in ,

Pelancaran Filem M4M4 Lakonan Nabila Huda

Baru-baru ini telah berlangsung pelancaran filem M4M4. DA MOTION MEDIA merupakan sebuah syarikat produksi yang ditubuhkan dengan gabungan individu-individu berpengalaman dalam industri penerbitan filem dan drama tempatan.

Setelah tampil dengan filem sulung berjudul Jodoh Syaitan sebelum ini yang sudah selesai menjalani penggambaran dan berada di peringkat pasca produksi, DA MATION MEDIA kini bakal tampil dengan sebuah lagi nashkah baharu.

Jika sebelum ini genre seram menjadi pilihan, kali ini mereka mempertaruhkan sebuah filem suspen thriller berjudul M4M4.

Filem M4M4

Penerbitnya, Mokharul Shamsul Mokhtar berkata, melihat kepada hasil untuk filem Jodoh Syaitan, ia telah membuka ruang yang lebih besar untuk mereka terus menerbitkan filem.

“Kalau diikutkan pasaran filem di negara ini tidak menentu, namun dengan kejayaan beberapa buah filem yang berhasil meraih kutipan tinggi, ia semakin memberi semangat dan keyakinan kepada DA MOTION MEDIA.”

“Untuk filem Jodoh Syaitan, saya anggap ia sebagai pemanas badan dan kali ini kami lebih bersedia untuk menerbitkan filem M4M4 yang menampilkan barisan-barisan pelakon yang hebat,”

– Mokharul Shamsul Mokhtar, Penerbit filem

Antara barisan pelakon yang bakal membintangi filem arahan Eyra Rahman ini seperti Nabila Huda, Bella Dowanna, Faizal Hussein, Kodi Rasheed, Nizam Zaidi, Ungku Hariz, Eyra Razali, Izzy Reef dan beberapa artis lain.

Dalam pada itu, berkenaan dengan pemilihan Eyra Rahman sebagai pengarah, dia merasakan ia adalah pilihan yang paling bersesuaian. Selain sudah banyak mengarah filem, Eyra juga dilihat sebagai calon paling sesuai berdasarkan statusnya sebagai seorang ibu.

Filem M4M4
Mokharul Shamsul Mokhtar, Penerbit filem sedang berucap

“Untuk pemilihan para pelakon pula, tidak dinafikan Nabila Huda memang menjadi pilihan kami semasa skrip dihasilkan.

“Malah, kami hampir kehilangannya sebagai watak utama lantaran jadualnya yang padat. Namun, akhirnya rezeki ternyata berpihak kepada kami,”

– Mokharul Shamsul Mokhtar

Bakal menjalani penggambaran pada 18 Disember ini, ia akan dilakukan di lokasi sekitar Lembah Klang.

Filem M4M4

SINOPSISFilem M4M4

Kisah bermula pada hari lahir ke 15 ALYA (Bella Dowanna) yang disambut setiap tahun bersama MAMAnya, AINI (Nabila Huda). Setelah kematian suami ketika Alya berusia lapan tahun, Aini berusaha keras setiap hari untuk memberikan kehidupan yang lebih baik untuk Alya.

Aini akan memastikan tiada kekurangan dalam hidup Alya tidak kira dari segi kewangan mahupun kasih-sayang. Aini berjaya membina syurga mereka di sebuah rumah kecil. 

Alya mempunyai dua kawan baik iaitu DANIEL (Izzy Reef)dan ELLY (Eyra Hazali). Mereka bertiga tinggal di kawasan yang sama dan membesar bersama-sama. Mereka bertiga sering melakukan setiap aktiviti bersama-sama. Aini juga sudah menganggap Daniel dan Elly seperti anaknya sendiri. 

Pada hari tersebut, Alya, Daniel dan Elly diganggu oleh tiga orang lelaki iaitu APAI (Kodi Rasheed), LUK (Ungku Hariz)dan REMY (Niezam Zaidi)yang terkenal dengan gaya samseng mereka di kawasan tersebut. Mereka sering menganggu pelajar-pelajar sekolah yang makan di kawasan tersebut, termasuk Alya. Namun, pada hari tersebut kesabaran Alya memuncak apabila Apai dengan beraninya menyentuh Alya. Berlaku pergaduhan di antara Apai, Alya dan Danny sehingga menyebabkan Alya dengan beraninya menyimbah sup panas kepada Apai. 

Sewaktu Alya dan Elly sedang menunggu bas, sesuatu menimpa Elly dan dia terpaksa beredar dari situ buat seketika. Semasa Alya menunggu Elly, Apai dan kawan-kawannya muncul bersama motor dan membuat onar di situ. Alya dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. Apai dan kawan-kawannya menarik Alya untuk pergi dari situ. Alya dibawa ke sebuah bangunan tinggal dan diperkosa dengan kejamnya. Alya pulang ke rumah dalam keadaan sakit dan cedera.

Aini cuba menyembunyikan emosinya sebagai ibu demi membantu Alya yang masih trauma. Namun, tekanan yang diterima dalam kalangan masyarakat menyebabkan jiwanya sebagai ibu turut terkesan. Melihatkan keadaan Aini, Alya cuba bangkit dan cuba untuk melupakan apa yang sudah terjadi. Dia mahu memulakan segalanya bersama Aini. 

Malang tidak berbau, Alya menerima kiriman video yang dihantar oleh Apai ke telefonnya. Video sewaktu Alya diperkosa telah dirakam dan Apai mengugutnya untuk menularkan video tersebut sekiranya Alya tidak pergi menemui mereka di bangunan yang sama. Tanpa berfikir panjang, Alya bergegas ke bangunan tersebut untuk menemui Apai dan yang lain. Apai dan kawan-kawannya cuba untuk memperkosa Alya buat kali kedua, namun kali ini Alya tidak mahu menyerah.

Mengingatkan kembali tentang perasaan Aini tempoh hari menyebabkan Alya nekad untuk menyelamatkan diri. Namun, dalam usaha Alya untuk menyelamatkan diri, dia terjatuh dari tingkat dua bangunan tersebut dan mati. 

Bagaimana Aini sebagai seorang MAMA menangani kemelut emosinya? Adakah Aini sanggup memaafkan APAI, LUK dan REMY? Segalanya bakal terjawab di dalam filem M4M4.

KARYAWAN

PELAKON

Aini – Nabila Huda

Alya – Bella Dowanna

Tuan Azahari – Faizal Hussein

Apai – Kodi Rasheed

LUK – Ungku Hariz

Remy – Niezam Zaidi

Daniel – Izzy Reef

Elly – Eyra Hazali

Alya (8 tahun) – Amanda Hariz

KARYAWAN

TerbitanDA Motion Media Sdn. Bhd.

PenerbitMokharul Shamsul Mokhtar

Penerbit EksekutifAzahari Abdul Hamid

Norliza Samion

Mokhairul Syamnizar Mokhtar  

Pengurus KewanganNorliza Samion

Pen. Pengurus KewanganIdzma Syawina Mohd. Hafidzan 

Penerbit PenyelarasAzaromi Ghozali

PengarahEyra Rahman

Penolong Pengarah 1Seha Zulkuply

Penolong Pengarah 2Mat Syahrom Talib

Pengarah SinematografiRahimi Maidin

Pengarah SeniNordin Ismail

Penata Busana Maszeli Bahari

Jurumekap dan SFXIka Abdul Hadei

Pengurus ProduksiAzaromi Ghozali

Pen. Pengurus ProduksiRosnalee Khalil

Pengarah AksiHafizdRazib(Hafizd Stunt Master)

Penulis SkripFaten Syamimie Abdul Aziz

Di sebalik TabirTan Shier 

AudioFazly Radzi(Promix Studio)

KontiMuhammad Ghufron Salim

LoaderMuhammad Daniel Haziq

RunnerAzman Yusof

HandyMohamad Nazim Moh Zimire

Pen. Produksi Mokhairul Irfan Mokhtar

Muhammad Aqil Muhammad Halil 

Pelajar Praktikal(KUIS)Nur Atiqah Muhd. Arif Lee

Mohamad Zulhatim Tohir

Nur Azira Ahmad Naser

Asmaa’Laila Yacob

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Top 10 Lagu Workout di Spotify 2019

Nak Berniaga Pun, Jangan Sampai Memfitnah – Nora Danish