in ,

Pelajar UPSI Mengendalikan Bacaan Yaasin Doa Buatmu Palestina

Saban hari, hidup kita sebagai mahasiswa atau mahasiswi semakin sibuk dengan mengejar ilmu yang dipelajari di universiti demi mengejar sudah pasti terlalu sibuk menguruskan persiapan diri untuk menuntut ilmu sehingga ke menara gading.

Manakan tidak, setiap hari kelas pagi hingga ke petang bahkan hingga ke malam pun ada. Dengan kerja kursus, portfolio, pembentangan dan sebagainya juga turut berkait rapat dengan kita yang bergelar pelajar. Namun, kesibukan yang ada tidak menghalang kita sebagai pelajar untuk mengetahui situasi atau keadaan yang berlaku di dunia luar.

Pada akhir Ramadhan, kita digemparkan dengan berita yang menyayat hati. Negara Palestin telah diserang lagi oleh Israel. Sedih melihat keadaan mereka, rumah diambil, di bom dan dihancurkan. Bayi, orang tua dan wanita yang tidak bersalah pun terpalit sama dengan kekejaman Zionis. Dimanakah sifat kemanusiaan tentera Zionis ini terhadap Palestin? Apa yang mereka mahukan dari Palestin?

Oleh itu, UPSI YOSH Palestin telah menganjurkan program yang bertemakan Doa Buatmu Palestina di mana seruan bacaan Yassin dan Qunut Nazilah Jamaie buat saudara kita di Palestin bagi bersama-sama kita mendoakan keselamatan mereka dan menjamin hak negara Palestin daripada zionis laknatullah. Hal ini juga dapat menyedarkan masyarakat di luar sana untuk bersimpati terhadap negara Palestin. Apa yang perlu kita lakukan sebagai manusia? Sesungguhnya senjata kita sebagai umat Islam adalah dengan berdoa. Selain itu, program ini juga dapat diberi pendedahan dengan perkongsian ilmu mengenai situasi di Palestin sejak dulu kala lagi. Perkongsian tersebut telah dikupas oleh ketua projek YOSH Upsi Palestin yang merupakan pelajar daripada Universiti Teknologi Petronas (UTP).

WAKIL DARIPADA PELAJAR UPSI MENGENDALIKAN BACAAN YAASIN

Walaupun dengan kesibukan sebagai pelajar, seorang pelajar jurusan Sains Kejurulatihan (Sains Sukan) daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris, Muhammad Fakrurrazzi Bin Khairur Rijal sanggup mengorbankan masa untuk mengendalikan bacaan Yaasin dan mengalunkan Qunut Nazilah yang merupakan doa kekuatan dan senjata pertolongan kepada pejuang jihad Palestin bagi menentang kezaliman Zionis Israel laknatullah. Semoga dengan doa yang disertai lebih kurang 60 orang tersebut, ada diantaranya diangkat doanya kepada Allah bagi membantu pejuang jihad di Palestin.

KETUA PROJEK MEMBERI PERKONGSIAN RINGKAS MENGENAI PEJUANG DI PALESTIN

Sejurus itu, ketua projek Doa Buatmu Palestina turut menyampaikan ‘talk’ dan mengupas tentang isu Palestin yang menggantikan slot kepada Ahmad Muadz Ahmad Nadzri yang merupakan Pengurus Sukarelawan YOSH MyFundAction Perak. Beliau tidak dapat sertai kerana terdapat urusan penting yang perlu diuruskan. Oleh itu, ketua Projek UPSI X YOSH

Palestin saudara Aidi Farhan yang merupakan Sukarelawan YOSH MyFundAction mengisi masa tersebut dengan memberi perkongsian ringkas.

Dalam ‘talk’ tersebut, mereka telah diberi kesedaaran tentang isu kemanusiaan di Palestin yang kini kian pudar dalam kalangan generasi muda setelah isu ini viral bulan Ramadan yang lalu. Mereka juga menekankan apa yang wajar dilakukan sebagai seorang manusia untuk membantu saudara kita di Palestin. Antaranya, seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 255, iaitu dengan menginfakkan sebahagian harta kita kepada saudara kita di Palestin.

Isu Palestin ini telah menyedarkan para pemuda untuk muhasabah dalam membantu saudara kita yang memerlukan pertolongan. Tujuan Zionis Israel menyerang untuk mendapatkan tanah di Palestin telah dikupas dalam ‘talk’ ini. Kekejaman Zionis terhadap penduduk palestin amat tidak berperikemanusiaan. Mereka melancarkan serangan menggunakan teknologi senjata yang canggih tanpa belas kasihan.

MAKLUM BALAS PESERTA DARIPADA PROGRAM DOA BUATMU PALESTINA

“Saya dapati dan mengetahui isu semasa dan perkara yang berlaku di Palestine.” – Muhammad Fakrurrazi Bin Khairur Rijal, Presiden Persatuan Sains Sukan dan Kejurulatihan, mengetuai Bacaan Yassin dan Tahlil, Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris.

“Alhamdulillah, program ini banyak membantu dan memberi kesedaran kepada diri saya sendiri juga. Terima kasih sangat-sangat. Kadang-kadang kita alpa dengan diri sendiri.” – Khusnul Kotimam Binti Sudjiamin, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris.

“Jangan pernah mengalah dalam mempertahankan Al Aqsa, walaupun itu bukan kita. Itu hak kita. Surah at Taubah ayat 41. Berpegang pada itu, insyaallah semangat jihad itu akan Allah swt hadirkan dalam hati kita.” – Nur Natasya Rahimi, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Lagi Yang Kami Boleh Bantu Untuk Palestin Selain Menadah Doa?

Terungkap Kisah, Myfundaction Anjur Program The Untold Story of Palestine