in

Pemenang Awal 12 Kategori Anugerah Industri Muzik 17

Meskipun kemuncak Anugerah Industri Muzik ke 17 (AIM 17) hanya akan berlangsung malam esok, namun sebentar tadi sebelum raptai penuh AIM17, telah diumumkan para pemenang untuk 12 kategori daripada 24 yang dipertandingkan.

Dikatakan pada malam ini, nama Yuna akan disebut menjadi antara pemenang terbesar dalam AIM edisi 17 ini. Apa-apa pun, keputusan sebenar masih belum terungkai lagi untuk 12 kategori yang lain. Sama-sama kita nantikan.

Mereka adalah Lagu Rock Terbaik – Komposer / Penulis Lirik Situasi (Bunkface) – Sam / Sam

Lagu Pop Terbaik – Komposer / Penulis Lirik Dan Sebenarnya (Yuna) – Yuna / Yuna

Lagu Hip Hop Terbaik – Komposer / Penulis Lirik Cerita Kedai Kopi (DJ Fuzz & Malique feat Salam) – Malique, DJ Fuzz & Salam / Malique

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik Deeper Conversation (Yuna) – Yuna / Yuna

Lagu Pop Etnik Terbaik – Komposer / Penulis Lirik Enjut (Noraniza Idris) – Cat Farish & Adeeb / Ahmad Fedtri Yahya

Lagu Nasyid Terbaik – Komposer / Penulis Lirik Dia Muhammad (Inteam) – Frizdan / Frizdan

Lagu Cina Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik Na Han (JK Chen Jia Kai) – JK Chen Jia Kai / Percy Phang

Lagu India Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik Uyartinthidu Thozha (Jey Raggaveindra, Ashokan, Dr Ombala, Sidhartan, Jegathisan) – Jay, Jey Raggaveindra, Dhilip Varman / A. Sivalinggam, T. Poovaneswaran, Jey Raggaveindra

Kulit Album Terbaik – Pereka Sarah Joan Mokhtar – To Prevent The Earth From Moving With You (Disagree)

Rakaman Album Terbaik – Jururakam Greg Henderson – Into … Akasha (Akasha)

Video Muzik Terbaik – Pengarah Nam Il Cho – Oh! Sizuka (Pop Shuvit)

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu – Pengarah Jenny Chin – Cinta Ada (Karen Kong, Jaclyn Victor, Dato’ Sheila Majid)

Tahniah buat semua pemenang!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Shooter Sempena Hari Pekerja

Lann A To Z Lancar Album Solo