in

Pass Percuma Showcase Anggun Elevation Acoutic di Hotel Istana

ANGGUN ELEVATION ACOUTIC SHOWCASE   

Pernahkan anda terfikir untuk hadir bersama teman tersayang bagi menyaksikan persembahan terbaik dari penyanyi antarabangsa Anggun. Pasti peminat-peminat Anggun di Malaysia tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton persembahan Anggun sambil diiringi oleh petikan gitar dan alunan piano yang mengasyikan.

Bagi tidak menghampakan peminat setia Anggun di Malaysia Metadome Sdn. Bhd. berbesar hati menyediakan 200 tempat duduk bagi peminat-peminat Anggun menyaksikan Anggun Elevation Acoustic Showcase pada 27 Mac 2009, jam 8.00 malam di Mahkota 2 Ballroom, Hotel Istana, Kuala Lumpur.

NAK PASS PERCUMA? INI CARANYA:  

Untuk dapatkan pass percuma untuk showcase ini, pembaca hanya perlu membeli album terbaru Anggun berjudul Elevation di kaunter pendaftaran pintu masuk Mahkota 2 Ballroom, Hotel Istana pada hari showcase. Sekali gus layak untuk mendapat pas masuk secara percuma bagi menyaksikan persembahan Anggun.

Bagi pengesahan kehadiran, sila emelkan Nama, No. IC, No. HP dan emel kepada [email protected]. Terhad untuk 200 peminat bertuah sahaja. Untuk maklumat lanjut sila ke blog Metamobile: (http://blog.metamobile.com.my). Jangan lepaskan peluang keemasan ini.    

Turut mengadakan  persembahan pembukaan pada malam itu ialah Nurul dan Imran Ajmain. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Pelakon Saus Kacang Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari

Mega Movie April TV3