in ,

Pelawak Terkenal Tanah air Dalam Dua Candawara Khas Raya

Apa akan berlaku bila dua otai lawak disatukan dalam sebuah candawara menarik sempena lebaran kali ini? Adakah kemunculan gandingan ini berjaya mencuit hati penonton atau sebaliknya? Sebuah lagi candawara pula tidak kurang menariknya kerana berkongsi memaparkan tentang artis popular lelaki yang diarahkan membuatkan tugasan persiapan Hari Raya yang kebiasaannya dilakukan golongan wanita.

Dua episod “Atok VS Opah Nak Raya” menemui penonton pada 6 dan 7 Julai ini, pukul 11.30 malam dan “Sekarang Baru Tahu” pada 7 dan 8 Julai ini, pukul 6.00 petang yang kedua-duanya disiarkan menerusi saluran TV1.

babak melucukan dalam Atok VS OpAH nak raya

Pelawak Terkenal Tanah air Dalam Dua Candawara Khas Raya, “Atok VS Opah Nak Raya” dan “Sekarang Baru Tahu” di TV1

“Atok VS Opah Nak Raya” sebuah rancangan candawara yang menerapkan elemen-elemen sketsa lawak yang akan di terajui oleh Didie Alias dan Ebby Yus bagi menghidupkan lagi rancangan ini. Mereka akan memainkan peranan selaku pengacara dan peserta.

Mereka juga akan dibantu oleh artis jemputan seperti Eyka Farhana, Aliff Aziz, Didi Astillah, Afieq Syazwan, Ieda moin, Man Pos dan Keena Mentor. Rancangan ini akan dijadikan sebuah cerita untuk persediaan menyambut hari raya di kampung.

Pelbagai aktiviti–aktiviti persiapan raya telah ditukarkan kepada sebuah permainan yang pasti mencuit hati. Terdapat tiga jenis permainan setiap episod yang akan dimainkan dalam setiap episod dan setiap permainan mempunyai halangan yang berbeza. Menerapkan elemen-elemen gameshow terkemuka di Korea Selatan iaitu “Running Man” yang pastinya akan memberi kelainan di dalam permainan kali ini.

Diikuti sebuah lagi candawara dua episod bertajuk “Sekarang Baru Tahu” yang dihoskan oleh Zoey Rahman. Sebuah rancangan candawara yang menampilkan beberapa artis Imuda, Arash Mohd, Fizz Fairuz, Norman Hakim, Mawi, Acong Sweetchild dan Abon. Menariknya kelainan ditonjolkan kerana mereka diarahkan untuk membuat tugasan persiapan raya yang biasanya dilakukan oleh kaum wanita.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Didie Alias dan Ebby Yus dalam Atok VS Opah Nak Raya

poster ATOK VS OPAH NAK RAYA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sessi Taklimat Ujibakat AF 2016

Tonton THE HOFF di Saluran Comedy Central