in

Peminat Raikan DJ LIN Menang Penyampai Radio Paling Popular

2016 merupakan tahun yang pastinya meninggalkan kenangan manis buat Penyampai Radio SuriaFm, DJ LIN sebaik diumumkan sebagai Pemenang Kategori Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kali ke-29 baru baru ini.

DJ LIN popular menerusi slot kendaliannya, Suria Cinta, beliau menemani pendengar setiap hari bermula 8 malam hingga 1 pagi kecuali sabtu. Menurut DJ LIN, kemenangan ini adalah hadiah terindah buat semua Peminatnya yang setia menyokong karier seni beliau sejak 16 tahun lalu dan anugerah yang dimenanginya ini juga turut dihadiahkan kepada peminat sempena sambutan ulangtahun ke-10 program Suria Cinta bersiaran.

Peminat Raikan Kemenangan terbaru DJ LIN sebagai Penyampai Radio Paling Popular di Malaysia

Mengulas tentang kejayaan terbarunya itu, beliau berkata, rata rata peminatnya ingin slot Suria Cinta disiarkan setiap hari di Suriafm dan waktu siarannya juga diharap dapat dipanjangkan lagi dan besar harapan peminatnya agar DJ LIN terus kekal di Suriafm. Ini adalah Anugerah ke-5 yang DJ LIN perolehi selepas memenangi 3 Anugerah di Anugerah Seri Angkasa sebelum ini bagi Kategori DJ Radio Wanita Terbaik Malaysia dan Rancangan Interaktif Radio Terbaik (Suria Cinta), beliau juga merupakan penerima Anugerah Ikon Wanita Muda Negara yang Perdana Menteri pada 2012 lalu’.

DJ LIN bersyukur kerana bakat dan kredibilitinya sebagai Penyampai Radio diiktiraf terlebih dahulu berbanding populariti yang dikecapinya kini. DJ LIN berjaya membuktikan beliau kini mempunyai pakej lengkap sebagai salah seorang Penyampai Radio berkaliber di Malaysia.

Terbaharu, DJ LIN telah dilantik sebagai rakan selebriti pilihan CUCKOO dan bersempena kemenangan beliau baru baru ini, pihak CUCKOO telah menganjurkan Majlis Minum Petang buat DJ LIN dan Peminatnya. Acara diadakan di Café Coffea Coffee, Encorp Strand Mall, Kota Damansara. Pelbagai aktiviti menarik diaturkan dan selama 3 jam dan peminat berkesempatan beramah mesra bersama penyampai radio kesayangan mereka. Majlis dihadiri lebih dari 50 orang peminat DJ LIN dari seluruh Negara.

Seminggu selepas itu, DJ LIN sekali lagi diraikan oleh lebih dari 50 orang peminatnya menerusi satu majlis minum petang yang dianjurkan oleh Kelab peminatnya, FAN DJ LIN CINTAMANIA di IYC, Cheras. Antara aktiviti yang dianjurkan adalah sesi karaoke, cabutan bertuah juga soal jawab bersama DJ LIN.

Ditanya tentang perancangan beliau buat masa terdekat, DJ LIN mengatakan beliau berhasrat untuk mengadakan jamuan makan khas buat para peminatnya yang mana beliau sendiri akan memasak antara juadah utama yang bakal dihidangkan antaranya Soto Johor, Sambal Tumis Telur dan Sotong Kering, Laksa Johor, Nasi Minyak, Ayam Masak Merah dan banyak lagi.

DJ LIN kini sedang mencari tarikh yang sesuai untuk majlis tersebut dan ianya sebagai tanda terimakasih DJ LIN buat semua peminat yang dikasihi.

Perkembangan lanjut akan DJ LIN kongsikan di akaun twitter dan instagram miliknya @djlinsuriacinta juga di fan page facebook beliau di DJ LIN SURIA CINTA SURIA FM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapa Juara Konsert Kemuncak Ceria Popstar 2016

Hafiz Hamidun Selebriti Malaysia Pertama Berkolaborasi Bersama Twitter