in , ,

LoveLove SEDIHSEDIH HAHAHA!HAHAHA! OMG!OMG! WinWin

Pelakon Shah Radhi Hazvee Ditahan Polis, Betul Ke Bawa Lari Isteri Orang?

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila satu laporan mendakwa seorang pelakon baru berusia 23 tahun didakwa membawa lari isteri orang yang juga merupakan bekas pengurusnya.

Semalam kecoh apabila seorang pelakon lelaki baru yang sering muncul dalam drama tempatan didakwa membawa lari isteri orang yang juga merupakan bekas pengurusnya. Dek gosip panas itu, netizen telah menggunakan keupayaan mereka untuk menyelidik siapakah gerangan lelaki berusia 23 tahun tersebut. Selepas berusaha keras, identiti pelakon itu berjaya dibongkarkan sebagai Muhammad Shah Radhi Hazvee.

Shah Radhi Hazvee

Pengurus Tolak Dakwaan Shah Radhi Hazvee Bawa Lari Isteri Orang

Kisah bermula apabila seorang suami melaporkan kepada pihak polis bahawa isterinya yang berusia 24 tahun itu telah dibawa lari selepas wanita itu keluar rumah tanpa kebenaran bersama seorang lelaki yang dikenali.

Kata lelaki itu lagi, pelakon tersebut telah berhubung dengan isterinya dan cuba memperdaya dan memikat wanita tersebut kerana mahukan sesuatu. Dek laporan itu, pelakon baru itu dikatakan telah direman sejak Rabu sehingga Sabtu ini bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Shah Radhi Hazvee

Pelakon drama Monalisa akan kongsi kisah sebenar Selepas Selesai Direman

Disebabkan berita ini kecoh di media sosial, pengurus pelakon tersebut iaitu Leana Sharif mengakui bahawa memang benar Shah Radhi Hazvee telah direman untuk membantu siasatan itu. Leana Sharif memberitahu pihaknya akan memberikan kenyataan berkaitan dakwaan melarikan isteri orang selepas pelakon itu dibebaskan oleh pihak polis.

Leana Sharif berkata, dia tidak dapat mengulas lanjut buat sementara waktu kerana enggan mengganggu siasatan polis namun tidak menafikan kejadian yang heboh diperkatakan itu melibatkan pelakon drama Monalisa, Muhammad Shah Radhi Hazvee bersama bekas pengurusnya.

Shah Radhi Hazvee

“Shah direman malam tadi di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Ampang Jaya. Sekarang ni dia masih lagi dalam siasatan.

“Saya tak boleh nak bagi apa-apa kenyataan kerana tak mahu mengganggu siasatan polis.

“Dia akan direman selama empat hari. Selepas tempoh tahanan reman selesai, baru kami boleh keluarkan kenyataan.

“Cuma, saya mengesahkan yang Shah memang ditahan,” 

– Leana Sharif

Polis menahan seorang pelakon selepas disyaki menjalinkan hubungan dan melarikan isteri orang.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff mengesahkan pihaknya menahan suspek berusia 24 tahun di Taman Sering Ukay, Ampang, Selangor, pada Selasa. Menurutnya, pihak polis akan melakukan siasatan terhadap pemuda itu sehingga Sabtu ini.

“Suami wanita itu berusia 38 tahun dan bekerja sebagai peniaga mendapati isterinya telah tiada dan keluar rumah tanpa izin bersama seorang lelaki yang dikenali, pada pukul 8 malam, Isnin lalu.

“Suaminya mendapat tahu bahawa isterinya dan pelakon yang banyak membintangi drama tempatan itu telah berhubung dan suspek cuba memperdaya serta memikat isterinya untuk mendapatkan sesuatu,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah dan  Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu Kelakuan Aib,”

– Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff
Shah Radhi Hazvee

Jika sabit kesalahan dia akan didakwa bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu Kelakuan Aib.

Menurut fakta kes, seorang suami berusia 38 tahun yang merupakan peniaga mendapati isterinya tiada dan keluar rumah tanpa izin bersama seorang lelaki yang dikenali, pada pukul 8 malam, Isnin lalu.

Suami tersebut mendapat tahu bahawa isterinya dan pelakon yang banyak membintangi drama tempatan itu telah berhubung dan suspek cuba memperdaya serta memikat isterinya untuk mendapatkan sesuatu.

Dalam pada itu Noor Azmi menasihati orang ramai agar perlu memastikan maklumat yang sebenar sebelum ia disebarkan dan hendaklah melalui sumber yang sah.

Leana juga tidak terlepas untuk membela Shah Hazvee dan menjelaskan bahawa tuduhan lelaki itu melarikan isteri orang adalah tidak benar dan bercanggah sama sekali dengan khabar angin yang bertiup kencang.

Meskipun difahamkan akan direman selama 4 hari tetapi pelakon yang pernah membintangi drama Monalisa itu dijangka akan dibebaskan hari ini.

Untuk mengetahui perkembangan lanjut, sama-sama kita nantikan kenyataan lanjut megenai kes ini.

Sumber: mStar Online

What do you think?

72 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Beza Umur 17 Tahun, Harris Alif Akui Sedang Hangat Bercinta Dengan Intan Ladyana

Semakin Serius! Dr Noor Hisham Tampil Bersuara Lantang Mengenai Covid 19