Pass Ticket For MTV Asia Awards 2008 Voting Party & Mosh Pit Audition

Budiey BlogMTV Asia Awards 2008 kembali setelah sekian lama menyepi. Kali ini lebih besar, lebih gempak dan lebih meriah. Sebab apa? Hehehe, dah tentu lebih meriah apabila berlangsung di Kota Keriangan (Genting City of Entertainment) Genting Highland pada 2 Ogos 2008 ini.

Pertama kali beb, buat kat Malaysia. Pertama kali juga, Budiey telah dijemput untuk ke acara ini sebagai media. Eloklah, 1 Ogos tu, birthday Budiey, so boleh sambut dengan Jaret Letto atau Pussycat Dolls kat sana la ek? Haha, acah aje la.

Anugerah pada malam itu akan dibuka dengan hiburan gempak dari Pussycat Dolls dengan lagu mereka “When I Grow Up”. Mantap ke? Ianya akan dihoskan oleh Jaret Letto dan Karen Mok. Kepada yang tak kenal Jaret Letto, dia adalah seorang vokalis American rock band 30 Seconds To Mars.

Budiey dapat tahu agak susah juga nak dapatkan pass atau tiket untuk masuk acara tahunan yang mengumpulkan penyanyi dari Asia ini.

Camna nak dapatkan pass?

Apa-apa pun, untuk korang yang nak pergi sangat, ada caranya. Selain vote di laman web MTV Asia, peminat boleh berkumpul dan masuk ujibakat untuk menjadi Mosh Pit di Zouk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 19 Julai 2008 dari jam 6 petang hingga 9 malam. Ianya diadakan dalam satu party yang meriah. Tapi masa tak sesuai sangat sebab bermula jam 6 petang. Sepatut buat jam 8 malam ke atas untuk menghormati waktu Maghrib. Tapi ada penganjur kisah?

Jomlah datang untuk meriahkannya!

Penonton saluran MTV yang hadir ke parti ujibakat di Zouk pada hari itu akan dihiburkan juga dengan beberapa persembahan artis tempatan dan peminat juga dapat memenangi barangan MTV Asia Awards yang begitu eksklusif.

MAA Roadshow

Date: Saturday, July 19 & Sunday, July 20 Jam 12 tengahari
Venue: Cineleisure, Kuala Lumpur 

Voting Party

Date: Saturday, July 19
Time: 9 – 11pm
Venue: Zouk Club, KL
Performing acts: One Buck Short and Bitter Sweet

Yang paling penting, anda juga berpeluang untuk memenangi GOLDEN tiket untuk menyaksikan secara langsung acara gempak itu di Arena of Stars pada 2 Ogos nanti. Dapat tiket VIP lagi tu!

Pada parti ujibakat itu juga, selain muzik, satu pertunjukan fesyen akan berlangsung di EDC Fashion Show yang mana EDC Espirit adalah penaja untuk MTV Asia Awards kali ini. Acara ini diacarakan oleh hos terkenal Utt dan Taya! Wow! Budiey like Taya!

Hos MTV Taya ni HOT giler!

Tiket untuk MTV Asia Awards tidak dijual, jadi anda boleh menyertai juga peraduan yang terdapat di Hitz FM dan My FM.

Pada tahun ini, anugerah ini mempertaruhkan pencalonan dalam 167 kategori yang mana 10 antaranya ditentukan oleh undian penonton di laman web rasmi MTV Asia Awards dan secara SMS.

Sekali lagi Datuk Siti Nurhaliza dan penyanyi Singapura, Stefanie Sun tersenarai dan Budiey jangka kemenangan masih berpihak kepada mereka atas sebab jumlah peminatnya begitu ramai.

Persaingan lebih mengancam bila Superman Malaysia, Faizal Tahir dan Pop Shuvit turut terpilih memasuki senarai. Kita tunggu sahajala sape yang menang!

[tags]Pass Ticket, MTV Asia Awards 2008, Voting Party, Mosh Pit Audition, nomination, faizal tahir, pop shuvit, siti nurhaliza, photo, pussycat dolls, gossip, jaret letto, karen mok, how to get pass, edc spirit, taya mtv, utt sex, One Buck Short, Bitter Sweet[/tags]

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. arr bro budiey, didn’t mean to be rude but it’s jared leto, not jarret letto – konfius ek ngan letto (indonesia)?
    just thought u should know…no offense k!

    – peace…respect…realize… –

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pelancaran Drama Sari Maya Lakonan Zizie Ezette, Kuza, Nabila Huda

Lirik Lagu HERO WAYANG Nyanyian Siti Sairah