in , ,

Pembukaan Flagship Store Di KL East Mall, Bukti Alhumaira Kekal Relevan 

Usaha kuat dan kekal positif merupakan elemen penting yang perlu  ada di dalam diri setiap usahawan, apatah lagi dalam mengharungi pandemik COVID-19.

Dua tahun berhadapan dengan pendemik yang menyukarkan seluruh umat dunia, turut memberi kesan kepada Alhumaira dalam meneruskan empayar perniagaannya. 

Namun, berbekalkan semangat selama 12 tahun berkecimpung di perniagaan industri fesyen Muslimah tanah air, Alhumaira kini mengorak langkah dengan pembukaan flagship store pertama di dalam pusat membeli-belah iaitu di KL East Mall. 

SEKITAR PEMBUKAAN FLAGSHIP STORE BUTIK TUDUNG ALHUMAIRA DI KL EAST MALL

Ini merupakan butik pertama Alhumaira di dalam pusat beli-belah dan juga batu loncatan buat Alhumaira untuk terus berkembang lebih maju. 

“Dengan pembukaan butik ini juga, ia secara tidak langsung dapat memenuhi hajat penggemar fesyen Muslimah agar menyediakan rapian yang berkualiti tinggi dan menarik,” kata pengasas Alhumaira, Hani Elia Rousli.

Pembukaan Flagship Store Di KL East Mall, Bukti Alhumaira Kekal Relevan

Dekorasi, gaya dan warna yang dilontarkan pada butik ini mengutamakan keselesaan para pengunjung membeli belah dan menarik hati mereka untuk mengunjunginya. 

Hani Elia menambah, naik turun sesebuah perniagaan itu adalah lumrah. 

“Namun, jangan mudah berputus asa dalam memberikan yang terbaik buat semua, terutama kepada keluarga Alhumaira dan juga penyokong Alhumaira selama ini.

“Keputusan saya untuk membuka cawangan butik di dalam pusat membeli- belah setelah kita menghadapi zaman pandemik COVID-19, ternyata bukanlah sesuatu yang mudah. 

“Terlalu banyak perkara yang perlu diambil kira. Namun, kami di Alhumaira percaya bahawa langkah ini merupakan permulaan bagi kejayaan pada masa hadapan.

“Saya percaya, pemilihan lokasi di dalam pusat beli- belah ini juga, tentunya memberi kemudahan kepada penggemar Alhumaira, juga untuk menarik minat orang baru untuk memilih jenama kami dan fesyen Muslimah yang kontemporari,” katanya. 

Pembukaan Flagship Store Di KL East Mall, Bukti Alhumaira Kekal Relevan

Flagship store Alhumaira terletak di tingkat G2 pusat beli-belah KL East Mall yang mempunyai keluasan 1,800 kaki persegi dan beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. 

Cukup istimewa juga, kerana rekaan dalaman butik Alhumaira ini memberikan nafas tersendiri dengan mengetengahkan tema ‘seamless’ dan ‘elegan’. 

Malah, jenama ini juga tidak melupakan sentuhan feminin sebagai lambang identiti jenama fesyen Muslimah yang sofistikated lagi menawan.

Pembukaan Flagship Store Di KL East Mall, Bukti Alhumaira Kekal Relevan

Pembukaan flagship store Alhumaira telah diadakan pada 26 Mac lalu dengan disaksikan bukan sahaja penggemar setia jenama berkenaan, malahan juga kehadiran beberapa barisan Instafamous termasuk duta Alhumaira sendiri iaitu Qasrina Qarim.

Hari pertama pembukaan Alhumaira, telah mendapat sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat yang terdiri daripada pengunjung sekitar usia 20-an sehingga 50-an. 

Seawal jam 8.30 pagi lagi, pengunjung sudah beratur dan bersedia untuk merasai pengalaman yang menyeronokkan di butik terkini Alhumaira ini. 

Pembukaan Flagship Store Di KL East Mall, Bukti Alhumaira Kekal Relevan

Selain disuakan dengan pelbagai koleksi baharu dan lama, para pengunjung juga dapat beramah mesra bersama para influencers Muslimah yang turut menghadiri majlis pelancaran ini. 

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disajikan buat para pengunjung, antaranya adalah pertunjukan koleksi Raya terbaharu, sesi penggayaan hijab bersama hijab stylist terkemuka, Didiyana Ehsan.

Tetamu yang datang juga dapat bergambar bersama Qasrina Karim dan pengacara majlis Dayah Bakar, disamping membabitkan diri dalam aktiviti ‘spin and win’.

Pembukaan Flagship Store Di KL East Mall, Bukti Alhumaira Kekal Relevan

Bersempena dengan pembukaan butik ini juga, Alhumaira mengambil kesempatan melancarkan koleksi khas Raya mereka, yang diberi nama #SempurnaRaya2022 sebagai persediaan awal menyambut bulan Syawal. 

Para pengunjung yang hadir berasa amat teruja kerana berpeluang menjadi barisan awal yang dapat membeli koleksi ini. 

Hadir dengan 2 jenis tudung iaitu printed dan plain, koleksi #SempurnaRaya2022 ini mempunyai lebih daripada 6 Barisan Nama yang di mana Alhumaira akan memperkenalkan satu persatu pada setiap minggu bermula pada awal bulan Mac lalu sehingga awal Mei depan, melalui media sosial Alhumaira.

Pembukaan Flagship Store Di KL East Mall, Bukti Alhumaira Kekal Relevan

Terdapat pelbagai latar belakang para pengunjung yang tiba pada hari pelancaran ini. 

Antaranya, ada yang datang dari Sabah ke Kuala Lumpur untuk menjadi saksi pelancaran butik terbaharu ini dan ingin berjumpa dengan duta Alhumaira, Qasrina Karim.

 Selain itu, rata- rata daripada pengunjung hadir bagi merebut peluang menjadi barisan awal membeli koleksi cantik daripada #SempurnaRaya2022.

Terharu menyaksikan kunjungan yang amat menggalakkan ini, Alhumaira menyasarkan pembukaan butik di lokasi Shah Alam atau Setia Alam bagi memenuhi permintaan para penyokong di kawasan tersebut.

Alamat:

Alhumaira,

G2-10, KL East Mall, 823,

Jalan Lingkaran Tengah 2,

KL Timur, 53100 Kuala Lumpur

Pembukaan Flagship Store Di KL East Mall, Bukti Alhumaira Kekal Relevan
Pembukaan Flagship Store Di KL East Mall, Bukti Alhumaira Kekal Relevan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hot FM Peralihan ke Endemik Showcase & Hot FM 30 Ramadan

Senarai Harga Promosi Buffet Berbuka Puasa di Hotel Terkenal 2022