in , ,

Akim Ahmad Rancang Mahu Honeymoon di Eropah & Negara Arab

Setelah bernikah dengan Stacy, vokalis bersuara lantang dan power, Akim Ahmad mengatakan beliau teringin sangat nak berbulan madu di negara Eropah dan juga negara Arab.

Namun, buat masa sekarang, kesibukan menjadi penghalang di mana Akim terlibat dengan program Mentor Milenia.

Akim nampaknya tidaklah terlalu terdesak untuk pergi berbulan madu kerana bagi beliau berada di Malaysia yang aman ini sudah cukup nyaman dan selesa.

Apa-apa pun, Akim kata dia akan meminta persetujuan juga dengan Stacy untuk keluar negara pergi bercuti makan angin sekali sekala untuk melepaskan stress dan menenangkan jiwa.

Semasa Mentor Milenia yang lalu, Akim ada bergurau-gurau yang dia akan mendapat baby. Waahh… semoga sukses yok!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai 25 Pemimpin Dunia Popular di Instagram

Filem MUNAFIK Bakal Jadi Filem Paling Seram 2016?