in ,

Tahniah! Ini Senarai Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2018 (ASK 2018)

Tahniah Budiey ucapkan buat semua pemenang Anugerah Skrin 2018 (ASK 2018). Semoga dengan kemenangan ini mencipta semangat untuk melahirkan naskah yang lebih bermutu.

Drama PENDOSA INGIN KE SYURGA terbitan Suhan Movie & Trading Sdn Bhd telah diangkat sebagai pemenang Drama Terbaik Anugerah Skrin 2018 (ASK2018). Tahniah! Acara ini diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 2 November 2018.

Anugerah Skrin 2018

Kemenangan itu berjaya menumpaskan empat calon lain iaitu Kasih Seorang Ayah (Mache Allstar United), Nisaa (Unit drama TV, RTM), Qalbu (Saphire Screen Sdn Bhd) dan Aku Nazmi (JS Pictures Sdn Bhd).

Naskhah terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd itu turut mengungguli kategori Pengarah Terbaik Drama dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama hasil lakonan hebat Fauziah Nawi.

Pembaharuan di ASK 2018

Bagi kategori Drama Rantaian Terbaik Bahasa Melayu menjadi milik Nur terbitan Radius One Sdn.Bhd. Pelakon utamanya iaitu Syafiq Kyle dan Amyra Rosli turut merangkul kategori Pelakon Wanita dan Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian.

Sementara itu, Dukun arahan Daid Said juga mencatat kejayaan besar dalam kategori filem apabila membawa pulang empat trofi.

Selain Filem Terbaik, karya terbitan Astro Shaw itu diumumkan pemenang kategori Pengarah Terbaik Filem, Pelakon Filem Wanita Terbaik Filem (Datin Seri Umie Aida) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem (Namron).

Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem pula menjadi milik Shaheizy Sam, hasil lakonannya dalam Pinjamkan Hatiku. Filem arahan Osman Ali itu turut menyaksikan seorang lagi pelakonnya, Normah Damanhuri, memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem.

Watak gadis autisme lakonan Nad Zainal dalam drama Fatonah Azali membolehkannya memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama, manakala trofi Pelakon Lelaki Terbaik Drama digenggam Jay Iswazir (Aku Nazmi).

Trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama jatuh ke tangan Fauzi Nawawi (Qalbu), sementara Mat Rukun memenangi kategori Drama Komedi Terbaik.

Drama siaran TV3 yang mencipta fenomena pada Ramadan lalu, Nur, turut mencipta gemilang pada ASK kali ini apabila pulang dengan tiga anugerah, iaitu Drama Rantaian Terbaik (kategori Bahasa Melayu), Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian (Syafiq Kyle) dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian (Amyra Rosli).

Drama Rantaian Terbaik bagi kategori Bahasa Cina pula dimenangi oleh Green Wall.

Antara pemenang lain ialah Anugerah Skrin 2017 (Rancangan Anugerah Terbaik), 999 (Rancangan Majalah Terbaik) dan Lets Cycle Season 3 (Rancangan Realiti Terbaik)

ASK 2018 mempertaruhkan 30 kategori, dengan 6 daripadanya diumumkan pada 28 Oktober lalu menerusi Melodi Anugerah Skrin 2018 di Serdang.

Enam kategori penerbitan dalaman yang diumumkan pada acara itu ialah Montaj Terbaik, Rancangan Dokumentari Terbaik, Rancangan Bual Bicara Terbaik, Laporan Khas Berita Terbaik, Reka Bentuk Set Terbaik dan Rancangan Hiburan Terbaik.

Cuba bereksperimen dan memberi dimensi baharu, ASK 2018 tidak mempunyai hos utama, sebaliknya 12 penyampai anugerah diberi tanggungjawab lebih berat kali ini.

Anugerah Skrin 2018

Mereka ialah Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Awal Ashaari, Maya Karin, Ayda Jebat, Zahirah Macwilson, Elly Mazlein, Sherry Alhadad, Izzue Islam, Sharnaaz Ahmad, Naz Habibur Rahman dan Shuk Sahar.

Dalam segmen persembahan pula, ASK2018 menampilkan gandingan Wany Hasrita, Ernie Zakri dan Shiha menyanyikan lagu ciptaan Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah, Dikir Puteri, Cindai dan Hati Kama.

SENARAI PENUH PEMENANG ASK2018:

1. Drama Terbaik: Pendosa Ingin Ke Syurga (Rashid Sibir / Suhan Movie & Trading Sdn. Bhd)

2. Pengarah Terbaik Drama: Pendosa Ingin Ke Syurga (Suhan Movie Trading Sdn. Bhd)

3. Lakon TV Terbaik: Aku Nazmi (Sofia J. Rhyland / JS Pictures Sdn. Bhd)

4. Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Jay Iswazir (Aku Nazmi / JS Pictures Sdn. Bhd)

5. Pelakon Wanita Terbaik Drama: Nad Zainal (Fatonah Azali / Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd)

6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Fauzi Nawawi (Qalbu)

7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Fauziah Nawi ( Pendosa Ingin Ke Syurga)

8. Drama Rantaian Terbaik Bahasa Melayu: Nur (Radius One Sdn. Bhd)

9. Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian: Syafiq Kyle (Nur)

10. Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian: Amyra Rosli (Nur)

11. Drama Komedi Terbaik: Mat Rukun (Hujan Lebat Sdn. Bhd)

12. Penyunting Drama Terbaik: Qalbu (Mohd Shahrul Amin)

13. Videografi Drama Terbaik: Nisaa (Nasarudin Ahmad / RTM)

14. Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina): Green Wall (The Rock Productions Sdn. Bhd)

15. Rancangan Majalah Terbaik: 999 (Rempit Kesas Formasi / Hariss Farouk Alex & Wan Farid)

16. Rancangan Realiti Terbaik: Let’s Cycle Season 3 (Ep 6- Light Up Borneo / Rachel Tan Ai Leng)

17. Rancangan Anugerah Terbaik: Anugerah Skrin 2017 (Nurul Huda Khalid & Aida Azira Hussin)

18. Filem Terbaik: Dukun (Astro Shaw Sdn. Bhd)

19. Lakon Layar Terbaik: Dukun (Huzir Sulaiman / Astro Shaw Sdn. Bhd)

20. Pengarah Terbaik Filem: Dukun (Dain Said / Astro Shaw Sdn. Bhd)

21. Pelakon Wanita Terbaik Filem: Datin Seri Umie Aida (Dukun)

22. Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Shaheizy Sam (Pinjamkan Hatiku)

23. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Namron (Dukun)

24. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Normah Damanhuri (Pinjamkan Hatiku)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hairul Azreen & Hanis Zalikha Bakal Timang Anak Ke-2

Ini Sebab Lagu MISTERI & PEMATAH HATI Gagal Ke SFMM33