in ,

Apa Lagi Yang Kami Boleh Bantu Untuk Palestin Selain Menadah Doa?

“Sebagai seorang mahasiswa, apakah yang saya boleh buat untuk bantu rakyat di Palestin dengan keadaan pandemik Covid-19 sekarang?”

”Apa yang kami boleh buat untuk pertahankan mereka?!”. Berikut adalah persoalan-persoalan yang terbuku dalam fikiran beberapa mahasiswa USM.

Pada tanggal 5 Jun 2021, hari Sabtu, Youth of Strength and Happiness (YOSH) MyFundAction berkolaborasi bersama Majlis Perwakilan Pelajar USM telah mengadakan satu sesi forum bertajuk “PEJUANG SIBER PALESTIN : DARIPADA LENSA MAHASISWA” bagi semua mahasiswa USM.

Ahli panel forum ini terdiri daripada Tuan Isma Fildza Hazry bin Ismail yang merupakan Ketua Jabatan Perhubungan Awam MyFundAction dan Pengurus Pembangunan Perniagaan, Muhammad Izzan bin Mahraji dan Musa bin Ahmad yang merupakan wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar USM.

Seramai 60 orang mahasiswa daripada USM kampus Induk dan kampus Kejuruteraan turut bersama-sama menyertai forum ini untuk bersama-sama menzahirkan solidariti terhadap situasi yang dihadapi oleh Palestin pada saat ini.

Walaupun hanya sekadar atas talian, mereka sanggup meluangkan masa untuk mengetahui lebih lagi mengenai Palestin dan usaha-usaha yang mereka boleh lakukan untuk sebarkan lagi kesedaran kepada orang ramai.

Rentetan daripada peristiwa keganasan Israel terhadap rakyat Palestin sejak 27 Ramadhan yang lalu telah menyebabkan rakyat Malaysia cakna terhadap krisis kemanusiaan ini.

Solidariti Malaysia telah memainkan peranan menyebarkan kesedaran terhadap konflik Palestin dan Israel sejak awal 10 Mei 2021 kepada masyarakat luar sehingga #israelkoyak menular di laman sosial terutamanya di aplikasi Twitter dan Instagram.

Pelbagai siri serangan yang telah dilakukan oleh Israel selama 73 tahun dengan sangat kejam terhadap rakyat Palestin. Saudara Izzan Mahraji (MPP USM Induk) merupakan salah seorang panel forum juga mengatakan bahawa Israel turut mengehadkan bekalan air dan elektrik di Palestin.

Baru-baru ini pihak Israel telah diserang oleh rakyat Malaysia secara maya melalui sosial media dan akaun mereka dibekukan dan tambahan lagi sebanyak 80 buah negara turut bersama-sama dalam serangan di alam maya.

Selain itu, saudara Izzan juga menyatakan bahawa antara usaha yang kita boleh buat untuk bantu Palestin ialah dengan mengisytiharkan peperangan terhadap Israel, bukanlah secara fizikal tetapi dari sudut ekonomi dengan menggunakan konsep pemboikotan. Kita memboikot semua barangan Israel supaya ekonomi mereka terjejas.

Peranan belia sangat diperlukan dari segi kesedaran yang berterusan dan seterusnya merancang strategi daripada sekarang untuk membantu Palestin. Antaranya menyebarkan segala info untuk terus memberi kesedaran kepada semua masyarakat melalui sosial media.

“Daripada pihak MyFundAction, kami memang sedang merancang lebih banyak platform untuk bantu Palestin, tetapi kami memerlukan tenaga pemuda untuk sama-sama merealisasikannya”, ulas Tuan Isma lagi.

Sejurus selepas sesi forum ini berakhir, beberapa mahasiswa USM menyatakan rasa teruja untuk menjadi sukarelawan untuk membantu saudara di Palestin, antaranya, “Saya nak jadi sukarelawan kemanusian di Palestin!”, kata Fatin Nazira. Betapa semangatnya mereka mahu bersama-sama memperjuangkan hak-hak Palestin.

Ada juga yang menyatakan bahawa “Saya nak sebarkan lagi kesedaran kepada masyarakat di luar sana pasal isu Palestin melalui sosial media, Instagram, Facebook dan Whatsapp”, ulas Nur Amirah.

Ada juga yang hendak menjadi sebahagian daripada content creator untuk cybertroopers yang dikendalikan oleh MyFundAction merupakan channel Telegram yang mengumpulkan info-info semasa di Palestin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

Koleksi Fesyen Baju Raya Melinda Looi 2021 Bertemakan KAWAN

Pelajar UPSI Mengendalikan Bacaan Yaasin Doa Buatmu Palestina