in , ,

Seorang Demi Seorang Rombongan Penggambaran Drama di Scotland Disahkan Positif COVID-19

Peminat dunia hiburan pada malam tadi dikejutkan dengan berita pelakon cantik, Puteri Aishah yang disahkan positif Covid-19. Sebelum dia, seorang lagi selebriti yang telahpun disahkan positif sebelum ini adalah penceramah bebas dan pelakon, PU Riz

Terbaru Harian Metro melaporkan terdapat lagi 4 krew termasuk pengarah , Rahila Ali yang terlibat dalam produksi bersama Puteri Aishah turut dilaporkan positif dijangkiti virus tersebut. Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Rahila yang dihubungi portal berkenaan.

“Buat masa sekarang, saya dan kru lain masih menunggu keputusan laporan penuh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Apa boleh dikatakan, saya dan beberapa kru disahkan positif. Kami juga sedang menunggu untuk saringan kedua.

“Kami tidak ada simptom seperti demam dan sebagainya tapi kami tak bernasib baik. Apa yang penting sekarang, doakan kami segera sembuh.

“Terlalu banyak cerita dan fakta salah yang tersebar mengenai kami hingga menimbulkan kebimbangan ahli keluarga masing-masing. Apabila laporan penuh sudah keluar, saya akan kongsikan,”

– Rahila

Pelakon kanak-kanak, Puteri Rayyana Rayqa menjadi mangsa terbaru jangkitan COVID-19 selepas pulang dari penggambaran drama Demi di Scotland baru-baru ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh ibunya, Syira yang turut dikesan positif pada hari ini seperti dilaporkan portal Harian Metro.

“Saya dan Rayqa buat ujian pagi semalam di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya. Pagi tadi baru dapat panggilan yang kami positif Covid-19.

“Sekarang, kami sedang menunggu panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya,”

– Syira

Sebelum ini pelakon utama Puteri Aishah termasuk lima lagi ahli kru yang lain juga disahkan positif selepas kembali dari negara itu. Bagaimanapun, seorang lagi pelakon Ben Amir disahkan negatif selepas menjalani ujian saringan.

Ben Amir Negatif Covid-19

Sementara itu, Ben Amir yang turut menjalani penggambaran drama Demi di Inverness, Scotland disahkan negatif Covid-19. Ben diberitahu telah pulang beberapa hari lebih awal pada 27 Mac lalu berbanding semua kru dan pelakon yang pulang ke tanah air pada 31 Mac lalu. 

“Sekembali di sini, saya melakukan kuarantin diri di rumah. Saya kemudian membuat pemeriksaan di sebuah pusat perubatan di Damansara dan keesokannya saya disahkan negatif wabak itu.

“Alhamdulillah setakat ini keadaan saya baik-baik saja. Tiada sebarang gejala dijangkiti wabak ini selepas pulang ke tanah air beberapa hari lebih awal pada  27 Mac lalu,”

– Ben Ali

Menurut Ben, dia bersimpati dengan Puteri Aishah, Rahila dan kru terbabit. Ben juga memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi lebih lanjut mengenai kru lain yang turut positif wabak itu.

“Perkara ini sangat sensitif untuk saya kongsikan kerana bimbang timbul spekulasi tidak betul. Apapun doakan semoga kita kuat menghadapi ujian ini dan dijauhkan daripada wabak ini,”

– Ben Ali

Mereka sebelum ini berlepas ke negara Eropah itu pada 9 Mac untuk menjalankan penggambaran drama bersiri tersebut walaupun keadaan semasa COVID-19 ketika itu sudah berada di tahap yang membimbangkan.

Selain Puteri Aishah, pelakon lain yang turut berada di sana ialah Ashraf Muslim, Ben Amir, Hasnul Rahmat dan Puteri Rayyana Rayqa.

Tindakan mereka untuk meneruskan penggambaran itu sebelum ini dipertikaikan oleh netizen dan dilihat makin mencuri perhatian selepas pelakon utama mereka Puteri Aishah disahkan positif beberapa hari lalu.

Seorang Demi Seorang Rombongan Penggambaran Drama Di Scotland Disahkan Positif COVID-19
Seorang Demi Seorang Rombongan Penggambaran Drama Di Scotland Disahkan Positif COVID-19

Bagaimanapun, masih belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan yang memperincikan tentang bagaimana ahli rombongan penggambaran tersebut dijangkiti virus itu.

Drama Demi arahan Rahila Ali adalah diadaptasi daripada novel yang diterbitkan 26 episod bagi siaran RTM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Intan Najuwa Kemurungan, Dendam Makan Diri dalam Drama Bersiri IRONI KASIH

Ketahui Tentang Meningitis, Penyakit Yang Meragut Nyawa Penyanyi Glenn Fredly