in ,

Siapa Juara Konsert Kemuncak Ceria Popstar 2016

Program realiti nyanyian kanak-kanak, Ceria Popstar kini sampai ke penghujungnya apabila 4 finalis akan beraksi di Konsert Kemuncak Ceria Popstar 2016 yang akan bersiaran secara langsung Jumaat ini. Konsert separuh akhir minggu lalu menyaksikan penyingkiran Eylia dan Sistar yang terpaksa akur dengan keputusan juri profesional serta undian SMS penonton di rumah. Persembahan meyakinkan Jun, Aniq, Hazmil dan Rezza melayakkan mereka ke Konsert Kemuncak Ceria Popstar.

4 Finalis Janji Persembahan Mantap di Konsert Kemuncak Ceria Popstar 2016

Hazmil yang sudah sinonim dengan irama Malaysia berjaya melunaskan lagu Nirmala dengan baik di konsert yang lalu. Di pusingan pertama Konsert Kemuncak Ceria Popstar minggu ini, peserta kelahiran Sarawak ini akan diuji dengan lagu pop nyanyian asal Judika, Aku Yang Tersakiti. Jun, gadis yang berasal dari Tawau, Sabah pula akan menyanyikan lagu Sesal Separuh Nyawa, nyanyian asal Alyah. Aniq pula diberi lagu idolanya, Wings menerusi Taman Rashidah Utama manakala Rezza, diberi tugas melunaskan lagu popular Opick, Dealova.

Pemarkahan pusingan pertama ini akan menggunakan format penjurian professional (50 %) dan undian SMS (50 %). Dua peserta teratas akan bertanding di pusingan battle bagi merebut kejuaraan Ceria Popstar tahun ini manakala dua peserta terbawah, turut akan mempersembahkan nyanyian di pusingan battle, untuk menentukan tempat ketiga dan keempat. Pusingan battle akan menggunakan format penjurian professional 100 %.

Jun, Rezza, Aniq & Hazmil rebut kejuaraan dan wang tunai RM 20,000.00

Sama-sama kita saksikan Konsert Kemuncak Ceria Popstar yang akan disiarkan Jumaat ini, 27 Mei 2016, bermula jam 9 malam di tiga saluran iaitu Astro Ceria, Saluran 611 , Astro Maya HD, Saluran 135 dan Astro Prima, saluran 105.

Konsert kali ini menampilkan Nabil Ahmad selaku pengacara manakala pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak diundang selaku juri jemputan bagi menilai persembahan setiap peserta yang bertanding di samping juri tetap, Awie dan Dato’ Siti Nurhaliza. Pengacara tersohor tanahair, Datuk Aznil Haji Nawawi bertindak selaku penaung dan ‘father-figure’ kepada program ini.

Berikut merupakan senarai lagu tugasan yang akan dipersembahkan di Konsert Kemuncak Ceria Popstar 2016:

No. Nama Peserta & Cikgu Asal Lagu Tugasan Lagu Battle Cara Undian SMS (RM 0.53 setiap undian)
1. Muhammad Shahrezza Bin Abu Samah (Rezza) – Mark Adam Sarawak Dealova (Opick) Mewangi (Akim & The Majistret) CP<Jarak>REZZA

Hantarkan ke 32777

2. Hazmil Bin Hassan (Hazmil) – Mark Adam Sarawak Aku Yang Tersakiti (Judika) Ghazal Untuk Rabiah (Jamal Abdillah & M Nasir) CP<Jarak>HAZMIL

Hantarkan ke 32777

3. Muhammad Aniq Iffat Bin Ruzaimi (Aniq) – Jaclyn Victor Perak Taman Rashidah Utama (Wings) Salam Terakhir (Sudirman) CP<Jarak>ANIQ

Hantarkan ke 32777

4. Siti Junaidah Binti Bekri (Jun) – Black Sabah Sesal Separuh Nyawa (Alyah) Bahtera Merdeka (Versi Lan Typewriter) CP<Jarak>JUN

Hantarkan ke 32777

Juara Ceria Popstar 2016 bakal membawa pulang hadiah berbentuk wang tunai sebanyak RM 20,000.00 beserta trofi sumbangan Astro. Naib juara pula bakal memenangi wang tunai sebanyak RM 15,000.00 beserta trofi. Tempat ketiga bakal meraih wang tunai RM 10,000.00 dan juga trofi.

Tempat keempat pula meraih wang tunai RM 5,000 dan trofi. Satu anugerah khas iaitu, Anugerah Bintang Genius tajaan Qu Puteh IQ Genius akan diberikan kepada peserta dengan undian SMS tertinggi di mana pemenang akan membawa pulang wang tunai RM 3,000 berserta trofi.

Konsert Kemuncak Ceria Popstar 2016 juga akan diserikan dengan persembahan jemputan istimewa dari kumpulan Wings, Hazama dan Hafiz Suip. Siapakah yang akan menyerlah kali ini dan siapakah yang akan bergelar Juara Ceria Popstar?

Saksikan Konsert Kemuncak Ceria Popstar Jumaat ini bermula jam 9.00 malam hanya di saluran 611, Astro Ceria, saluran 135, Astro Maya HD dan saluran 105, Astro Prima, disiarkan secara langsung dari Kompleks Studio Merdeka FINAS! Konsert Kemuncak Ceria Popstar juga boleh disaksikan secara langsung menerusi Astro On The Go (AOTG).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV3 & TV9 Lancar Kempen Ramadan Syukur Selalu 2016

Peminat Raikan DJ LIN Menang Penyampai Radio Paling Popular