in ,

Didi Alias Jual Cupcake dalam OPAH BAHULU LOLA CUPCAKE

Dalam perniagaan pasti ada persaingan tidak kira dari segi pemasaran, jualan mahupun produk yang hebat. Tidak salah jika mahu mencuba nasib dalam memulakan langkah untuk berniaga. Tambahan pula perniagaan adalah merupakan peluang untuk meraih pendapatan sampingan. Bagi Opah Semah, untung dan rugi sudah menjadi asam garam dalam perniagaan kuih bahulunya. Namun sejak kehadiran seorang janda muda dan bergaya bernama Lola dikampungnya itu cuba mengganggu perusahaannya, Opah Semah mengambil langkah untuk mengubah strategi perniagaannya.

Elly Mazelin Dalam Opah Bahulu Lola Cupcake Di Tv1

Didi Alias Jual Cupcake Hiasi Slot Panggung Ahad : “Opah Bahulu Lola Cupcake”

Kisah menarik Opah Semah dan Lola dikongsi bersama penonton setia RTM menerusi sebuah telemovie yang berunsurkan kekeluargaan dan kemsyarakatan di sebuah kampung bertajuk “Opah Bahulu Lola Cupcake” yang membariskan pelakon utama Delimawati , Didie Alias, Kazar, Elly Mazelin, Karl Iskandar, Hazeera Harun Salim Bachik, Along Eyzenly dan Syuhaida Abraz mengisi slot Panggung Ahad pada 27 November ini, pukul 10.00 Pagi di TV1.

Sejah kewujudan Lola dengan perniagaan Cupcakenya, permintaan kuih bahulu Opah Semah semakin berkurangan. Ditambah pula dengan sikap Lola yang angkuh dan sombong itu menimbulkan perasaan tidak senang dikalangan orang-orang kampung. Lola berasa amat gembira kerana Cupcake hasil air tangannya sudah diterima oleh orang-orang kampung. Opah Semah berasa dirinya amat tercabar dengan tindakan Lola.

Suatu hari, Yop dan Yuni iaitu cucu Opah Semah memberi idea untuk membantu Opah Semah mencuba perusahaan baharu iaitu coklat. Pada mulanya, Opah Semah kurang bersetuju kerana tidak yakin akan produk coklat yang kurang mendapat sambutan masyarakat terutaman orang-orang di sekitar kampung tersebut. Namun, Yop dan Yuni berjaya menyakinkan Opah Semah dengan memberi semangat dan membantunya membuat coklat.

Akhirnya Opah Semah berjaya menghasilkan keluaran produk coklatnya dan kini dia membuka sebuah kedai bakeri sendiri. Berkat kesabaran Opah Semah,coklatnya mendapat pesanan dari kerabat diraja. Pada masa yang sama, Lola berusaha dengan pelbagai cara untuk menjatuhkan perniagaan coklat Opah Semah. Lola cuba membuat pelbagai muslihat namun tidak mematahkan semangat Opah Semah untuk mengembangkan perniagaannya. Sifat dengki dan iri hati Lola kepada Opah Semah makin menjadi-jadi.

Akhirnya Lola terpaksa menerima hakikat akan kekurangan dirinya. Ikuti kesudahan kisah mereka dalam mengusahakan perniagaan masing-masing menerusi telemovie “ Opah Bahulu Lola Cupcake” pada 27 November ini, Ahad, pukul 10.00 Pagi di TV1. Telemovie ini juga boleh ditonton menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my) dan juga boleh ditonton melalui aplikasi rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Along Eyzendy (1)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

9 Artis Berdrama dengan Orang Johor & Melaka Jelajah Bas Drama Sangat

Pengembaraan Makanan Terulung Dalam OH MY ENGLISH: ROAD TO JOGJA!