in ,

Opera Serikandi Nusantara Membuka Acara KLWKND di Kuala Lumpur

Lebih 40 program, 150 penggiat seni rancakkan aktiviti budaya!

Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) di bawah MyCreative Ventures Sdn Bhd dengan kerjasama Joe Sidek Productions melancarkan Festival KLWKND yang berlangsung dari 25 hingga 28 November 2021 di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. 

KLWKND yang merupakan salah satu inisiatif memperkasakan sektor seni dan budaya negara bagi membolehkan Keluarga Malaysia menghayati dan menghargai karya seni kreatif tempatan akan dimulakan dengan ‘Opera Serikandi Nusantara’, Art In The City 2021 yang turut dihadiri oleh Pengerusi MyCreative Ventures, Ts. Noor Azmi Mat Said. 

Klwknd Cutout Visual

Opera Serikandi Nusantara merupakan sebuah opera muzikal vokal, piano, dan koir hasil karya ahli pemuzik bertaraf antarabangsa, Prof. Madya Dr. Tazul Izan Tajuddin. Opera Serikandi Nusantara adalah dalam bentuk resital vokal, koir dan piano dengan elemen folklore Melayu dan Nusantara iaitu kombinasi melodi gamelan dengan elemen opera seperti ensembel koir bagi menceritakan kisah-kisah lagenda puteri-puteri Melayu seperti Puteri Ulek Mayang, Bidasari, dan Puteri Saadong. 

Prof Madya Dr Tazul Tajuddin (D.phil) Composer For Opera Serikandi Nusantara

Persembahan ini menampilkan bakat muzikal tempatan seperti Khairunnisa Diyana Md Noor (vokal – soprano), Chaing Yi Ling (Vokal – mezzo-soprano), Dr. Phang Kong Chien (vokal – tenor) dan pemenang anugerah UiTM Chamber Choir yang diketuai oleh Dr. Masashi Kishimoto bersama Dr. Bernard Tan (piano). Persembahan prebiu Opera Serikandi Nusantara merupakan ‘teaser’ kepada persembahan penuh yang dijadual bakal ditayangkan pada pertengahan tahun 2022. 

Menurut Ts. Noor Azmi Mat Said, peranan Kerajaan dalam memartabatkan sektor seni dan budaya di mata dunia adalah sangat penting, justeru, melalui inisiatif yang diperkenalkan melalui CENDANA dan agensi-agensi kerajaan yang lain diharap akan menaikkan lagi martabat penggiat seni dan budaya Negara di persada antarabangsa. 

Acara seperti KLWKND ini yang dikurasikan khas oleh Pengarah Festival tersohor, Joe Sidek, dijangka bakal melakar nama Malaysia di mata dunia sebagai acara tahunan yang boleh menarik pelancong dari dalam dan luar negara untuk menghayati acara kesenian dan kebudayaan Negara. Lebih penting lagi, Opera Serikandi Nusantara yang berdasarkan kepada hikayat lama ratusan tahun bakal menjadi karya yang mencerminkan dan memartabatkan aspirasi kesusasteraan Negara kita. 

Terdapat lebih 40 program yang telah dirangka sepanjang Festival KLWKND ini melibatkan persembahan dan karya daripada lebih 150 penggiat seni dan budaya tanah air di lapan lokasi termasuk Panggung Bandaraya, Pasar Seni, Gamuda Mall Bukit Bintang (GMBB), Muzium TM, REXKL, the RuMa Hotel dan beberapa lokasi lain di sekitar Kuala Lumpur. 

Hasil tangan dan inisiatif kolektif para penggiat seni dan budaya negara dalam bentuk seni batik, makanan tempatan dan istimewa, barangan kraf buluh, anyaman, penulisan, dan lukisan ini akan dapat dihayati di lapan (8) lokasi yang berbeza tersebut. 

Pengarah Festival KLWKND, Joe Sidek berkata KLWKND dirangka bertujuan untuk menjadi inklusif bagi ‘merakyatkan seni’, merangkumi program berbeza yang pasti ada sesuatu untuk semua orang. Ini dimungkinkan oleh begitu ramai rakan usaha sama dari pelbagai sektor yang datang menyertai kami, dan saya bersyukur mendapat sokongan, nasihat dan bantuan mereka dalam menyusun KLWKND. 

Founder Ceo, Cik Izan Satrina

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CENDANA, Izan Satrina Mohd Sallehuddin, KLWKND adalah sebahagian daripada usaha CENDANA dalam pemulihan Negara bagi memulakan semula, menyemarak dan membina ekonomi sektor seni dan budaya, memerlukan pelbagai usaha bukan sahaja daripada segi dasar, dana sokongan, pembinaan kapasiti, tetapi juga komitmen pelbagai pihak serta industri untuk sektor ini di samping mengupas kisah dan sejarah Bandaraya Kuala Lumpur dalam usaha meletakkan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar seni budaya dan kreatif. 

Main Visual Poster

Selain Opera Serikandi Nusantara, program KLWKND juga melibatkan ‘The Light Project’ serta beberapa program lainyang menarik. Masuk adalah percuma termasuk: 

  • Bamboo House di The Godown KL,
  • Best of Malaysian Craft,
  • Kicau Bilau di Pasar Seni,
  • Art of Film – Feature, persembahan seni filem oleh Amir Muhammad
    mengisahkan cerita bandaraya Kuala Lumpur mengunakan rakaman lama dan
    melayarkan filem-filem yang telah memenangi anugerah,
  • Memperkenalkan Sasterawan Negara di Panggung Bandaraya dengan
    mempersembahkan bacaan oleh sasterawan negara iaitu Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh, Dato’ Dr. Mohd Anwar bin Rethwan, Datuk Dr. Zurinah binti Hassan, dan Datuk Dr. Siti Zainon binti Ismail,
  • LOVE MY (Malaysia) Batik mempamerkan lukisan batik dari koleksi peribadi dan awam, di mana terdapat juga acara lukisan mural batik oleh lima artis visual di mana hasil kerja mereka akan disalurkan ke sekolah-sekolah terpilih di Malaysia.
    Selain Festival KLWKND, CENDANA juga akan menganjurkan acara Pameran Digital Media SENSORii di RexKL, Jalan Sultan dari 1 -28 Disember 2021 dan
    Simposium Persidangan Kebudayaan Kebangsaan pada 11 dan 12 Disember di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 
Photo 2
Photo 1

Mengenai CENDANA 

CENDANA (Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya) dilancarkan secara rasmi pada 6 September 2017 untuk membentuk seni budaya ekonomi yang rancak, mampan dan berwawasan untuk Malaysia, bagi terus memartabatkan profil seni budaya ke arah pembentukan identiti Malaysia sebagai destinasi seni dan lokasi yang strategik di pentas global. Organisasi ini disokong oleh Kerajaan Malaysia melalui MyCreative Ventures Sdn. Bhd. (syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadanankan) dan berada di bawah pengendalian Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Sila layari www.cendana.com.my untuk maklumat lanjut. 

Mengenai Art In The City 

Art In The City adalah salah satu usaha strategik CENDANA yang didedikasikan untuk seni dan persembahan, dengan lebih dari 100 program dinamis, berwarna-warni dan optimis yang dipersembahkan tahun ini termasuk pelbagai muzik, tarian, kraf, teater, tarian filem, makanan, warisan, sejarah, dan lebih banyak lagi dari 14 Oktober hingga 28 Disember 2021. Art In The City direka untuk meningkatkan kesedaran mengenai seni dan budaya tempatan dan untuk mendorong rakyat Malaysia mengunjungi tempat-tempat seni di sekitar Kuala Lumpur, AITC berusaha untuk terus mempromosikan Kuala Lumpur sebagai hab budaya dan kreatif. Sila layari masuk ke www.baskl.com.my/aitc untuk maklumat lanjut. 

Mengenai MyCreative Ventures 

MyCreative Ventures adalah syarikat pelaburan Kerajaan yang dilancarkan pada bulan September 2012 untuk memacu industri kreatif Malaysia melalui pembiayaan yang strategik dan inovatif. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mycreative.com.my 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Debut Homme

Pengusaha Barbershop Lancarkan Debut Homme, Produk Penjagaan Diri Khas Untuk Lelaki Moden

Adam | 19

Rahmad Mega Tersingkir, Mark Adam Terima Anugerah Bintang Nurani di HIJRAHKAN LAGUKU