in , ,

“Parents Sporting” Foto Raya ‘Peluk’ Tunang, Netizen Terkejut Ingat Elisya Sandha Dah Kahwin

Doakan semoga urusan majlis mereka dipermudahkan, tahun depan dapat la beraya bersama

Semenjak 13 Mei lalu, semua platform sosial media dibanjiri dengan foto dan video Aidilfitri masing-masing tak kira tua atau muda. Dikesempatan itu, anak sulung kepada pasangan suami isteri Jinggo dan Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy turut tidak ketinggalan kongsikan foto bersama dengan tunangnya, Elisya Sandha.

Screenshot 2021-05-17 at 10.11.56 AM

Namun foto tersebut telah mengundang kecaman daripada warganet kerana mereka kelihatan seperti berpelukan saling tak tumpah seperti pasangan suami isteri.

Ruangan komen foto tersebut telah dibanjiri dengan kata-kata nasihat daripada warganet.

Dalam masa yang sama, ada juga yang mengatakan bahawa kemungkinan Sheila dan Jinggo tidak kisah melihat anaknya berkelakuan seperti itu.

Tak salah nak tegur sesuatu perkara tapi seeloknya jangan lah salahkan ibu bapa pula ya.

Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Uzair dan Elisya okay, semoga urusan mereka mendirikan rumah tangga dipermudakan.

Screenshot 2021-05-17 at 10.12.11 AM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dua Tahun Awi Rafael Tidak Bertemu Ibu, Akui Terkesan Kerana Pandemik COVID-19

Artis Terbaik Bulan Mei 2021 Dengan Single Terbaharu ‘Believers’ Eksklusif di JOOX!