in

Pelancaran Novel dan Soundtrack Filem Duyung

Pada 24 Januari lalu, bertempat di Glitters Cafe, The Garden, KRU Group telah melancarkan produk sulung 2008 mereka iaitu sebuah album original soundtrack dan sebuah novel istimewa untuk filem DUYUNG.

Filem terbitan KRU Films Sdn Bhd dan Grand Brilliance Sdn Bhd ini dipersembahkan dengan kerjasama syarikat komunikasi gergasi Malaysia, DiGi Telecommunications Sdn Bhd di pawagam pada 6hb Mac 2008.

Di majlis pelancaran album dan novel Duyung yang dihadiri oleh para media itu, Puan Norita Mohd Noh, Ketua Segmen Melayu DiGi berkata, penglibatan DiGi dalam Duyung merupakan komitmen kami untuk bersama memajukan filem tempatan ke tahap yang lebih tinggi.

2246732328 F507De487B | 4

DiGi percaya Malaysia mempunyai ramai para pelakon dan artis-artis yang amat berpotensi dan DiGi ingin membantu mencungkil bakat mereka. Bagi filem Duyung, DiGi juga menyediakan platform untuk peminat berinteraksi dengan para artis di dalam satu siri roadshow tour ke seluruh negara bermula dari 2 Februari hingga 3 Mac.

Novel yang dterbitkan khas buat mereka yang minat membaca dan boleh dijadikan sebahagian daripada koleksi. Kandungan cerita dalam novel Duyung ini dipetik dari filem sebenar dan dinovelkan Novel Duyung turut menemui pembaca pada tarikh yang sama dengan harga RM14.90.

[tags]novel, ebook download, filem duyung, glitters cafe, the garden mid valley, kru group[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Filem CJ7 Lakonan Stephen Chow & Xu Jiao

Sekitar Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Metrowealth