in ,

Pelakon Siri The Umbrella Academy, Elliot Page Umum Tukar Jantina Kepada Lelaki

Elliot Page, bintang siri Netflix terkenal, “The Umbrella Academy,” mengumumkan bahawa dia kini bergelar transgender selepas menukar jantina menjadi seorang lelaki.

Di dalam dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman Twitter, Page mengucapkan terima kepada orang-orang yang telah menyokongnya sepanjang perjalanannya untuk menjadi lelaki.

Dia yang turut berterima kasih kepada komuniti transgender yang sentiasa menyokongnya menambah bahawa tiada kata yang dapat mengungkap pengalaman luar biasa apabila berjaya menjadi diri sendiri.

Pelakon Siri The Umbrella Academy, Elliot Page Umum Tukar Jantina Kepada Lelaki

Bagaimanapun, Page berkata walaupun dia merasa bangga untuk berjumpa dengan dirinya yang sebenar. Tetapi jauh dalam dirinya wujud rasa takut dengan segala kebencian atau ‘jenaka’ yang akan dialami olehnya.

“Saya bahagia dengan pilihan yang dibuat tetapi dalam masa sama berasa takut dengan  tindakan agresif, kebencian, kutukan atau kekerasan.

“Jadi cukup-cukuplah anda melukai orang lain. Saya salah seorang daripada mereka (komuniti transgender) dan kami tidak akan diam menghadapi serangan anda,” katanya.

Isteri Page, Emma Portner pula menitipkan mesej terharu dengan mengatakan bahawa dia “sangat bangga” dengan pilihan Page. Dia turut meminta semua orang untuk terus menyokong Page dan komuniti transgender yang lain, lapor NBC News.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“I Sepatutnya Dah Mati Lama,” – Nabila Huda Temui Kebahagiaan Selepas 36 Tahun

SITI NURHALIZA

Di Sebalik Tabir Muzik Video KUASA CINTAMU, Siti Nurhaliza Perlu Bersiap Sekelip Mata