in , ,

Pawagam GSC Akan Mula Dibuka Pada 16 September Ini Di Lokasi Terpilih

GSC hari ini telah mengumumkan yang mereka akan mula membuka semula pawagam pada 16 September 2021 di beberapa lokasi terpilih, antaranya adalah Mid Valley, 1 Utama, MyTown, Nu Sentral.

Untuk senarai penuh anda boleh rujuk ciapan oleh GSC di bawah. Cawangan-cawangan lain akan mula dibuka pada 23 September 2021.

Pawagam di Malaysia telah dibenarkan untuk beroperasi pada 9 September lepas dengan kapasiti 50% dan untuk penerima vaksin lengkap sahaja, akan tetapi GSC dan TGV telah memilih untuk mengambil sedikit masa bagi memastikan dapat mengikut SOP dengan sepenuhnya dan juga untuk menyediakan filem-filem yang boleh ditayang.

Pawagam GSC Akan Mula Dibuka Pada 16 September Ini Di Lokasi Terpilih

Buat masa ini masih tiada pengumuman oleh TGV, kami akan kemaskini jika mereka juga akan mula buka pada tarikh yang sama.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kamera Utama Samsung Galaxy A22 5G Menerima Skor DxoMark Sebanyak 89 Mata

Maid Tukang On Butang ‘Live’ Bersama Tya