in ,

Pakai Skirt Pendek & Bra, Sajat Menari Buat Show di Australia

Meskipun sudah berhijrah ke Australia, namun masih ramai netizen masih mengikuti perkembangan Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

Baru-baru ini, perkongsian Sajat menjadi perhatian apabila memuat naik videonya menarilincah di sebuah kelab malam Sydney, Australia.

Menerusi video itu, dapat dilihat Sajat mengenakan skirt pendek dan juga bra diiringi dengan tepukan gemuruh oleh penonton.

Sajat turut menulis kapsyen mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk membuat persembahan di Newtown Hotel.

Seperti sudah disangka, perkongsian Sajat itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam usahawan itu, tidak kurang juga ada yang tampil menitipkan nasihat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Saya Ada Semuanya Tapi Tuhan Belum Bagi Suami Untuk Bimbing Saya”

PU Riz Bangga Neelofa Jadi Pilihan Jenama Untuk Kempen Airbnb