in ,

Gadis Didakwa Kutuk & Menghina Orang Negeri Johor Tampil Mohon Maaf

Media sosial sepatutnya menjadi tempat atau platform untuk kita berkongsi perkara atau info yang bermanfaat. Tapi ada sesetengah pihak yang menjadikan media sosial ini sebagai tempat untuk menarik perhatian netizen sehingga menyakitkan hati sesetengah individu.

Baru-baru ini, tular mengenai seorang wanita yang dikenali sebagai Wanikokrosh telah memuat naik Instastory berbaur penghinaan terhadap rakyat Johor sehingga mengundang kemarahan warganet khususnya mereka yang berasal dari negeri itu.

Video berdurasi 13 saat berkenaan, memperlihatkan Wani sedang berjalan sambil menunjuk perhiasan di bahu jalan lalu mengeluarkan ayat seolah rakyat Johor tidak berpuasa.

Wani Gadis Didakwa Kutuk &Amp; Menghina Orang Negeri Johor Tampil Mohon Maaf

Bestnya kat Johor, ada donut kat tepi jalan. Seronoknya boleh makan kalau lapar. Mesti orang Johor tak puasa kan? Macam b*b* je Johor ni, Johor s**l.

Gara-gara mengeluarkan kata-kata demikian, ramai pihak tidak berpuas hati dengan dirinya dan bertindak untuk ‘menyerangnya’ di Instagram.

Walau bagaimanapun, Wani telah menyedari perbuatannya telah membuatkan ramai pihak tersinggung dan dia bertindak memadam video berkenaan serta tampil membuat permohonan maaf.

Wani Gadis Didakwa Kutuk &Amp; Menghina Orang Negeri Johor Tampil Mohon Maaf

Wani nak minta maaf sangat-sangat tapi Wani tak ada niat pun nak kutuk negeri Johor sebab kat belakang story tu pun Wani ada cakap ‘eh tak ada lah gurau je’ tapi ada sesetengah pihak yang upload video tersebut dan potong part gurau berkenaan.

Wani Gadis Didakwa Kutuk &Amp; Menghina Orang Negeri Johor Tampil Mohon Maaf

‘Harap clear semuanya, janji tak buat dah’

Wani mengatakan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab memotong video berkenaan dan menampakan seolah dirinya menghina negeri Johor. Namun Wani dikatakan telah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan serta berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama seperti itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trending Huawei | 16

Belia Teruja Tuntut e-Belia Hingga ‘Trending’ Di Twitter

Haqiem Rusli | 17

Peminat Dah Restu, Baru Umum Nak Kahwin, Ramai Pula Yang Mahu Taja Haqiem Rusli