in , ,

Dicekik & Ditampar, Sajat Dedah Hampir Diperkosa Orang Arab

Baru-baru ini, usahawan sensasi, Muhammad Sajat Kamaruz Zaman atau Nur Sajat berkongsikan detik cemas hampir diperkosa seorang lelaki di premis perniagaannya di Australia pada 17 Januari lalu.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Sajat berkata susulan kejadian itu dia mengalami kemurungan sehinga perlu menjalani rawatan.

Sajat berkata suspek berbangsa Arab itu sudah berjaya ditahan dan kini dalam siasatan pihak polis negara berkenaan.

“Dua minggu lepas, saya kena ugut. Ada seorang lelaki ni, dia cuba nak perkosa terhadap saya. Tu punca saya tak buka kedai sebab tengah ‘anxiety’.

“Ia dah jadi kes polis. Jadi sekarang ni saya dapat pertolongan daripada agensi yang memberi bantuan terapi untuk kesihatan mental serta gangguan seksual kerana jantina saya perempuan,” katanya.

Sajat turut berkongsikan suspek pernah menjadi pelanggan di kedai salon miliknya serta memberitahu dia tidak melawan kerana bimbang keadaan akan lebih teruk.

“Fizikalnya (suspek) besar, tinggi.. dia terkam leher, tampar muka. Saya tak melawan sebab kalau buat begitu, keadaan akan jadi lebih teruk Mungkin Sajat akan mati.

“Saya kata, saya akan buat apa sahaja yang awak mahu. Dia buka semua pakaian, saya pun cuba ‘pujuk’ dia untuk tidak berbuat begitu,”  katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Neelofa Enggan Komen Dakwaan Nabila, Engku Emran Nak Bercerai

HAFIDZ ROSHDI

“Kita Orang Duduk Flat Masa Awal Kahwin, Susah Senang Sama-Sama,”