in , ,

Hot FM Peralihan ke Endemik Showcase & Hot FM 30 Ramadan

Malaysia telah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik pada 1 April 2022 lalu, dengan menyaksikan banyak sekatan dilonggarkan dan pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti biasa namun masih mengekalkan SOP-SOP yang ditetapkan kerajaan. 

Kredit Foto: Salam Today www.salamtoday.com.my

Bagi meraikan Fasa Peralihan ke Endemik, Hot FM telah menganjurkan satu showcase tertutup bersama pendengar bertuah untuk meraikan peralihan ke Endemik itu. Hot FM Peralihan ke Endemik Showcase yang baru saja selesai diadakan sebentar tadi, bermula jam 8.45 malam di The Paddock, PJ dihadiri kira-kira 200 orang pendengar bertuah yang berjaya memenangi akses ke showcase berkenaan melalui contest yang dibuat menerusi website Hot FM bermula pada 23 Mac lalu. 

Hot FM Peralihan ke Endemik Showcase turut dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada barisan artis tempatan antaranya Bunkface, 6ixth Sense, Marsha Milan, Ara Johari, Insomniacks, Wani Kayrie, Amsyar Leee & Bunga dan Juki. 

6ixth Sense

Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM & Molek FM, Nik Nor Azura,  berkata, “salah satu tujuan kami menganjurkan Hot FM Peralihan ke Endemik Showcase ini adalah untuk mengembalikan feel konsert yang dah 2 tahun kita tak rasai sejak berlakunya pandemik Covid-19. Namun yang paling penting showcase ini dilakukan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan termasuk pendengar bertuah ini perlu melakukan self kit test di lokasi sebelum dibenarkan memasuki ruang showcase. Kami juga buat showcase ini secara tertutup yang hanya eksklusif kepada pendengar yang dijemput khas saja”.

Selain daripada Hot FM Peralihan ke Endemik Showcase yang meraikan Fasa Peralihan ke Endemik, Hot FM juga akan menyajikan pelbagai segmen dan pengisian menarik bersempena memasuki bulan Ramadan.

Ara Johari 2

Bersempena bulan Ramadan yang akan bermula pada 3 April nanti, Hot FM dengan kerjasama Lotus’s Malaysia akan menganjurkan kempen Hot FM 30 Ramadan dibawakan oleh Lotus’s Malaysia. Membawakan mesej ‘sebagai jiran yang prihatin, kami didorong oleh semangat #KitakanJiran kami untuk berkongsi keceriaan bersama’, Hot FM dan Lotus’s akan mengedarkan pelbagai barangan Lotus’s kepada mereka yang memerlukan sepanjang bulan Ramadan ini.

Bunkface 2

Antara lokasi yang akan disinggahi oleh krew Hot FM 30 Ramadan adalah sekitar Lembah Klang, Seremban, Melaka, Johor, Kedah dan Pulau Pinang. Sesi pemberian barangan ini akan dibuat setiap hari bermula pada jam 3.00 petang di kawasan LRT dan kawasan tumpuan orang ramai dan diteruskan pada jam 5.00 petang di kawasan bazar terpilih. Berbeza sedikit pada hari Jumaat kerana mereka juga akan berikan barangan tersebut di masjid yang terpilih. Jadual lokasi Hot FM 30 Ramadan akan diberitahu menerusi media sosial Hot FM dan orang ramai yang ingin dapatkan pelbagai barangan Lotus’s boleh menantikan kedatangan krew Hot FM 30 Ramadan dan penyampai Hot FM di sana. 

Bunga

Antara pengisian Ramadan lain yang dianjurkan adalah Booster Ramadan di mana tiga stesen Melayu Media Prima Audio iaitu Hot FM, Buletin FM & Molek FM bergabung melakukan sesi Tadabbur Al-Quran bersama Ustaz Rozie Rejab. Booster Ramadan ini boleh di tonton menerusi FB Live ketiga-tiga stesen dan juga di dengar melalui aplikasi Audio+ setiap hari Khamis bermula 1.00 tengah hari. Program ini telah pun bermula pada 31 Mac lalu dan akan menemui penonton dan pendengar lagi pada 7 April, 14 April dan 21 April 2022. 

Dengarkan dan ikuti Hot FM di media sosial untuk ketahui apa lagi yang bakal diberikan oleh Hot FM kepada para pendengar yang sentiasa bersama Hot FM.

Wani Kayrie 2

Hot FM boleh didengari menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang; 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura; 92.4FM Kuantan; 88.6FM Kota Bharu; 87.7FM Kota Kinabalu; 94.3FM Kuching; 104.3FM Melaka; 99.5FM Seremban; 90.5FM Taiping; 105.0 Terengganu.  

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Hot FM secara siaran langsung di www.hotfm.audio dan YouTube Hot TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 serta Twitter @hotfm976 dan Whatsapp di 017-302 8822. Dengarkan juga Hot FM menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jawatankuasa Masjid Baiturrahman Alam Sari Alukan Sumbangan Dana

Pembukaan Flagship Store Di KL East Mall, Bukti Alhumaira Kekal Relevan