in

Party Budiey 1 Dekad Lebih Happening Dengan Mamee Monster

Bohonglah kalau Budiey kata, Budiey tak pernah makan snek Mamee Monster. Masa zaman kanak-kanak, Mamee ni memang popular sejak beberapa abad lalu. Snek ini menjadi kegemaran bukan sahaja golongan kanak-kanak, tetapi juga orang dewasa sebagai snek ringan. Tidak dinafikan, MAMEE adalah jenama yang bukan asing lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia, malah menjadi antara nama begitu dekat di hati kanak-kanak menerusi snek Mamee Monster.

Boleh Budiey katakan, kita membesar dengan makanan ringan ini. Sekarang ni pun masih lagi makan sambil tengok TV kat rumah. Semacam tak percaya pulak apabila dah dewasa ni, Budiey berpeluang untuk melawat pejabat Mamee yang terletak di Subang Jaya. Lagi membuatkan Budiey rasa teruja apabila Mamee sudi menaja produk untuk diberikan kepada pembaca yang hadir di Party Budiey 1 Dekad pada 25 Mac yang lalu.

Untuk info pembaca blog ini, jenama ini telah berada di pasaran sejak 1971 dan telah diasaskan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd, Datuk Pang Chin Hin bersama anak sulungnya yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Pang Tee Chew.

Semasa bertandang di Ibu Pejabat Operasi Mamee, Budiey berpeluang untuk merakam video temubual bersama Ketua Komunikasi Korporat, Mamee-Double Decker, Sharszany Shahry Abu Shahriman dan juga rakan sekerja Nadia Jasmon.

Korang boleh tonton video temubual bersama mereka berdua di saluran Youtube Budiey.com.

Sharszany ada bercerita tentang perkembangan dari awal Mamee bermula sehinggalah ke zaman ini. Awalnya apabila Chin Hin berkecimpung aktif dalam industri penghasilan mi kering di mana mereka mendapat idea untuk melahirkan snek itu dan mendapat nama Mamee menerusi ungkapan yang sering dilaungkan oleh kanak-kanak apabila bersama ibu mereka ketika itu.

Untuk lebih senang disebut dan catchy serta tujuan mengkomersialkan jenama yang pada asalnya dinamakan Lucky, mereka menukar ‘mommy’ kepada Mamee.

Menurutnya, daripada perniagaan mi kering, perniagaan kecil itu terus berkembang menerusi label Pacific Food Products yang terletak di Ayer Keroh, Melaka.

Katanya, hanya selepas beberapa tahun syarikat itu menerusi penjenamaan semula sebagai Mamee-Double Decker.

Sharszany berkata, syarikat itu terus berkembang bersama-sama Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Datuk Wira Pang Tee Nam dan mendiang Pang Tee Suan dan diuruskan oleh ahli keluarga Datuk Pang Chin Hin sehingga kepada generasi ketiga pada hari ini dan kini, Mamee menjadi antara pengilang makanan dan minuman terbesar di Malaysia.

Syarikat dan kilang Mamee-Double Decker terdapat di seluruh Malaysia yang beribu pejabat di Ayer Keroh, Melaka dan turut beroperasi di Subang Jaya dan Kuantan, Pahang dengan kekuatan lebih 2,000 kakitangan.

45 tahun dalam pasaran

Berada dalam pasaran tempatan sejak 45 tahun, jenama Mamee kini bukan sahaja dijual di pasaran tempatan, tetapi juga di beberapa negara serata dunia dan turut berpangkalan di Indonesia dan Myanmar.

Sharszany berkata, pihaknya dalam proses perbincangan untuk meluaskan operasi di Timur Tengah demi menembusi pasaran-pasaran baru di negara-negara atau benua-benua lain dalam mengembangkan lagi perniagaan Mamee yang sedia ada.

“Mengikut perancangan awal, jenama bakal beroperasi di Timur Tengah pada 2019, namun tertakluk kepada faktor-faktor tertentu demi memastikan segalanya dapat berjalan dengan lancar sebaik sahaja beroperasi kelak,” katanya.

Sehingga kini, Mamee telah membina 10 jenama dan lebih 100 produk dalam lima kategori iaitu snek, mi segera, minuman, susu kultur dan biskut.

Malah snek Mister Potato berada di lebih 100 negara di seluruh dunia.

Sharszany berkata, perluasan pasaran ini disumbangkan menerusi kerjasama dengan kelab gergasi bola sepak Eropah yang memiliki hampir 659 juta penyokong seluruh dunia iaitu Manchester United pada 2011 sehingga 2014.

“Kerjasama itu melonjakkan jenama Mister Potato bukan sahaja dalam pasaran tempatan, tetapi di luar negara. Kerjasama ini merupakan salah satu kejayaan kami mempromosi jenama Mamee ke antarabangsa,” katanya.

Mister Potato merupakan produk keluaran Mamee-Double Decker yang dihasilkan pada 1992.

Menurutnya, Mister Potato juga merupakan produk utama perniagaan Mamee dan menyumbang sebanyak 30 peratus perkongsian pasaran dalam syarikat.

Terus maju dalam perniagaan, Mamee-Double Decker bakal memperkenalkan secara menyeluruh Mister Potato berperisa Sweet Potato pada April ini dalam pasaran tempatan.

Sebelum ini, Mister Potato Sweet Potato yang hanya berada di pasaran antarabangsa kerana permintaan tinggi hanya boleh didapati di 7 Eleven bagi pasaran tempatan mulai penghujung 2016.

Sharszany berkata, jenama Mamee sentiasa kukuh di pasaran tempatan dan pasaran antarabangsa kerana sering membawakan inovasi baharu di dalam penghasilan produk baharunya.

“Kami melaburkan sejumlah wang yang banyak dan berterusan dengan menjalankan aktiviti pembangunan dan penyelidikan (R&D) bagi produk baharu, serta pada masa sama meningkatkan keupayaan pengilangan dan pengurusan pengedaran.

“Buktinya, kesemua kemudahan di kilang kami dianugerah ISO 9000s, HACCP dan sijil halal,” katanya.

Selain itu, Mamee juga menerima pengiktirafan antaranya Anugerah Frost & Sullivan bagi kategori syarikat pembungkusan makanan terbaik pada 2013 dan 2014 serta Anugerah Putra Brand di bawah kategori Foodstuff (2014).

Perkenal biskut DHA pertama

Pada September tahun lalu, Mamee melancarkan produk baharu Mamee Monster Biskidz iaitu biskut DHA pertama di Malaysia.

Sharszany berkata, Biskidz mengandungi nutrisi-nutrisi seimbang dalam membentuk perkembangan minda kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun.

Selain itu, biskut ini juga sesuai untuk semua peringkat umur.

“Biskut Biskidz makanan berkhasiat yang diperbuat dari bijirin gandum dan berbentuk segi empat tepat, nipis, enak dan rangup,” katanya.

Mamee Monster Biskidz didatangkan dalam tiga perisa iaitu susu, coklat dan rumpai laut dijual RM0.50 sehingga RM7.90 mengikut saiz pek berasingan.

Menurutnya, biskut itu melalui proses pembangunan dan penyelidikan (R&D) dua tahun.

Katanya, sebanyak sembilan jenis vitamin dan kalsium yang terkandung dalam Biskidz ini untuk membantu menggalakkan tumbesaran kanak-kanak seperti vitamin A1, B1, B2, B3, B5, B6, B12, D dan E.

“Mamee Monster Biskidz ini yang turut mendapat sokongan daripada Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika perasmian produk tersebut pada November tahun lalu kini mula dijual di kantin sekolah seluruh tanah air dan pada masa yang sama masih dalam proses perbincangan dengan pihak Kementerian untuk jadikannya sebahagian program Rancangan Makanan Tambahan malah pihak kami turut menjelajahi beberapa sekolah terpilih untuk menyumbang papan tanda informasi dan berbentuk kata-kata hikmah di kawasan-kawasan tertentu sekolah terutamanya di kantin dan perpustakaan,” katanya.

Mengulas lanjut berhubung perancangan jangka panjang syarikat, Sharszany berkata, Mamee-Double Decker akan terus mengeluarkan lebih banyak produk baharu yang menjurus ke arah kesihatan dan nutrisi seimbang.

Tempuh zaman gawat

Dalam keadaan kegawatan ekonomi semasa, Sharszany berkata, Mamee-Double Decker mengakui turut terkesan dengan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.

Namun, ia bukan sahaja beri kesan kepada Mamee-Double Decker, tetapi juga keseluruhan industri dalam negara.

“Ini kerana kos bahan mentah meningkat dan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang menyebabkan kos meningkat seterusnya memberi kesan kepada harga barangan.

“Untuk menangani masalah itu, kami menambah jumlah produksi di dalam dan luar negara untuk memenuhi permintaan dan kehendak pasaran serta tingkatkan keefisienan di tahap produksi,” katanya.

“Kita perlu bersaing dengan sihat dan akan terus menginovasi produk baharu, ubahsuai dan menambah baik produk sedia ada,” katanya.

Katanya, pada 1997, Mamee- Double Decker juga pernah melalui kegawatan ekonomi dan telah berjaya mengharungi zaman itu dan terus kukuh sehingga hari ini.

Menerusi prinsip Power Of One syarikat, Sharszany yakin dengan adanya pelbagai inisiatif dan tanggungjawab setiap warga kerja Mamee tanpa mengira jabatan bersama pihak tertentu terutamanya media tempatan seperti Sinar Harian akan membantu syarikat mengekalkan pertumbuhan dua angka secara keseluruhan di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Lancar kerjasama dua hala

Lima tahun menyertai Mamee Double Decker, Sharszany mengakui ia sangat mencabar dalam menaikkan nama jenama itu, sekali gus memberi kesan kepada pendapatan syarikat secara keseluruhannya.

Katanya, dua tahun pertama sukar dengan cabaran tertentu apatah lagi di bawah jabatan baru dibentuk di syarikat yang bertapak di tanah air sekian lama.

“Saya menerima tawaran kerja di Mamee dengan harapan untuk membawa jenama itu di satu tahap baharu menerusi kerjasama dua hala serta memenuhi kepercayaan yang diberikan oleh generasi ketiga keluarga Mamee iaitu Pierre Pang Hee Ta yang merupakan Pengurus Besar Kumpulan Jualan dan Pemasaran.

“Kami mengambil pendekatan untuk menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak terutamanya media menerusi aktiviti penajaan,” katanya yang memegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia, Universiti Utara Malaysia (UUM).

Menurutnya, pada awal kerjaya di Mamee, dia menubuhkan jabatan baharu yang dikenali sebagai Penajaan, Aktivasi dan Perhubungan Awam dengan sokongan hanya seorang rakan seperjuangan ke arah memenuhi kehendak dan permintaan bukan sahaja daripada pengurusan atasan malahan daripada para penggemar rangkaian produk Mamee yang tidak asing lagi.

“Jabatan itu mengintegrasikan ketiga-tiga fungsi jabatan untuk mewujudkan interaksi, komunikasi dan kerjasama dua hala antara Mamee dengan penggemar rangkaian produk Mamee dan media massa. “Ia mewujudkan peluang bekerjasama dengan pihak-pihak tertentu yang mampu membantu Mamee ke arah tahap lebih tinggi,” katanya.

Jabatan itu kini dikenali sebagai komunikasi korporat sejak 2015.

Kini, jabatan itu bertambah sehingga lima tenaga kerja dengan kredibiliti dan latar belakang tersendiri untuk terus memastikan nama Mamee dikenali dalam industri.

Antara pencapaian Sharszany adalah menjadikan Nidji band pertama buat klip video bersama pemain Manchester United dan membuat persembahan di Old Trafford, stadium Manchester United dan meyakinkan tiga pemain kebangsaan Malaysia, Safee Sali, Khairul Fahmi Che Mat dan Nazmi Faiz sebagai duta Mister Potato pada 2012.

Seiring perkembangan kemajuan syarikat itu selama 45 tahun, Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd yang peka dengan kepentingan terhadap pemakanan sihat dalam kalangan kanak-kanak memperkenalkan Mamee Monster Biskidz.

Mamee Monster Biskidz adalah biskut diperkaya DHA yang pertama di Malaysia dan mendapat sokongan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika perasmian produk itu pada November tahun lalu.

Ketua Komunikasi Korporat, Mamee-Double Decker, Sharszany Shahry Abu Shahriman berkata, pengenalan Mamee Monster Biskidz adalah kesinambungan snek Mamee Monster yang diperkenalkan pada 1972.

“Kami sememangnya sedar terhadap kepentingan pemakanan yang sihat di kalangan kanak-kanak, sebab itu, kami memperkenalkan Mamee Monster Biskidz khusus kepada kanak-kanak,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, baru-baru ini.

Menurutnya, syarikat itu yakin dengan kejayaan produk sedia ada iaitu Mamee Monster sebanyak 20 juta paket sebulan akan mendorong kepada pengenalan produk baharu ini.

Tambahan lagi, katanya, pengenalan biskut yang mempunyai khasiat yang tinggi, sememangnya akan menjadi pilihan ibu bapa untuk makanan kanak-kanak.

Mengulas lanjut, Sharszany berkata, Biskidz mengandungi nutrisi-nutrisi seimbang dalam membentuk perkembangan minda kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun.

Selain itu, biskut ini juga sesuai untuk di makan oleh semua peringkat umur.

“Biskut Biskidz makanan berkhasiat yang diperbuat daripada bijirin gandum dan berbentuk segi empat tepat, nipis, enak dan rangup,” katanya.

Bantu perkembangan dan pertumbuhan

Beliau berkata, sebanyak sembilan jenis vitamin dan kalsium yang terkandung dalam Biskidz ini untuk membantu menggalakkan tumbesaran kanak-kanak seperti vitamin A1, B1, B2, B3, B5, B6, B12, D dan E.

“Kanak-kanak sekarang sangat aktif dengan pelbagai kegiatan seharian. Oleh sebab itu, mereka memerlukan khasiat pemakanan yang baik agar tidak lapar dan terus bergiat aktif.

“Biskidz dapat membantu mereka untuk lebih fokus pada aktiviti yang dilakukan,” katanya.

Bahkan, penyelidikan dan sains juga membuktikan bahawa DHA ialah satu komponen utama yang membantu perkembangan dan pertumbuhan otak kanak-kanak.

Sejak pelancaran pada November tahun lalu, Biskidz mula dijual di kantin sekolah seluruh tanah air dan pada masa yang sama masih dalam proses perbincangan dengan pihak kementerian untuk jadikannya sebahagian program Rancangan Makanan Tambahan.

“Sebagai salah satu cara untuk memperkenalkan produk kepada orang ramai khususnya kanak-kanak, kami menjalankan pelbagai aktiviti bersama sekolah-sekolah dan rumah amal kebajikan kanak-kanak.

“Malah, kami menyasarkan untuk menjelajahi sekurang-kurangnya 50 buah sekolah pada tahun ini berserta lapan hingga 10 rumah amal terpilih sepanjang kempen Ramadan Raya akan datang untuk menyumbang papan tanda informasi dan berbentuk kata-kata hikmah, sebagai salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat di bawah jenama ini,” katanya.

Mengulas lanjut berhubung perancangan jangka panjang syarikat, Sharszany Shary berkata, Mamee-Double Decker akan terus mengeluarkan lebih banyak produk baharu yang menjurus ke arah kesihatan dan nutrisi seimbang sebagai kesinambungan ke arah pemakanan yang sihat antaranya jus dan yogurt untuk kanak-kanak.

Terima sambutan baik

Sejak dilancarkan, Biskidz menerima sambutan yang baik di kalangan pengguna khususnya ibu bapa.

Sharszany berkata, syarikat itu menerima permintaan yang melebihi kadar pengeluaran pada peringkat awal.

“Kami yakin Biskidz mendapat tempat di hati pengguna, sekali gus menepis tanggapan orang ramai terhadap jenama Mamee Monster Snek Mi yang sedia ada.

“Kami juga mencatatkan jualan permintaan tinggi bagi Biskidz perisa rumpai laut,” katanya.

Pada masa akan datang, Mamee-Double Decker menerusi jenama Mamee Monster Biskidz akan menjalinkan kerjasama dengan beberapa pihak tertentu dalam usaha memperkenalkan jenama ini kepada kanak-kanak.

Sehubungan dengan itu, bagi memberi sokongan yang tidak berbelah bagi menghargai ibu bekerja keras membesarkan anak-anak, Mamee-Double Decker turut menghasilkan video pendek menerusi #ImperfectMOMents yang boleh dilayari di Facebook Mamee Monster Biskidz.

Mamee Monster Biskidz didatangkan dalam tiga perisa iaitu susu, coklat dan rumpai laut yang dijual pada harga RM0.50 sehingga RM7.90 mengikut saiz pek berasingan.

Akhir kata, Budiey nak ucapkan terima kasih kepada Mamee yang sudi menaja Party Budiey 1 Dekad. Semoga kita dapat bekerjasama di masa yang akan datang.

Terima kasih.

Sumber: Sinar Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SonaOne Lancar Single Terbaru Berjudul AGAIN Hari Ini

RAIKAN NUR ISLAM Tema Program Syahadah Musim Ke 12