in , , , ,

“Lelaki Itu Kawan Lama Saya, Bukan Kekasih,” – Sarah Hildebrand

Pengacara Nabil Mahir sebelum ini mendakwa bekas kekasihnya, Sarah Hildebrand sudah pun bertemu dengan cinta baharu selepas hubungan mereka berakhir dua minggu lalu. Menerusi portal Harian Metro, Sarah Hildebrand telah menafikan kenyataan Nabil Mahir.

Sarah Hildebrand

Menurut kata Nabil Mahir sebelum ini, bekas kekasihnya, Sarah Hildebrand dilihat telah ‘move on’ dengan cepat sekali selepas memuat naik fotonya di Instagram (IG) dengan seorang jejaka kacukan Amerika Syarikat -Filipina, bernama Otto Gillen.

Ramai yang menganggap Sarah seperti menambah bahang spekulasi netizen, gara-gara menyiarkan sekeping foto beliau bersama seorang jejaka semasa bercuti baru-baru ini di Instagram di tengah-tengah isu ini diperkatakan ramai.

Sarah

Dia Hanya Kawan

Namun, menurut Sarah, lelaki yang ada dalam gambar tersebut adalah merupakan seorang kawan lama dan mereka bertemu semasa Sarah pulang ke kampung halamannya di Amerika Syarikat.

“Jejaka itu adalah kawan lama saya yang terpisah sejak di sekolah tinggi. Kami bertemu semula ketika saya melawat bapa yang kurang sihat di Arkansas, Amerika Syarikat baru-baru ini,”

– Sarah Hildebrand

Menurut Sarah, tidak salah untuknya kembali berkawan dengan Otto atau mana-mana lelaki kerana hubungannya dengan Nabil, 31, sudah pun berakhir dua minggu lalu.

“Saya bercuti selama dua minggu untuk menenangkan minda selepas putus cinta,” – Sarah Hildebrand

“Selain menziarah bapa saya ambil peluang bercuti selama dua minggu untuk menenangkan fikiran selepas putus cinta.

“Terus-terang, saya belum bersedia mencari pengganti buat masa ini,”

– Sarah Hildebrand

Menurut pelakon yang popular menerusi drama Pujaan Hati Kanda itu, dia reda dengan perpisahan itu kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

“Sebenarnya bukan mudah untuk saya buat keputusan ini (berpisah) tetapi selepas berbincang dengan keluarga dan pengurusan, ini adalah yang terbaik.

“Apa yang saya boleh katakan, hubungan kami yang sudah mencecah lima tahun itu sudah tidak seperti dulu,”

– Sarah Hildebrand

Sarah turut menegaskan dia memaafkan Nabil atas apa yang berlaku di antara mereka.

“Saya juga tidak mahu ulas panjang kerana tidak mahu buka aib mana-mana pihak termasuk keluarganya.

“Saya juga mahu memulakan hidup baru dan fokus mengukuhkan karier seni,”

– Sarah Hildebrand

EKSKLUSIF: Sarah Hildebrand Perjelas Isu Putus Cinta dengan Nabil Mahir:

Terdahulu, Nabil dalam kenyataannya mengesahkan hubungannya dengan Sarah sudah berakhir dua minggu lalu. Malah, pengacara itu mendakwa terkejut Sarah sudah ada pengganti apabila bekas kekasihnya itu memuat naik foto bersama Otto di laman Instagram.

Sarah menerusi kapsyen di instagram miliknya mengucapkan terima kasih kepada Otto kerana menemaninya berjalan sekitar Arkansas pada awal Februari lalu.

Sumber: Harian Metro

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Peminat Siti Nurhaliza & Janna Nick Meriahkan Pelancaran vivo V15 Pro

Yung Raja Jadi Hos YO! MTV RAPS Bersama Kim Lee