in

Lann A To Z Lancar Album Solo

Pada 21 April lalu, telah berlangsung majlis sidang media dan pra- dengar album Solo Lann A To Z di Restoran Itik Gembo-Gembo, Jalan Atap, Kuala Lumpur. Di majlis itu juga, Lann diraikan sempena dengan sambutan ulangtahunnya yang ke 41.

Berikut ini Budiey siarkan ucapan beliau…

Assalamualaikum ….

Saya mulakan dengan Kalimah Bismillahirrohmanirrohim sebagai pembuka bicara. Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua yang hadir pada majlis yang tidak sepertinya ini.

Pada mulanya saya hanya merancang untuk mengadakan majlis sambutan ulangtahun bersama-sama bersama rakan2 terdekat. Namun setelah mendapat respon yg baik dari Laman Facebook, akhirnya saya mula merancang utk menghadiahkan mereka dengan sesuatu yg lebih istimewa.

Sejak 3 tahun kebelakangan saya telah dilanda masalah perpecahan rumahtangga yg terlalu sukar utk ditempuhi sehingga memaksa saya membawa diri menetap di Jakarta lebih setahun lamanya.

Dan ini menjadikan saya terus sepi dan lenyap dari industri muzik tanahair. Pun begitu, sebagai anak seni yang sememangnya tidak dapat lari dari dunianya, saya terus berkarya ketika diperantauan. Dan sekembalinya saya ke tanahair pada hariraya yang lalu, saya terus merakamkan lebih dari 60 buah lagu dengan tujuan meluahkan isi hati. Walau pada asalnya memang tidak berniat utk kembali mewarnai industri setelah kontrak rakaman bersama Kumpulan A to Z tamat pada tahun 2002.

Terkini, saya Lann A to Z, akhirnya akur dengan ketentuan di mana saya sememangnya tidak dapat lari dari dunia seni. Lebih-lebih lagi setelah mendapat sokongan dan dorongan dari peminat dan rakan2 terdekat terutamanya yang aktif di laman Facebook. Dari 60 buah lagu, saya pilih 12 yang akhirnya saya himpun dalam sebuah album berjodol ”Diari Hati”. Sesungguhnya memang ianya merupakan sebuah album yang 80% dipenuhi dengan lagu2 luahan hati yg selama ini saya pendam dan taidak mampu saya kongsikan dengan sesiapa sahaja. Selain dari memilih tarikh lahir sebagai tarikh pra dengar, 21 April juga sepatutnya adalah tarikh ulangtahun perkahwinan saya bersama Marcella Casisisi Sharif yang kini tinggal di Blackpool, UK.

Dan tahun 2010 sepatutnya adalah tahun ke – 12. Bersempena dgn itu, saya memilih 12 buah lagu utk saya muatkan di dalam album luahan hati yang sememangnya terlalu bererti kepada saya. Walaupun kelahiran album ini tidak dirancang, namun saya percaya kepada ketentuan Allah dan ’miracle’ yang masih belum boleh diduga. Apa yang terlintas difikiran saya hanyalah teruskan sahaja perjuangan sebagai insan seni dengan sepenuh keyakinan kepadaNYa.

Apa pun saya bersyukur kepada Allah dan berterimakasih kepada rakan2 di seluruh negara, juga rakan2 di Indonesia yang telah membantu saya memulihkan semangat yang telah lebur setelah dilanda pelbagai masalah sebelum ini. Insyaallah, pada hari ulangtahun ke 41 ini saya benar2 bernekad utk meneruskan karier saya di dalam industri muzik tanpa menoleh kebelakang lagi.

Tentang hak pengedaran dan promosi akan cuba saya lakukan dengan pelbagai macam cara dan kaedah termasuklah menggunakan IT sebagai pilihan utama. Dan utk fasa awal ini, saya akan melancarkan 1000 unit PESANAN TERUS secara ONLINE di laman facebook.

Dan sehingga tarikh ini, saya telah menerima tempahan sebanyak 600 unit secara peribadi. Selepas itu barulah saya bercadang utk menyerahkan hak pengedaran kepada mana2 syarikat yang sanggup memberikan ’DEAL’ yang terbaik ….. Insyaallah.

Terima kasih saya ucapkan kepada mereka2 yang terlibat secara langsung atau tidak di dalam pembikinan album ini. Juga kepada rakan2 lain yang bertungkus lumus membuat persiapan untuk hari ini. Lagu2 yang termuat di dalam album DIARI HATI :

1- Maruah (3:55)
Lagu & Lirik : Lann A to Z
Arrangement : Lann A to Z / Mazlee Niteman

2- Bukan Kerana Nama (3:58)
Lagu & Lirik : Lann A to Z
Arrangement : Lann A to Z / Mazlee Niteman / Najib Ali

3- Itek Gembo2 versi 2010 (4:44)
Lagu : Helen Yap Lirik : Lann A to Z / Darwish
Arrangement : Lann A to Z / Nick CDRW

4- Hanya Untukmu (4:40)
Lagu & Lirik : Lann A to Z
Arrangement : Lann A to Z / Mazlee Niteman

5- Biduan (4:47)
Lagu & Lirik : Lann A to Z
Arrangement : Lann A to Z / Mazlee Niteman

6- Takdir (4:47)
Lagu & Lirik : Lann A to Z
Arrangement : Lann A to Z / Mazlee Niteman

7- Bintang (4:56)
Lagu : Mazlee Niteman Lirik : Lann A to Z
Arrangement : Lann A to Z / Mazlee Niteman

8- Tak Mungkin (3:36)
Lagu & Lirik : Lann A to Z
Arrangement : Lann A to Z / Mazlee Niteman

9- Darjat versi solo (3:55)
Lagu : Mazlee Niteman Lirik : Lann A to Z
Arrangement : Lann A to Z / Mazlee Niteman

10- Dulu Dan Selamanya 2010 (3:11)
Lagu : Jeff A to Z Lirik : Jeff A to Z
Arrangement : Lann A to Z / Mazlee Niteman

12- Peluang Kedua (4:48)
Lagu & Lirik : Lann A to Z
Arrangement : Lann A to Z / Mazlee Niteman

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pemenang Awal 12 Kategori Anugerah Industri Muzik 17

Gambar Sekitar Pelancaran Album Tilu Ku Bukan Aku