in

Senarai 25 Pemimpin Dunia Popular di Instagram

Penggunaan media sosial oleh ahli politik adalah antara strategi bagi mendekatkan mereka kepada rakyat. Sekiranya mereka ingin menarik minat golongan muda, mereka perlu aktif di media sosial.

Antara sebab mengapa Barack Obama memenangi pilihanraya Presiden pada tahun 2008 ialah kerana beliau secara aktif berinteraksi dengan belia Amerika Syarikat yang pada waktu tersebut tidak berminat untuk mengundi.

Jelas sekali media sosial yang dianggap membuang masa oleh golongan tua adalah platform memancing undi yang berguna untuk golongan kasta pemerintah.

Najib Razak

Instagram ialah antara platform yang digunakan dan Twiplomacy baru sahaja mengeluarkan senarai akaun Instagram pemimpin dunia yang mempunyai paling banyak pengikut.

Barack Obama di tempat teratas dengan lebih dari enam juta pengikut. Ini diikuti pula oleh Dimitri Medvedev, Perdana Menteri Kesatuan Russia dan Narendra Modi Perdana Menteri India.

Perdana Menteri Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak di tangga ke-18. Pemimpin ASEAN lain yang popular ialah Presiden Joko Widodo di tangga ke-16 dan Lee Hsien Loong Perdana Menteri Singapura di tangga ke-17.

Pencapaian sebagai antara pemimpin dunia dengan jumlah pengikut paling ramai ini pastinya tergolong di dalam senarai pencapaian membanggakan sepanjang 40 tahun kerjaya Dato’ Sri Najib sebagai seorang hamba rakyat yang disegani. Syabas diucapkan kepada beliau.

  1. Barack Obama 6,044,620
  2. Dimitro Medvedev 2,045,275
  3. Narendra Modi 1,787,491
  4. Ratu Rania Al Abdullah 1,441,828
  5. Mohammed bin Rashid Al Maktoum 1,418,319
  6. Recep Tayyip Erdoğan 762150
  7. Ayatollah Seyed Ali Khamenei 607554
  8. Mauricio Macri 563,682
  9. Abdelfattah Elsisi 556,180
  10. Hassan Rouhani 523,483
  11. Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud of Saudi Arabia 383,720
  12. Ahmet Davutoğlu 358,068
  13. Abdullah bin Zayed Al Nahyan 341,098
  14. Khalifa Bin Zayed Al-Nahyan 337,091
  15. Justin Trudeau 279,086
  16. Joko Widodo 216,754
  17. Lee Hsien Loong 196,647
  18. Najib Razak 193,810
  19. Dilma Rousseff 171,974
  20. Enrique Peña Nieto 167,722
  21. Angela Merkel 127,963
  22. Presiden Kazakhstan 112,100
  23. Khaled Al-Abdullah Al-Sabah 94,201
  24. Ilham Aliyev 90,035
  25. Zarif Javad 72,678

Sumber: Portal Amanz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Segala Tentang SAVE OUR RAINFOREST 2016

Akim Ahmad Rancang Mahu Honeymoon di Eropah & Negara Arab