in

Kang Gary Dedah Dah Kahwin Secara Rahsia

Hanya satu gambar di Instagram, Kang Gary mendedahkan yang dirinya sudah berkahwin secara rahsia. Ramai peminat yang terkejut dengan berita tersebut, bagaimanapun tetap mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaannya.

Bukan setakat peminat, malah ahli Running Man yang lain juga terkejut di atas pengumuman yang dilakukan Kang Gary.

Kang Gary

Dalam kapsyennya, Kang Gary menulis,”Saya sudah berkahwin dengan seseorang yang saya cintai hari ini. Saya tak punyai majlis perkahwinan tetapi hanya ikatan perkahwinan.”

“Isteri saya hanyalah orang biasa tetapi bertakhta dalam hati”

“Mungkin anda semua terkejut dengan pengumuman ini, tetapi harapam kami agar mendoakan kami bahagia selamanya”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pameran Artifak Rasulullah SAW & Para Sahabat RA di Muzium Negeri Kedah

MISTERI WAN PEAH Drama Pertama Slot Seramedi Catat Rating 10 Juta Tontonan!