in

Pengembaraan Makanan Terulung Dalam OH MY ENGLISH: ROAD TO JOGJA!

Siri edutaiment popular, Oh My English! kini kembali dengan pengisian yang lebih mantap, hebat dan penuh mendebarkan! Tampil dengan ‘Oh My English: Road to Jogja!’, telefilem terbaru ini bakal tampil secara eksklusif menerusi dua bahagian istimewa pada bulan Disember ini.

‘Oh My English: Road to Jogja!’ akan menyaksikan kemunculan 3 teraju utama Oh My English, Zack (Juzzthin), SYS (Roax Tan) dan Mazlee (Zhafir Muzani) bersama beberapa selebriti terkenal yang akan memeriahkan perjalanan kedua-dua telefilem ini. Juara Super Spontan Superstar 2016, Johan Raja Lawak dan juga artis komedi wanita popular, Jihan Muse akan muncul dalam bahagian pertama telefilem ini di samping penyanyi dan komposer yang tidak asing lagi, Mark Adam.

Bahagian kedua telefilem ini pula akan menyaksikan kemunculan pelakon popular Indonesia, Randy Pangalila bersama Elfira Loy, di mana duo yang tidak asing di kaca TV sinema Malaysia ini akan digandingkan sekali lagi khas untuk peminat-peminat Oh My English!

Temui kesemua barisan utama yang terlibat menjayakan ‘Oh My English: Road to Jogja!’ ini di Majlis Tayangan Perdana & Sidang Media yang akan diadakan pada minggu depan. Di antara pelakon dan selebriti yang akan hadir di majlis ini kelak termasuklah Juzzthin, Roax Tan, Johan Raja Lawak, Jihan Muse, Mark Adam, Elfira Loy, Altimet, Izara Aishah, Nad Zainal, Shafiq Kyle, DJ Fuzz, Fikri Ceria Popstar dan ramai lagi. Istimewanya lagi, pelakon tersohor dari negara jiran, Randy Pangalila akan turut diterbangkan khas dari Indonesia untuk turut sama memeriahkan majlis ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Didi Alias Jual Cupcake dalam OPAH BAHULU LOLA CUPCAKE

Arja Lee Umum Kerjasama Bersama Raini Exclusive Hasilkan Kurta