in ,

Pelancaran Drama Intan Asmara Terbitan MIG Beat

Pada 7 Januari 2008, Sensasi Selebriti dijemput untuk menghadiri satu majlis pelancaran drama 25 Episod yang bakal menghiasi slot Samarinda TV3 berjudul Intan Asmara. Dihadiri oleh sebilangan pelakon drama arahan Feroz Khan, majlis ini diadakan di Restoran Lemon, Mines Shopping Fair, Seri Kembangan. Terima kasih kepada Metrowealth International Group (MIG) atas jemputan.

Nampaknya tahun 2008 adalah permulaan yang baik bagi MIG kerana bukan sahaja menerbitkan filem, malah dapat meluaskan empayar dengan menghasilkan drama dan telefilem untuk tatapan penonton. Dengan menjanjikan sesuatu yang lebih bermutu dan memberi kelainan, MIG Beat Sdn Bhd kali ini mahu melahirkan sebuah drama yang berkonsepkan kekeluargaan dan konspirasi dunia korporat.

Drama Intan Asmara akan membawa penonton ke satu dunia korporat yang penuh dengan konflik. Menyingkap asam garam kehidupan realiti yang memerlukan perjuangan, kesetiaan dan kasih sayang sesama insan. Drama 25 episod Intan Asmara adalah hasil nukilan penulis wanita, Zarihah Hassan. Diarahkan oleh Feroz Khan iaitu seorang pengarah drama yang pernah mengarah drama di TV3 dan TV1.

Drama yang dilakonkan oleh Lisdawati, Raja Farah, Ezani Nazariff, Zally Hussin, dan Aida Rahim ini akan akan memulakan pengambaran bermula 10 Januari ini di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Dijangka akan berakhir 23 Februari 2008, Intan Asmara akan menemui penonton TV3 pada pertengahan tahun 2008.

MIG mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca Sensasi Selebriti. Jangan lupa, filem Congkak akan menemui anda pada April 2008 nanti.

[tags]drama intan asmara, slot samarinda, tv3 ajl, juara lagu, Lisdawati, Raja Farah, Ezani Nazariff, Zally Hussin, aida rahim, feroz khan[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tonton Filem CUCI & Dapat 50 SMS Percuma!

Saksikan Pelakon Filem CUCI di Malaysia Hari Ini