in

Pemenang Siswa Merdeka Anjuran Erama TV

#SiswaMerdeka menawarkan pelbagai hadiah untuk pelajar Malaysia di dalam & luar Negara!

Sempena menyambut Hari Malaysia pihak Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Erama TV sedang menganjurkan pertandingan mudah secara online bagi mengenalpasti dan menilai bakat pelajar dalam mengekpresikan diri mereka terhadap perasaan cintakan Negara. Pertandingan terdiri dari 3 kategori iaitu slogan #siswamerdeka, gambar cintai negara & juga video kemerdekaan.

#SiswaMerdeka dilihat sebagai pertandingan yang dekat dengan kehidupan kini pelajar dimana ia menggunakan media sosial terkini bagi menghantar penyertaan. Bagi slogan #siswamerdeka pelajar hanya perlu menulis “Saya @siswamerdeka kerana……..” di twitter, menghantar gambar cintai Negara di Instagram hanya dengan tag #siswamerdeka dan video yang menceritakan pengalaman dan harapan pelajar terhadap Malaysia. Semudah itu pelajar berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik antaranya Ipad 3, Iphone 4, Kamera DSLR dan wang tunai.

Salah seorang pengguna twitter menghantar penyertaan menulis “Saya @siswamerdekakerana kelahiran saya adalah untuk meneruskan perjuangan kemerdekaan Negara sehingga akhir nyawa”. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Saifuddin Abdullah juga ada menulis, “#siswamerdeka dapat melihat bakat mahasiswa meluahkan perasaan cinta mereka terhadap Malaysia dengan menggunakan cara mereka, iaitu dengan menggunakan media sosial sepenuhnya”. Katanya lagi, “Bagi mengetahui nilai patriotism dalam diri seorang siswa, kita dekati cara mereka kerana saya percaya mahasiswa mempunyai semangat cintai Negara dan ada nilai patriotisme hanya penyampaian mereka berbeza”.

Pada Hari Malaysia sendiri 16 September ini, upacara penyampaian hadiah akan diadakan di Saloma Bistro, Jalan Ampang. Peserta dan pelajar dijangka menghadiri majlis santai ini. Majlis ini akan di hoskan oleh Kamal Adli dan Tauke Rajalawak.

Bagi pelajar yang berminat, mereka boleh melayari www.erama.tv/sm untuk maklumat lanjut atau guna sahaja akaun twitter / instagram ada dan ikuti susur masa #siswamerdeka. Masih belum terlambat!!

Jom Sertai Pertandingan Siswa Merdeka Anjuran Erama Tv

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Launches Sky News HD Astro B.yond

DRAMA TELEFILEM ANUGERAH SKRIN 2012