in

Pemenang Anugerah Skrin 2007

Disaksikan oleh kira-kira 3 ribu tetamu jemputan dan dipancarkan secara langsung menerusi TV3, Anugerah Skrin 2007 telah memberi jawapan kepada pemenang anugerah. Dengan tema Hollywood Glamour, selebriti dan pelakon tampil bergaya dengan fesyen di red karpet. Ada yang kena dan ada yang tak kena. Macam-macam fesyen ada.

Antara penyampai anugerah terdiri daripada selebriti seperti Syafie Naswib, Sharifah Amani, Aishah Sinclair, Awie, Hans Isaac, Ogy Ahmad Daud, Jimmy Shanley, Fasha Sandha, Maya Karin, Zizan Nin, Pierre Andre dan ramai lagi. Pembukaan nampak macam recyle dari persembahan ala teater muzikal P Ramlee oleh dengan anak didik Pat Ibrahim yang mendendang lagu Dunia Bintang dan ditutup dengan lagu tema berjudul Cahaya Anugerah.

Penyanyi yang buat persembahan pula Ning Baizura, Nikki, Ferhad, Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Adibah Nor, Noryn Aziz, Mendua dan The Lima.

Memasuki tahun ke-9 penganjuran, Budiey rasa anugerah ini sepatutnya lebih matang dan lebih power. Namun, Budiey sangat kecewa dengan pasangan hos pada malam itu yang kurang menjadi lawak dan celoteh mereka tampak tidak seiring dan seimbang. Dihoskan oleh Raja Azura dan Aidiel Abdul Ghafar, rasa Budiey gandingan mereka memang tak bersefahaman dan tak secocok. Sila pilih hos lain pada tahun depan.

Tahniah buat filem Cinta arahan Khabir Bhatia yang berjaya dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Anugerah Skrin 2007. Filem ini sememangnya sudah dijangka akan menang walaupun apabila menang, orang akan kata… “nampak sangat TV3 mahukan filem Cinta dan kroninya menang” dan menewaskan 4 filem lain iaitu Red Kebaya, Waris Jari Hantu, Mukhsin dan Syaitan. Pengarah Terbaik Filem pula dimenangi oleh Badaruddin Azmi atau Bade menerusi filem arahannya, Syaitan.

Peserta Sehati Berdansa, Vanida Imran mengulangi kejayaannya di Festival Filem Malaysia ke-20 pada Ogos lalu apabila sekali lagi dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Red Kebaya. Datuk Rahim Razali juga berjaya menewaskan Rusdi Ramli, Rosyam Nor, Pierre Andre dan Mohd Syafie Naswip bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi lakonannya di dalam filem Cinta.

Kategori Drama Terbaik dan juga Pengarah Terbaik Drama yang kedua-duanya dimenangi oleh Azman Yahya atau lebih dikenali dengan panggilan Jinggo menerusi drama Sebuah Ijtihad terbitan syarikat miliknya sendiri, JS Pictures Sdn Bhd.

Drama tersebut juga turut menyaksikan kemenangan pelakon utamanya, Sofea Jane bagi kategori Pelakon Wanita Drama Terbaik, manakala pelakon muda Mohd Syafie Naswip berjaya menewaskan aktor senior Rosyam Nor, Rusdi Ramli, Nasir Bilal Khan dan Norman Hakim untuk merangkul gelaran Pelakon Lelaki Drama Terbaik melalui drama Ilham Suci.

Kesemua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan menerima trofi serta hadiah lawatan ke Las Vegas dan Los Angeles.

Ramai di kalangan media berpendapat Anugerah Skrin 2007 banyak yang tidak kena dan pincang dari segi persembahan pentas, hos, dan perjalanan anugerah keseluruhannya. Apa yang pincang? Apa yang busuk? Nanti kita bincangkan. 

Bersama wartawan Malay Mail, Klubbkidd dan pengarah muzik Anugerah Skrin 2007, Helen Yap.

Tahniah kepada semua pemenang!

Senarai pemenang Anugerah Skrin 2007:

Kategori Filem
Filem Terbaik: Cinta

Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Datuk Rahim Razali (Cinta)

Pelakon Wanita Terbaik Filem: Vanidah Imran (Red Kebaya)

Pengarah Terbaik Filem: Badaruddin Azmi (Syaitan)

Lakon Layar Terbaik Filem: Mira Mustaffa / Ara (Cinta)

Kategori Drama/Drama Bersiri/Drama Komedi Bersiri
Drama Terbaik: Sebuah Ijtihad

Pelakon Lelaki Terbaik: Mohd. Syafie Naswip (Ilham Suci)

Pelakon Wanita Terbaik: Sofea Jane (Sebuah Ijtihad)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: M.Rajoli (Tanah Kubur)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Noor Khiriah (Nek Kiah)

Pengarah Terbaik: Azman Yahya @ Jinggo (Sebuah Ijtihad)

Lakon TV Terbaik : Nazli Jaafar (Sebuah Ijtihad)

Drama Rantaian Terbaik: Susuk

Drama Komedi Terbaik: Bong

Kategori Penerbitan Dalaman
Dokumentari atau Majalah Terbaik: Crime Scene musim kedua (8TV)

Bual Bicara Terbaik: Macam Macam Aznil (Astro)

Rancangan Muzik Terbaik: Anugerah Juara Lagu 21 (TV3)

Rancangan Hiburan (Bukan Muzik) Terbaik: Senario (TV3)

Realiti Terbaik: What Women Want (8TV)

Laporan Khas Terbaik: Buletin Utama- Babi Cemar (TV3)

Anugerah Khas Pantene
Pelakon Wanita Harapan Popular: Fauziah Gaos

[tags]winner anugerah skrin, fauziah gaos, babi khinzir, isu remaja, csi, bong, susuk akhir, youtube, drama terbaik, nazli jaafar, jihad, islam, khair[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wardina Safiyyah dan Norjuma Habib di Anugerah Skrin 2007

Sharifah Amani & Que Haidar Bercinta?