in , ,

Pemain Bass Malaysia Melancarkan Album Instrumental ‘SOLO BASS’

Pencapaian baru dalam kerjaya Kristopher Chong dengan album sulung, Keepsakes.

Komposer Kristopher Chong, juga pemain gitar bes Salammusik, dengan sukacitanya ingin mengumumkan pelancaran album instrumental sulung beliau berjudul, ‘Keepsakes’. Album ini menampilkan gitar bass eletrik sebagai alat muzik utama. Album ini mengandungi karya yang Chong gubah sejak mula membuat persembahan solo sekitar tahun 2016. 

“Sekatan dan perintah kawalan akibat pandemik Covid-19 telah mengakibatkan industri musik terhenti. Saya amat merindukan persembahan secara lansung di atas pentas dan bermain muzik dengan rakan-rakan pemuzik saya,” kata Chong, yang tidak asing lagi dalam “Scene” muzik tempatan. 

Kristopher Chong Profile Photo 2

Industri muzik amat parah kerana terhentinya segala persembahan akibat pandemik ini, maka ada pemuzik yang terpaksa mencari nafkah dengan mencari kerja baru atau menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Maka, dalam keadaan yang tidak menentu ini, Chong mendapat satu inspirasi. 

“Satu kesedaran datang pada suatu petang semasa saya menghayati matahari terbenam bersama isteri saya. Saya mula bertanya kepada diri sendiri, apakah yang akan terjadi jika kerjaya muzik saya tamat pada saat ini? Adakah akan ada kenangan saya sebagai seorang pemain bass profesional? Saya telah membuat banyak rakaman untuk pemuzik yang lain tapi apa akan terjadi kepada gubahan saya? Justeru, saya bertekad bahawa biar apa pun perancangan seterusnya, saya tidak akan melupakan diri saya sebagai seorang pemuzik. Muzik adalah nadi hidup saya yang seharusnya diteruskan walaupun dalam simpanan memori,” Chong jelaskan.

Salammusik (On The Right Kristopher)

Dengan itu, Chong mengambil keputusan untuk merakam gubahan “Solo bass” beliau dan dimuatkan ke dalam sebuah album. 

Album tersebut dinamakan, ‘Keepsakes’ yang bermakna kenang-kenangan dan mengandungi sepuluh buah lagu: Keepsakes, You’re Alright, Bienvenido Mi Sol, Lest We Forget, Sometimes, Mungkin Kamu, Apa Khabar, Human Space, Tiada Benci dan Hala Tuju. 

Keepsakes-Cover2 Fav

Chong berkata album ini akan menarik minat mereka yang menggemari lagu-lagu ‘Easy Listening’ dan ‘Relaxation/ meditative’. Keepsakes kini boleh didapati semua perkhidmatan penstriman muzik.

Bio Kristopher Chong 

Kristopher Chong adalah seorang pemain bass profesional di Malaysia. Selain bermain bass untuk kugiran Salammusik, Chong juga banyak bekerja dengan pemuzik-pemuzik Indie dan juga membuat persembahan ‘Solo Bass’ instrumental. 

Antara artis-artis lain yang Chong pernah membuat persembahan bersama adalah Dayang Nurfaizah, Zee Avi untuk satu persembahan khas bersama artis Belanda, Nick & Simon bagi satu rancangan televisyen di Belanda; dan juga kugiran Sid Murshid dalam rancangan televisyen Dato’ Afdlin Shauki, “Miss Lawak 2019”. 

Festival-festival besar yang Chong pernah sertai adalah Rock The World, Sunburst, Freedom Fest, Pesta Raya (Singapore) and Samosir Music International (Indonesia)

Untuk maklumat lanjutan mengenai Chong dan Keepsakes, sila emel kepada [email protected] atau www.instagram.com/kristkrisspy . 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Puma Trending | 18

PUMA Perkenal Hijab Sukan Pertamanya di Malaysia Yang Versatil & Fleksibel

Robert Downey Trending Iron Man Marvel | 19

Dadi Cinema Akan Dibuka di Pavilion Kuala Lumpur & DA MEN USJ