in , ,

Pemilik iPhone 12 Kena beli Kepala Pengecas & Fon Kepala Berasingan

Minggu ini kita dikejutkan dengan beberapa laporan mengenai iPhone 12 iaitu maklumat sokongan pengecasan pantas 20W dan yang terbaharu tiada pengecas yang akan disertakan dalam kotak.

Tarikh pelancaran iPhone 12 makin hampir, maka khabar angin juga semakin kuat bertiup. Terbaru, Apple dikhabarkan mungkin tidak akan memberikan kepala pengecas di dalam kotak iPhone 12, selepas khabar angin lebih awal menyatakan fon kepala berwayar tidak akan disertakan di dalam iPhone 12.

Ming-Chi Kuo, penganalisa terkemuka yang sering memberikan berita awal tentang Apple, melaporkan di dalam nota kajiannya bahawa iPhone tahun 2020 tidak akan datang dengan fon kepala berwayar, serta tiada kepala pengecas. Tetapi kabel pengecas akan ada di dalam kotak.

Pemilik iPhone 12 Kena beli Kepala Pengecas & Fon Kepala Berasingan

Ini bermakna pengguna harus mengeluarkan wang yang banyak hanya untuk mengecas peranti (untuk pengguna iPhone baharu).

Kuo percaya langkah ini diambil Apple untuk mengurangkan kos mereka untuk menampung kenaikan harga penghasilan kerana menyertakan sokongan 5G kali ini. Selain itu, Apple dikatakan mahu meningkatkan lagi inisiaitf mesra alam mereka.

Pemilik iPhone 12 Kena beli Kepala Pengecas & Fon Kepala Berasingan
Aksesori yang datang bersama iPhone 12

Harga penghasilan iPhone 12 adalah lebih tinggi disebabkan sokongan teknologi 5G. Namun, Apple dijangka tetap menjualnya dengan harga lebih kurang seperti siri iPhone 11. Antara perkara yang dilakukan oleh Apple untuk memastikan harga jualan yang ‘rendah’ adalah dengan tidak menyertakan EarPods dan juga pengecasan.

Perkara ini diambil selepas kritikan dari pencinta alam sekitar bahawa kepala pengecas sering menjadi bahan buangan, kerana kebanyakan pengguna telah memilikinya dalam telefon pintar sebelum itu, atau mengecas melalui komputer.

Pemilik iPhone 12 Kena beli Kepala Pengecas & Fon Kepala Berasingan

Sebelum ini, gambar pengecas baru iPhone dengan kuasa 20W telah tersebar, dikatakan akan menggantikan kepala pengecas 5W dan 18W sedia ada. Rekaan pengecas 20W ini mirip dengan pengecas 18W, menggunakan sambungan USB-C PD untuk pengecasan pantas.

Walaupun kos penghasilan iPhone 12 meningkat disebabkan sokongan 5G, Kuo percaya dengan tidak menyertakan fon kepala dan kepala pengecas, Apple akan dapat mengekalkan harga pelancaran iPhone 12 sama seperti iPhone 11.

Kebanyakan laporan dan maklumat sahih mengenai iPhone adalah datangnya dari Ming-Chi Kuo. Jika benar iPhone 12 tidak lagi menyertakan pengecasan dalam kotak pembelian, apa pula pendapat anda?

Sumber: Macrumors

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Fazura & Fattah Amin Bakal Timang Anak Lelaki?

“Ada Orang Cakap Saya Artis Paling Bodoh,” – Fathia