in

Pameran Artifak Rasulullah SAW & Para Sahabat RA di Muzium Negeri Kedah

Salam Jumaat buat semua pembaca sekalian. Di sini, Budiey nak war-warkan kepada sahabat, saudara mara dan semua kenalan tentang satu event yang wajib korang hadir. Acara yang Budiey maksudkan ialah PAMERAN ARTIFAK RASULULLAH SAW DAN PARA SAHABAT RA yang berlangsung di Muzium Negeri Kedah. Pameran ini mengumpulkan artifak asli dari seluruh dunia untuk tatapan kita semua. Bersama kita luangkan masa untuk mengamati artifak-artifak peninggalan junjungan mulia *Nabi Muhammad SAW*. Pameran sedang berlangsung.

Pameran

Pada 10hb April 2017 ini ada Ceramah Ustaz Kazim Elias di Muzium Negeri Kedah jam 9.00 malam. Datanglah beramai-ramai.

Tarikh : *20 Mac – 19 April*

Masa : *10.00 pagi – 10.00 Malam*

Lokasi : *Muzium Negeri Kedah, Alor Setar*

Peluang sebegini bukan selalu kita peroleh, melihat replika dan yang asli akan terasa perbezaan ketara.

Dapatkan tiket di www.tamadunislam.com atau terus ke perkarangan muzium untuk pembelian secara langsung.

Semoga rasa kecintaan kita terhadap *Rasulullah SAW* akan bertambah dengan mempelajari kisah disebalik artifak-artifak yang dipamerkan.

p/s: 
silakan share kepada kenalan anda yang lain, semoga sedikit usaha kita mendapat keberkatan insyaALLAH.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem THE IMPOSSIBLE, Kisah Benar Tentang Tsunami 2004 di TV2

Kang Gary Dedah Dah Kahwin Secara Rahsia