in

Peluang Terakhir Untuk Rebut Wang Ganjaran RM2Juta Program GIGIH

Jika anda masih ingat, beberapa hari yang lalu, Budiey ada siarkan entri tentang macamana untuk dapatkan wang ganjaran RM2juta dalam Program GIGIH. Rasanya Budiey tak perlu nak berikan info secara terperinci kerana pastinya ada yang sudah menghantar penyertaan. SYABAS kepada yang dah hantar penyertaan. Jangan risau, anda sekarang berada di landasan yang betul.

Kepada yang belum menghantar penyertaan, Budiey harap anda semua bertindak dan lakukan sekarang kerana tarikh tutup untuk menyertai Program Gigih ini adalah HARI INI. Budiey ulangi sekarang, hari ini adalah hari terakhir. Nak tak nak korang kena jugak rebut peluang keemasan ini. Rezeki dah ada depan mata, cuma anda hanya melangkah setapak untuk mendapatkannya.

[pullquote align=”right”]Jom cepat-cepat join dan isi borang Program GIGIH sebelum tarikh tamat iaitu sebelum 30 April 2013. HARI INI![/pullquote]

Tak susah pun sebenarnya, jika kita teliti syarat dan faedah dari program ini, Budiey rasa ianya sangat bagus untuk semua. Budiey dah pun menyertainya dan harap bertemu korang semua dalam Program GIgih ini. Bagi Budiey, program GIGIH ini adalah satu peluang untuk Budiey mencuba menolong anda semua di luar sana.

Kepada pembaca yang baru sahaja membuka entri ini, pasti ada yang tertanya-tanya, apa itu Program GIGIH ni. Okay, apa kata ambil masa 2 minit untuk membaca entri ini. GiGIH adalah satu inisiatif untuk menggalakkan semangat keusahawanan dan membantu rakyat Malaysia menambah pendapatan. Ia bertujuan untuk mengiktiraf individu yang berjaya meningkatkan taraf hidup mereka menerusi aktiviti keusahawanan.

Budiey Gigih

SEBAB-SEBAB MENGAPA BUDIEY JOIN PROGRAM GIGIH

Tidak kiralah, anda seorang yang buka bisnes kedai baju secara online ke, jual kuih ke, jual tudung ke, jual kek red velvet ke, pereka fesyen ke, jual kasuat ke, seorang blogger ke, atau apa sahaja anda, selagi anda bergelar usahawan, anda layak untuk menyertai Program GIGIH yang diterajui oleh Agensi Inovasi Malaysia (AIM) ini. Yang penting, anda ada kesungguhan untuk membantu diri dan keluarga bagi menambah pendapatan menerusi program keusahawanan. Tak kiralah samada aktiviti itu perniagaan ke, hobi ke atau cara hidup anda. Yang penting, ianya dapat menambah pendapatan anda.

Apa yang menariknya ialah, Program GIGIH ini menawarkan ganjaran wang tunai keseluruhan berjumlah RM2 juta kepada 500 pemenang. Wow! Banyak tu kan?

Budiey difahamkan, apabila kita mendaftar untuk menjadi peserta Program GIGIH ini, kita akan dijemput untuk berkongsi rahsia atau ‘resipi’ kejayaan dan rahsia kita tadi akan diolah menjadi model perniagaan yang boleh diguna pakai untuk orang ramai di luar sana yang berminat.

Gigih

Sangat bagus! Sebab apabila ramai yang masuk program GIGIH ini, makin banyaklah rahsia dan tips untuk berjaya. Betul tak? Sekurang-kurangnya, Budiey masuk program ni pun bukannya apa, sekurang-kurangnya ini cara terbaik untuk Budiey menimba pengalaman dari peserta lain selain berkongsi rahsia dan idea Budiey kepada yang lain. Haa… sharing is caring. Tak gitu?

Okay, Budiey nak terangkan sikit kat sini syarat atau kelayakan untuk menyertai GIGIH ni. Anda hendaklah warga negara Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang sedang menjalankan perniagaan dengan pendapatan bulanan melebihi RM1,000 sebulan.

Penyertaan anda itu perlu menepati tiga kriteria utama untuk layak dijadikan modal menambah pendapatan:

  1. Ia boleh direplikasi. Maksudnya, kisah kejayaan atau idea perniagaan yang diberi itu harus boleh diguna pakai oleh orang lain untuk berjaya seperti anda. Contohnya, jika aktiviti anda bergantung pada bakat semata-mata, ia susah untuk dicontohi oleh orang ramai.
  2. Ia boleh dibesarkan dan dikembangkan. Contohnya, perniagaan anda itu boleh diperluaskan lagi mengikut kapasiti atau modal pengusaha dan juga menurut kehendak pasaran.
  3. Ia tahan lama. Ya, rahsia dan tips kejayaan anda tadi boleh diamalkan oleh usahawan lain dan ianya berpanjangan sampai bila-bila dan tidak bergantung pada musim-musim tertentu sahaja.

Jika anda rasa anda layak, apa yang anda harus buat ialah mendapatkan borang dan juga info lanjut dengan melayari laman sesawang www.gigih.my sebelum 30 April ini.

Jika sekiranya Budiey berjaya mendapat dana dalam program GIGIH ni, Budiey akan mengembangkan lagi syarikat dengan menubuhkan satu team produksi di mana Budiey akan menerbitkan satu program TV secara online. Ini kerana, semua usaha ini memerlukan wang yang cukup untuk membiayai peralatan dan membayar gaji krew.

Dengan ada GIGIH ni, insyaallah, blog Budiey akan dikembangkan lagi dengan menerbitkan video-video temuramah bersama artis dan selebriti secara teratur dan lebih menarik.

Budiey sudah pun menyertainya, sangat mudah dan cepat, tak sampai 5 minit je, Budiey dah selesai menghantarnya.

Selepas mengisi segala biodata dan personal diri kita ditanya beberapa soalan seperti:

KETERANGAN AKTIVITI/PERNIAGAAN
Terangkan aktiviti atau perniagaan anda dan bagaimana anda menghadapi cabaran dalam melakukannya.
Saya adalah seorang penulis blog hiburan sepenuh masa. Sepanjang 6 tahun menjadi blogger, saya rasa sekarang ini, penulis blog menjadi perhatian ramai pihak dengan menjual ruang iklan, advertorial di blog. Dari situ, ianya menjana pendapatan saya. Banyak cabaran telah dilalui. Antaranya, saya terpaksa berhempas pulas untuk pergi ke acara hiburan seorang diri untuk mendapatkan bahan baru bagi memantapkan lagi isi kandungan blog saya. Saya juga tidak putus asa dan tekun menghadapi rintangan. Cabaran utama adalah masa yang suntuk di mana saya terpaksa menghadiri acara pada pagi, petang dan malam. Selain masa, saya juga terpaksa mengumpul wang bagi membeli peralatan kamera dan sebagainya.
Terangkan kelebihan dan keunikan yang ada pada aktiviti atau perniagaan anda
Kelebihan yang ada dalam dunia blogger ialah, saya sangat bebas untuk bekerja. Selain saya berpuas hati dengan hasilnya yang sangat lumayan, saya juga rasa lega kerana dapat melakukan kerja yang saya minat dari dulu lagi. Saya banyak bergaul dengan selebriti dan artis, ini menjadikan saya lebih matang dan memaham selok belok dunia mereka. Keunikan bekerja sebagai blogger, saya rasa, ketika ini adalah masa yang sesuai untuk saya meluaskan karier sebagai promoter di laman sosial seperti Twitter, Facebook, Youtube, Keek dan sebagainya. Dari situ, saya juga dapat melebarkan sayap untuk menjadi seorang insan yang bekerja keras dan tak pernah kenal lelah. Saya juga suka bergaul dan sentiasa bertemu dengan kenalan baru setiap hari menjadikan saya lebih faham tentang masyarakat sekeliling.
Sekiranya aktiviti anda boleh dicontohi oleh orang lain, terangkan bagaimana ianya boleh dilakukan oleh mereka.
Pertama sekali, untuk menjadi blogger yang berjaya seseorang itu perlu ada ilmu. Kursus untuk menjadi blogger perlu dibuat. Sudah tentu, blog perlulah menarik dan kita perlu rajin menulis sesuatu yang belum pernah dibuat oleh orang lain. Cari keunikan diri sendiri dan serlahkan diri kepada orang ramai. Tidak perlu malu perkenalkan diri sebagai blogger. Tulislah blog dengan hati yang jujur dan jangan lupa untuk mengetahui etika menulis blog. Jika gagal, cuba lagi dan jangan putus asa. Pastinya ada kejayaan menanti di masa hadapan. Belajar dari kesilapan dan cuba pertingkatkan pengggunaan bahasa serta tulislah dengan padat, terus terang dan jelas.
Sila jelaskan bagaimana aktiviti anda boleh dikembangkan untuk mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi.
Menulis blog boleh dijadikan sebagai karier sekiranya kita ada ilmu atau pengetahuan untuk menjadikan blog sebagai sumber pendapatan. Rebutlah peluang untuk membina blog yang lebih maju dan carilah pembaca sebanyak yang mungkin. Wang akan datang selepas blog kita menjadi popular dan dikenali ramai. Pendapatan sebagai blogger tidak tetap, jadi, kita perlu menabung dan berjimat cermat untuk masa depan. Jangan lupa untuk belajar dan cuba cari platform lain seperti Youtube dan juga mencari rakan kongsi yang betul-betul berfikiran positif untuk maju. Rangka pemasaran yang strategik juga penting untuk membina peluang pekerjaan untuk setiap blogger.

Jadi, untuk anda yang di luar sana, jika anda ada kisah, rahsia, tips, dan apa sahaja cara untuk menjadikan kita sebagai usahawan berjaya, jom kongsikan segalanya untuk dijadikan contoh kepada rakyat Malaysia.

Jom ikut Budiey, sama-sama sertai Program GIGIH dengan hanya melayari: www.gigih.my. Isi borang dan kongsikan! Insyaallah kita semua berjaya.

Kat bawah ni, ada beberapa gambar sekitar Pelancaran Program G1GIH yang telah berlangsung di Kuala Terengganu:

Gigih

Gigih

Gigih

Gigih

Gigih

Gigih

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Industri Hiburan Negara Hancur Jika PAS Memerintah?

Yuna as Malaysia Airlines’ Social Media Ambassador