in

Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia Ke 23

Updated: Entri ini akan dikemaskini dari masa ke semasa secara LIVE dari SACC.

Jam 8 malam, Budiey kini sedang mengikuti secara langsung Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke 23 ( FFM23 ) yang diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC), Selangor Darul Ehsan.

Video Rakaman Selebriti Melaram:

Sebelum itu acara red karpet diserikan dengan fesyen gaya selebriti melaram. Untuk melihat gaya selebriti di FFM23, sila klik pautan di bawah ini:

  1. Gambar Mislina Mustaffa Separa Botak di Festival FIlem Malaysia 23
  2. Gambar Macho Shahz Jaszle di Red Carpet FFM23
  3. COMEL! Gambar Mia Sara di Karpet Merah FFM23
  4. Gambar Erra Fazira Serba Unggu di Red Carpet FFM23
  5. Fouziah Gous Bergaun Emas di Red Carpet FFM23
  6. Syamsul Yusof & Zed Zaidi di Karpet Merah FFM23
  7. Gambar Fizo Omar di Red Carpet FFM23
  8. Gambar Farah Asyikin di Karpet Merah FFM23
  9. Gambar Selebriti di Karpet Merah FFM23: Part 1

Majlis ini turut disiarkan secara langsung di saluran RTM dan Astro PRIMA pada jam 8.30 malam. Siaran tertunda FFM23 akan disiarkan di Astro Citra jam 12 tengahmalam.

Selepas berlangsung malam anugerah, FFM23 disusuli pula dengan Malam Pasca & Post Party FFM23 di mana dan diumumkan juga Pakaian Terbaik Lelaki & Wanita yang akan membawa pulang hadiah set Rafflesia bernilai RM5,000 bersama dengan pemenang pereka juga merangkul hadiah yang sama.

DSC_0753

Updated: Bagi Pakaian Terbaik Lelaki FFM23 dimenangi oleh Shahz Jaszle dan Pakaian Terbaik Wanita pula dimenangi oleh Vanida Imran. Tahniah untuk kedua-dua pelakon ini.

Sebanyak 12 kategori anugerah cipta yang dipertandingkan telah pun diumumkan di Majlis Pelancaran FFM23 pada 20 Oktober 2010 yang lalu di mana menyaksikan filem Magika telah menang 5 anugerah dari 12 anugerah pada malam itu.

Budiey juga menyaksikan begitu ramai barisan selebriti, pelakon filem dan juga penggiat seni hadir di karpet merah. Gambar mereka akan disiarkan dalam masa terdekat ini.

Setiap pemenang membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 berserta dengan trofi FFM 23.

Okay, ini senarai 12 anugerah FFM23  yang diumumkan semasa Pelancaran FFM23 sebelum ini.

1. Anugerah Poster Terbaik – Filem Belukar

2. Anugerah Kostum/Busana Terbaik – Hasnan Yaakub dari Filem Magika – KRU Studios

3. Anugerah Lagu Tema Asal Terbaik – Edry Abdul Halim – Filem Magika

4. Anugerah Penataan Bunyi Terbaik – Brian Ng dari V3 Samseng Jalanan

5. Anugerah Penataan Seni Terbaik – Anuar Paharudin & Johan Lucas dari Filem Magika

6. Anugerah Pelakon Harapan Lelaki – Shashi Taran dari Filem Estet

7. Anugerah Pelakon Harapan Wanita – Daphne Iking dari Filem Belukar

8. Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Fimie Don dari Filem Magika

9. Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Yana Shamsudin dari filem Adnan Sempit

10. Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Shaheizy Sam dari filem Evolusi KL Drift 2

11. Anugerah Pengarah Harapan – Edry Abdul Halim dari Filem Magika

12. Anugerah Filem Komedi Terbaik – My Spy Dari Kru Studios

FFM23

Mungkin akan ada yang mencari apa kontroversi dalam penganjuran dan keputusan dari juri FFM23 ini. Kemenangan buat pertama kali dalam sejarah Festival Filem Malaysia, Anugerah Pengarah Terbaik dimenangi oleh pengarah muda, Syamsul Yusof yang berjaya mengalahkan pengarah yang lebih senior.

Menurut Syamsul agak terkejut dan tak dapat menahan tangisan, dia sememangnya tidak menjangkakan akan menang kerana saingannya merupakan pengarah-pengarah hebat dalam industri perfileman tempatan.

“Saya bersyukur atas kemenangan ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada ayah saya, Datuk Yusof Haslam yang banyak mengajar saya. Rasanya, kalau dia tidak paksa, saya tak mungkin meraih kejayaan ini.”

Berikut ini pula ada senarai anugerah perdana yang diumumkan di Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-23:

13. Anugerah Lakon Layar Terbaik
Pemenang: Jumaatun Azmi – Filem Haq

14. Anugerah Cerita Asal Terbaik
Pemenang: Ahadiat Akashah – Lagenda Budak Setan

15. Anugerah Sinematografi Terbaik
Pemenang: Raja Mukhriz – Filem Niyang Rapik

16. Anugerah Penyunting Terbaik
Pemenang: Hisham Jupri & Syamsul Yusof dari Evolusi KL Drift 2

17. Anugerah Skor Muzikal Asal Terbaik
Pemenang: Edry Abdul Halim – Magika

18. Anugerah Filem Animasi Terbaik
Pemenang: Buas

19. Anugerah Dokumentari Terbaik :
Pemenang: Suatu Ketika Laskar Senoi – Astro Entertaiment

20. Anugerah Filem Pendek Terbaik
Pemenang: Projek Genex – Ainote

20. Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik
Pemenang: Bront Palarae – Filem Belukar

21. Anugerah Pelakon Wanita Terbaik
Pemenang: Lisa Surihani – Lagenda Budak Setan

22. Anugerah Pengarah Filem Terbaik
Pemenang: Syamsul Yusof dari Scop Productions membawa pulang sebuah trofi & hadiah wang tunai RM20ribu

23. Anugerah Filem Terbaik FFM23
Pemenang: Filem Magica membawa pulang sebuah trofi & hadiah wang tunai RM50ribu

Anugerah Khas Juri FFM23:
1. Filem Cinta Ais Kacang – Asia Tropical Film
2. Filem Woohoo – Astro Shaw
3. Filem Estet – Naga VSX
4. Filem Muallaf – NZX Film

Anugerah Pelakon Veteren Lelaki FFM23:
Pemenang : Seniman Tamam Idris

Filem Box-Office FFM23 :
Pemenang: Filem Adnan Sempit

Anugerah Pelakon Veteren Wanita FFM23 :
Pemenang: Seniwati Datuk Sarimah Ahmad.

Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir FFM23 :
Pemenang: Johari Ibrahim.

Kami di Budiey.com ingin mengucapkan jutaan tahniah buat semua pemenang FFM23!

FFM23

Syamsul Yusof merangkul kali pertama Anugerah Pengarah Filem Terbaik dalam sejarah kariernya. Tahniah!

FFM23

Lisa Surihani menjulang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik

FFM23

Tahun gemilang diraih oleh KRU Studios yang membawa pulang 2 anugerah berganda dengan Magika dinobatkan sebagai Filem Terbaik FFM23.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Macho Shahz Jaszle di Red Carpet FFM23

Gambar Mislina Mustaffa Separa Botak di Festival FIlem Malaysia 23