in ,

Sesi Pendaftaran Party Ulangtahun Budiey.com 1 Dekad

Salam buat pembaca semua, sedar tak sedar, Budiey.com kini dah berusia 10 tahun. Yeah! Dah satu dekad!

Terima kasih atas sokongan semua ya! Sekadar info, blog Sensasi Selebriti bermula pada tarikh 7 Januari 2007. Alhamdulilah, syukur pada Tuhan! Pejam celik-pejam celik… dah pun 10 tahun Budiey jadi penulis blog sepenuh masa.

Sekejap sangat masa berlalu, kan? Di atas permintaan ramai, Budiey akan mengadakan Parti Budiey 1 Dekad secara sederhana dan santai sahaja. Sekadar nak ajak korang berkaraoke dan menang hadiah utama sebuah iphone 6s Plus dan banyak lagi hadiah lumayan.

PENGHARGAAN

Di sini, Budiey nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca semua kerana sudi melayari blog ini dan tidak putus-putus memberikan sokongan.

Terima kasih juga kepada semua selebriti (tak kisahlah samada artis, pelakon, penyanyi, band, indie band dan semualah yang pernah bekerjasama dengan Budiey. Tak kiralah siapa korang, korang memang superb! Budiey rasa semuanya memang tak lokek untuk beri kerjasama. Korang memang sporting habis! Juga kepada PR dan pengurus artis, stesen radio dan TV yang tidak lokek untuk melayangkan jemputan dan peluang kepada Budiey menghadiri majlis anjuran mereka.

Tidak lupa kepada para penaja Budiey.com yang tak jemu-jemu menyumbangkan dana tajaan untuk perkembangan blog ini dari tahun pertama hinggalah sekarang. Tanpa sokongan semua pihak, Budiey rasa, blog ini tak mungkin akan hidup sampai hari ini.

Sepanjang 10 tahun bersama korang, banyak sebenarnya kenangan dan sejarah dicipta. Yang penting, setiap minggu kita dapat bertemu di Premiere With Budiey. Selain itu, Budiey berpeluang melancong ke luar negara boleh dikatakan setiap bulan untuk buat liputan acara dan merakam travelogue. Dapat bertemu artis antarabangsa mahu pun dapat mengenali lebih dekat artis tempatan. Terima kasih sangat-sangat kepada yang masih mempercayai budiey.com. Semuanya akan disimpan dalam hati sebagai satu kenangan dan pengalaman yang cukup berharga.

Dalam masa 10 tahun ini juga menyaksikan event-event anjuran Budiey.com seperti Premiere With Budiey dan Movie Day Out bersama pembaca. Boleh dikatakan setiap minggu juga Budiey akan menjemput pembaca untuk menonton wayang bersama. Tiket percuma dan goodie bag pula diberikan kepada yang hadir. Semoga korang semua menjadikan Movie Day Out untuk tahun 2017 ini lebih happening lagi. Terima kasih untuk kenangan!

KENANGAN DI PARTI ULANGTAHUN KE-2

Budiey rasa macam baru sahaja menyambut ulangtahun ke-2 bersama pembaca di Parti Ulangtahun ke-2. Ingat lagi tak kat mana? Untuk readers yang join, mesti ingat punya. Haa… kita pernah berparti di Restoran Rasa Utara, Tingkat 4, Berjaya Times Square pada 10 Januari 2009 (Sabtu).

Kalau tak silap ada dekat 40 orang pembaca yang join. Walaupun buat di tempat yang sederhana, tanpa sound system dan persembahan artis, namun semua kata, parti ulangtahun ke-2 meriah sebab ramai yang hadir dengan warna tema orange dan putih.

Diserikan lagi dengan kehadiran selebriti seperti Imran Ajmain, IZ OIAM serta PR Radio Suria FM dan NTV7. Lepas makan-makan, ada cabutan bertuah, kemudian ada sesi potong kek ulangtahun yang berbentuk nombor 2.

Selepas lepak kat restoran Rasa Utara, pembaca semua ramai-ramai ke GSC untuk menonton filem YES MAN beramai-ramai. Itulah serba sedikit imbauan kenangan manis di parti ulangtahun yang lepas.

IMBAS MEMORI DI PARTI ULANGTAHUN KE-3

Walaupun diadakan agak lewat, sambutan ulangtahun ke-3 yang lalu tetap hangat dengan warna tema merah menyala diadakan di Neway Karaoke, Berjaya Times Square pada 24 Januari 2010. Party yang dihoskan oleh Ajieb Murai itu dimeriahkan lagi dengan persembahan artis seperti Sabhi Saddi, Iqwal, Hyrul Mentor, Mimi Mystarz LG, IZ OIAM, Rubisa AF7 dan ramai lagi. Turut disampaikan beberapa anugerah kepada pembaca seperti Anugerah Pembaca Paling Setia, pakaian terbaik dan banyak lagi. Kemeriahan party diakhiri dengan sesi memotong kek yang ditaja oleh Sugarflour & SuriaFM dan sesi berkaraoke bersama pembaca.

PARTI KE-4: Berparty Sambil Menonton Filem KHURAFAT

Untuk party kali ke-4, Budiey rasa sangat bertuah kerana mendapat kerjasama dari pihak Grand Brilliance & Skop Productions yang mengajak pembaca budiey.com untuk menonton filem KHURAFAT lebih awal dari tarikh tayangan di pawagam. Memang best tengok korang terketar-ketar menjerit-jerit tengok filem seram nih.

Mulai tahun 2012, Budiey.com juga akan memaparkan artikel, rebiu dan juga perjalanan Budiey mengembara seluruh dunia melalui ruangan TRAVEL. Jadi, nantikan pengembaraan Budiey di tempat-tempat dan lokasi pelancongan seluruh Asia dan dunia. Insyaallah.

PARTI KE-5: Ungu & Putih – MUSIC IS ART

Tahun 2011 juga banyak mencipta kenangan dan sejarah dicipta. Budiey berpeluang melancong ke luar negara boleh dikatakan setiap bulan. Dapat bertemu artis antarabangsa mahu pun dapat mengenali lebih dekat artis tempatan. Jutaan terima kasih sangat-sangat kepada yang masih mempercayai budiey.com. Semuanya akan disimpan dalam hati sebagai satu kenangan dan pengalaman yang cukup berharga.

Kalau tahun lepas, #partybudiey bertemakan Love is Friendship, kali ini sempena membuka lembaran tahun ke-5, Budiey memperkenalkan tema Music is Art di mana rekaan baju T kali ini ada gambar gitar. Budiey juga menjemput ramai penyanyi dari pelbagai genre muzik datang untuk menghiburkan pembaca.

Kepada pembaca yang akan join Parti Ulangtahun Ke-5 pada 21 Januari 2012 nanti, Budiey harap korang enjoyz di Zouk KL, Jalan Ampang dan kita boleh bergambar serta dapat mengenali dengan lebih dekat lagi.

Pengacara #PartyBudiey kali ini ialah pelawak terkenal Azrul Zaidi & Deejay Lin dari Suria Cinta. Apa yang menariknya, kedua-dua pengacara ini telah melahirkan sebuah single pertama masing-masing.

Seperti tahun terdahulu, semua pembaca diwajibkan untuk memakai T-shirt Eksklusif yang Budiey berikan ketika sesi pendaftaran. Meriah betul sebab korang memakai mengikut tema iaitu Ungu & Putih.

#PartyBudiey kali ke-5 ini ditaja oleh DiGi sebagai penaja utama. Radio Suria FM pula sudi menjadi Penyiar Radio Rasmi untuk tahun kedua berturut-turut. Terima kasih Suria FM. Serta tak lupa, Nuffnang dan Alternate Pictures yang sudi menjadi penaja bersama. Untuk fotografi dan video pula, Budiey mendapat tajaan dari SayCheese Productions. Terima kasih kepada semua penaja!

Ingin Jadi Penaja #PartyBudiey?

Sebagai hadiah kepada pembaca yang join, Budiey akan memastikan hadiah goodie bag tahun ini lebih meriah dari tahun lepas kerana Budiey sekarang ini masih lagi berusaha keras untuk mendapatkan barangan untuk diisi ke dalam goodie bag korang. Kepada yang nak menaja #partybudiey dari segi barangan, wang tunai dan lain-lain, sila email kepada budiey.isma[at]gmail.com

Kepada anda yang ada akaun Twitter jangan lupa mengemaskini Twitter anda dengan menggunakan hastag rasmi: #partybudiey1Dekad #partybudiey. Jangan lupa ya untuk follow akaun Twitter Budiey iaitu @budiey. Begitu juga dengan pembaca yang ada akaun Facebook, jangan lupa ambik gambar dan letakkan di Fanpage Facebook Budiey.com – Sensasi Selebriti.

Pemilihan Pembaca Budiey.com Untuk Ke Parti Budiey 1 Dekad

Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, sempena dengan sambutan ulangtahun satu dekad ini, Budiey akan mengadakan parti bagi meraikan para pembaca yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan.

Lokasi:
Red Box The Gardens

Tarikh & Masa:
25 Mac 2017 | Hari Sabtu | jam 2 petang

Meja Pendaftaran Akan dibuka seawal jam 1 tengahari
Kepada yang nak solat, boleh guna surau The Gardens

Bayaran Yuran:
RM70 untuk seorang

Tema:
Baju T Budieyators

Sepanjang party berlangsung, di-WAJIB-kan semua pembaca yg hadir memakai Baju T-shirt Budieyators yang boleh dibeli. Sementara stok masih ada.

Baju sample T eksklusif utk #Budieyators dah pun siap. Siap ada NAMA korang kat belakang. Siapa nak order? Boleh buat pra-tempahan (pre-order) secepat mungkin sekatang! Harga RM65 tidak termasuk penghantaran. Sila PM me di Facebook sekarang ya. #BudieyDot

Anugerah Pembaca Sensasi Selebriti 2017
Semasa party ini juga, budiey.com akan menyampaikan ANUGERAH PEMBACA SENSASI SELEBRITI kepada pembaca:

  1. Anugerah Pembaca Paling Banyak Repost & Share
  2. Anugerah Pembaca Paling Sporting
  3. Anugerah Pembaca Paling Setia
  4. Anugerah Pasangan Pembaca Paling Romantis
  5. Anugerah Pakaian Paling Meletop Pembaca Lelaki
  6. Anugerah Pakaian Paling Meletop Pembaca Wanita

BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI PARTI ULANGTAHUN INI?
Senang saje! Ikuti kesemua langkah-langkah berikut ini:

1. Hantarkan email kepada Budiey dengan menyertakan maklumat diri anda seperti:

  • Nama penuh:
  • Twitter
  • No. IC:
  • Alamat:
  • No HP:

2. Cipta slogan PALING KREATIF anda:

Saya mahu join Parti Ulangtahun Budiey.com 1 Dekad kerana… (tidak lebih dari 20 patah perkataan)

3. Hantarkan email anda itu kepada:

Tajuk Email: Mahu Join Parti Budiey Satu Dekad

4. Seterusnya, nantikan email dari Budiey.

Kepada yang berjaya terpilih, Budiey akan reply email anda untuk arahan seterusnya termasuklah juga cara-cara pembayaran yuran. Semuanya akan diterangkan dalam email.

5. Buat pembayaran.

Oleh kerana parti diadakan di Red Box The Gardens yang tidaklah sebesar mana, jemputan ini hanya TERHAD kepada 110 orang pembaca sahaja! Jadi, siapa cepat dia dapat!

P/S: Kepada individu dan syarikat yang ingin menaja parti kali ini, sila hubungi Budiey untuk menyumbang dari segi wang tunai, goodies dan hadiah untuk cabutan bertuah.

Terima kasih semua atas sokongan! Insyaallah, kita jumpa di parti nanti.

Seperti tahun lalu, Budiey harap korang enjoy dan happy dengan aturcara yang disediakan. Kita ada cabutan bertuah, persembahan artis dan games! Budiey jadikan parti ulangtahun ini untuk memberikan hadiah & kenangan manis buat semua yang banyak memberi sokongan! Budiey akan pastikan setiap goodie bag yang korang dapat PENUH dengan goodies! Yang penting, korang semua happy & harap-harapnya berpuas hati nanti.

Jumpa anda di Party Ulangtahun Budiey.com Ke-10 yaawww!

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

THE FAMILY LAW & THE GOLDBERGS on COMEDY CENTRAL

Bapa Ruhil Amani, Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman