasinya berasaskan Android 9.0 Pie dengan antaramuka FunTouch OS di atas.

Tambahan lagi, vivo juga akan mengadakan jualan Superday Sale pada 2 Mac 2019 bertempat di Blue Concourse, Sunway Pyramid. Bagi 200 pelanggan awal yang membeli akan mendapat sebuah DJI Spark (berasaskan first come first serve basic), serta kotak hadiah vivo.

Tempahan awal di DirectD ini akan turut menerima hadiah percuma berupa kamera aksi HD, pek hadiah Vivo, bauar hotel, dan jaminan skrin retak selama 6-bulan. Semua ini bernilai lebih RM700. Terdapat dua warna ditawarkan iaitu Topaz Blue dan Coral Red. Pembeli akan menerima tempahan mereka pada 2 Mac 2019.

Peminat Siti Nurhaliza & Janna Nick Meriahkan Pelancaran vivo V15 Pro

Senheng dan Senq turut membuka tempahan awal, dari 26 Februari hingga 3 Mac 2019. Hanya untuk 300 tempahan terawal, mereka akan turut menerima hadiah percuma berupa pek hadiah Vivo, powerbank 10,000mAh dan beg laptop, semuanya bernilai RM530.

Peminat Siti Nurhaliza & Janna Nick Meriahkan Pelancaran vivo V15 Pro

Untuk yang belum kenal, V15 Pro ialah telefon pintar dengan model kamera hadapan tersembunyi, sama seperti Vivo NEX. Ia memiliki kamera hadapan 32MP bersama tiga lensa kamera belakang iaitu lensa utama 48MP F1.8, lensa kedua bersudut ultra lebar 8MP F2.2 dan lensa ketiga pengesan tahap kedalaman 5MP F2.4.

Skrinnya berukuran 6.39-inci HD Penuh dari jenis AMOLED. Ia memiliki kuasa cip Snapdragon 675 dan disertakan RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Ia menerima kad mikroSD untuk storan tambahan.

Selesai Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Peminat Siti Nurhaliza & Janna Nick Meriahkan Pelancaran vivo V15 Pro
Peminat Siti Nurhaliza & Janna Nick Meriahkan Pelancaran vivo V15 Pro
Peminat Siti Nurhaliza & Janna Nick Meriahkan Pelancaran vivo V15 Pro
Peminat Siti Nurhaliza & Janna Nick Meriahkan Pelancaran vivo V15 Pro
Pelancaran vivo V15 Pro
Peminat Siti Nurhaliza & Janna Nick Meriahkan Pelancaran vivo V15 Pro
Peminat Siti Nurhaliza & Janna Nick Meriahkan Pelancaran vivo V15 Pro
Peminat Siti Nurhaliza & Janna Nick Meriahkan Pelancaran vivo V15 Pro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lecur Air Liur Menonton SELERA MINANG NIK MICHEAL

“Lelaki Itu Kawan Lama Saya, Bukan Kekasih,” – Sarah Hildebrand